Friday, August 28, 2009

FLORA CINTA


Banyaklah orang menghias rumah
Dihias dengan si bunga-bunga
Untuk menyambut hari mulia
Sepurnama kita telah berpuasa

Ini pulak kasut raya...hehehe...Kasut nih dibeli semalam di Nichii Fashion City Alamanda. Kebetulan berbuka kat sana semalam...so sementara menunggu waktu berbuka sempatla menjengah ke kedai2 yang ada untuk mencarik pasal . Murah jek kasut nih. Below hundred after diskaun. Firstime gak beli kasut from Nichii nih, selalunya saya beli baju jek. Kira tema raya still x lari sebab kat kasut tuh pun ada pinky jugak.

X sabarnya nak raya...hehehe..

Thursday, August 27, 2009

PINKY


Berbaju Merah Jambu
Berkain Songket Biru
Dengan Senyum Ketawa
Pada Pagi Hari Raya

Berkunjung Rumah Taulan
Menghibur Hati Rawan
Berjabat-jabat Tangan
Bermuram Jangan


Baju tema tahun ini dah siap diambil dari tailor, dihantar ke dry cleaning dan di iron. Tinggal nak pakai jek lagi. Atas nih pakej utk saya n suami. Untuk anak2 belum nampak benang pun lagi. next week saya akan beli di BAK Boutique di Anggrerik Mall Shah Alam. Sedondon untuk Kakak dan Adik siap ngan samping n songkok skali. Bajet lam 250 utk sume tuh.

Sebut pasal bajet nih kan...semalam baru saya noticed yg bajet utk raya yg diberi oleh suami sudah hampir burst. Perbelanjaan raya dah mencapai ke tahap 80% daripada alocation yg diberi oleh suami. Tuh blum masuk kuih raya lg. Baju saya pun masih ada 3 psg yg belum ambil di tailor lg. Nampaknya saya kena buat baik berpada-pada la dengan suami untuk mintak tambah bajet. Kalau x, nampaknye guna duit sendiri la.

Arini hari ke 6 berpuasa kan. Saya dah terbau2 mood raya dah. So everyday dalam blog saya akan update perkara yg berkaitan dengan raya okeh...tgkla...baju raya ke, kasut raya ke, kuih raya ke, lagu rayu pun boleh jugakk...

Saturday, August 22, 2009

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA...

Alhamdulillah...syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izinnya dapat saya dan keluarga menyambut Ramadhan buat kesekian kalinya. Syukur juga kerana saya sekeluarga telah pulih sepenuhnya dari demam panas, batuk, selsema dan sebagainya...(bukan H1N1 ye). Semoga Allah lebih merahmati hidup kami sekeluarga pada bulan suci ini.

Preparation untuk raya hampir 70% siap sepenuhnya. Wahh..baru sehari dah pose dh sebut pasal raya...poyo sungguh ekk....xpe asal bahagia.

Petang ni balik ke Rembau untuk berbuka bersama Ibu dan Bapa. Hajat nak ke bazar ramadhan di pekan rembau...semoga berjumpa dengan kwn2