Thursday, December 31, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Selamat Tahun Baru kepada semua. Semoga tahun baru ini membawa sejuta rahmat buat kita semua. Seperti biasa, bila tahun baru jek mesti disertai azam baru walaupun azam lama ntah tercapai ke tidak. Tp apa2 pun semua org wajib berazam. Azam ini akan memangkin semangat kita untuk mencapai sesuatu yg terbaik buat masa2 akan dtg.

Sebelum saya citer tentang azam baru baik saya sentuh dahulu azam2 tahun lepas samada tercapai ataupun tidak....

1) Nak tambah bilangan family (anak) - Azam ni terpaksa saya hold atas sebab2 tertentu. Letey pulak la nak bawak perut ngan jaga baby kecek dgn keje2 yg bizi cam hape lately...Tp kot ada rezeki saya x tolak...saya terima dengan hati ikhlas...hehe

2) Nak jadi anak, isteri, ibu, kakak, untie yang disayangi dan disenangi. Kalau blh nak jaga tingkah laku agar tidak menyakitkan hati org lain. Jadi isteri yg taat pada suami, ibu bapa serta ibu yg bertanggungjawab kepada anak2nya. - Mmg saya ni baik ape...hehehe..saya x sakitkan hati org...x busuk ati kt orang.....dan paling penting x kaco hidup orang...saya cuma dengan dunia saya sendirik...semoga saya dikurniakan hati yang suci dan tidak menyakiti hati org lain...

3) Nak kawal perbelanjaan. Kalau blh nak memperbanyakkan tabungan dr perbelanjaan yg tidak sepatutnya. Kontrol nafsu bershopping dan sebagainya. - No komen pada bab shopping...hehehe..cuma bab tabungan tuh... dividen ASB saya untuk tahun nih meletops gak la...kat 10k without ASB loan or kawasan2 dengannya..saya start menyimpan setiap bulan masa first job dengan gaji seciput rm900 dulu... so saya vangga k...saya juga x sabar nk pi update buku ASB Isnin nih...sementelah saya bercuti kan...ehhh..dh leh update buku ke ek time tuh?..

4) Nak tambah rumah. Setakat nih saya ada 1 apartment medium cost yg sekarang disewakan kepada org selain rumah yg saya duduki sekarang serta sebiji lg rumah di kampung (sebelah rumah mak pak saya). Kalau blh saya nk tambah rumah ini utk anak2. Apartment jek yg saya mampu buat masa ni. Kalau anak2 nak rumah atas tanah ke atas pokok ke sila belajar pandai2 dan beli seniri. - Tahun nih saya x dpt nk tambah rumah...sebab saya tambah C*R so azam nih saya carried forward utk next year la...

Saya x sempat pilkir azam baru lerr...utk 2010 nih...saya menten jek la apa yg ada....buleh gituu??...

SESI ORENTASI

Selesai sudah sesi pendaftaran ngan orentasi bagi Kakak Dania. Saya tiba di Han Ming seawal jam 8 pagi. Mendengar taklimat (walaupun byk yg saya x paham dari paham sebab cakap cino) Nasib la ada juga cino yang x paham bahasa cino...(sebab derang dulu sekolah kebangsaan dan x bajar mandarin) So kami saling bertukar2 info dengan kawan2 di kiri dan kanan memasing. Betul2 cam budak2 ... hahaha..

Saya mmg x apply leave. Plan nak apply leave tp sebab sepatutnya hari ni ada Management Meeting so saya mmg awal2 lg dh bitau hubby yg dia kena arrangekan seorang diri. Tp semalam last minit boss saya cancel the management meeting dan saya sepantas kilat submit 1/2 day leave tp direject oleh boss. Boss kata xyah apply leave...just go n setelkan apa yg patut n straight away balik office after that. To Boss....aka Mr Justin...tq very much for your understanding....really2 appreciated...

Saya dan hubby menyelesaikan apa yg patut. Kakak dan murid2 dibawa mengelilingi sekolah....Saya menguruskan segala2 mak nenek form dan buku rekod pelajar manakala hubby setelkan hal2 berkaitan dengan buku teks. Setel lam kul 10 and after that saya meneruskan perjalanan ke pejabat. Hubby pulak hantar Kakak ke rumah sebab Kakak mintak off dihantar ke Bright Kids utk hari ni.

So sekian.... next week pulak first day kt kelas...hope xde drama swasta or telenovela...

Monday, December 28, 2009

WIKEN @ ZOO MELAKA



Seperti sedia maklum. Saya dan family adalah pencinta zoo. Sebut jek mana Zoo yg x pernah kami jejak kaki. So far sume dh pi. Zoo Negara tuh hampir setiap bulan kami jejak. Walaupun bau busuk tp tataula...kalo tanya kt bebudak nih mana nk g sure derang jwb nk pi Zoo. So layan jek la kan...

Semalam ke Zoo Melaka. Spend time dr kul 12.30 sampai kul 5.00 p.m. Bukan saya sefamily saje....cousin saya follow sekali sambil bwk 2 orang anak daranya. To uressian yg baca blog nih...just for ur information...lelaki yg sorang lg tuh (of course la yg bukan laki saye tuh) adalah suami Ita @ Kak Ita....dan anak dara berdua tuh (selain anak dara saya la ek) adalah anak dara Kak Ita...korang lama x jumpa Kak Ita kan.....so inilah anak-anak dara dan suami Kak Ita yer..



Kakak as usual...mmg suka naik Kuda. Kalo g Zoo sure mintak naik Kuda...so Kakak layan Kuda...Afiq ngan Kakak2 dua pupu mereka penakot....so Kakak layan sorang...




Ni dah hampir nk balik....pas tgk elephant show ada sesi bergambar. Byr Rm10 gambar siap lam 15 minit....so layanzz...

Wednesday, December 23, 2009

MERAPU

Agak lama x bercerita tentang diri sendiri. Hari ni 23 December 2009. Lebih kurang seminggu lagi kita akan menyambut Tahun Baru iaitu tahun 2010. Semoga tahun 2009 ini berlalu dengan penuh kedamaian.

Saya masih di sini. Mengharungi kehidupan dan rutin harian yang hampir sama setiap hari. Bangun pagi seawal 6.15. Solat, memasak lunch utk Afiq serta menyediakan sarapan utk seisi keluarga. Hubby akan membantu menyiapkan serta menghantar Kakak ke daycare. Sekiranya x berkesempatan, tugas itu akan diambilalih oleh saya pula dan selepas itu saya akan meneruskan perjalanan ke pejabat seperti biasa.

Alhamdulillah...dengan izin Allah segala urusan pekerjaan dan perniagaan kami berjalan dengan lancar. Segala kesempatan dan peluang yang dianugerahkan olehNya akan kami manafaat kan sebaik mungkin. Bibik baru pun sudah memulakan tugas menjaga Afiq sejak minggu lepas lagi. Setakat nih xde apa2 masalah. Saya telah mengaturkan dengan sebaik mungkin akan tugas2 yg perlu Bibik buat setiap hari supaya x timbul sebarang masalah utk mengemas rumah disamping menjaga Afiq.

Syukur juga kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya memberikan saya kesempatan untuk berkhidmat di dalam organisasi yang walau pun x segah org lain namun mampu memberikan saya peluang dalam kerjaya serta yang paling penting dengan pendapatan yang saya perolehi setiap bulan saya mampu memperolehi dan memenuhi segala keinginan saya juga keluarga di samping membantu meringankan beban suami (sekiranya diperlukan). Tidak keterlaluan saya katakan saya boleh berbangga dengan pencapaian saya sekarang dan semuanya adalah dengan izin Allah dan restu ibubapa saya.

Dan organisasi ini juga mungkin merupakan destinasi terakhir saya sebelum benar2 bersedia untuk menamatkan dunia kerjaya serta mengabdikan sepenuh masa buat keluarga.

Monday, December 21, 2009

DANIA LAUNDRY STATION



Alhamdulillah...kedai baru dah selamat rasmi dibuka minggu lepas. Semalam baru saya berpeluang ke kedai bagi membuat tinjauan susulan. So far bisnes oklah...lgpun baru 5 ari bukak kan. Disamping dobi kami juga merupakan pemborong dan pembekal produk2 kelapa seperti santan segar, kerisik dan minyak kelapa. Semoga segalanya berjalan dengan lancar dengan izin Allah...

Location adalah di Taman Tasik Utama Ayer Keroh Melaka iaitu dekat2 dengan MITC. Bagi sesiapa yang memerlukann santan segera di area Selangor, KL, N9 dan Melaka bolehla contact saya. Penghantaran percuma bagi setiap pembelian sebanyak 30 kilo ke atas.

Thursday, December 10, 2009

SESI MENGIRAI



Saya half day arinih. Plan ke sekolah Kakak untuk membeli buku2 untuk Standard 1 nanti. Hari ni last day untuk membeli buku2. Saja pilih last day dengan harapan x ramai org. Mmg yer pun x ramai org ataupun saya yang awal sgt sampai. Sempat tunggu Kakak break dan lepas Kakak masuk semula lam kelas saya meneruskan perjalanan ke Sunway Pyramid.

Agak lama x buat investment utk diri sendiri (ye ker lama ek...?) So saya mulakan mukadimah dengan membeli jam tangan disney princess utk anak dara. Selalu beli hat pasar malam yang rega rm10 2 hari dah punah ranah. So decide beli yg original. Rega asal RM109 after less dpt RM87 sajek. Lepas tuh lalu kt butik G berkenan pulak dgn latest sunglases. So rembat saje..RM674. Lagipun lama x tukar sunglases kan...

Singgah Jusco belikan 4 pasang kemeja office utk hubby dan singgah Poney utk beli 2 psg kemeja n jeans utk Afiq serta 2 psg gown utk Kakak. Lepas tuh patah balik ke IOI Mall semata2 utk membeli dress kat Nichii sebelum kembali meneruskan tugas di pejabat seperti hari2 biasa.

Adakalanya terpikir saya ni patot duduk di rumah sahaja memandangkan kalau saya keluar dari kepompong sure x igt dunia punya berbelanja....

Note : antara harta rampasan yang terpaksa di bawa masuk ke pejabat kerana tidak sesuai ditinggalkan di dalam kereta. Lain2 tuh okey kot kalo biar jek lam keter...

Monday, December 7, 2009

ADAKAH??...

Si Putih....atau...




Si Hitam....



Adakalanya rasa x perlu membawa kereta panjang2. So request for small n cute car from hubby. X tau la approved or tidak...alaa..keter murss jek..rasa semua org pun mampu kot....

Tuesday, December 1, 2009

FIRST DAY



Hari Pertama Kakak Dania di Han Ming secara tidak rasmi. Sesi tuition cum oriantation day selama 10 hari. Saya dan hubby hantar Kakak...then hubby g opis tinggal saya seorang. Tunggu sampai 10.00 iaitu break time utk Kakak then bg Kakak makan kul 10.30 saya bertolak ke MOF Putrajaya utk meeting. Teacher dari Bright Kids akan jemput Kakak kul 12.00 nanti.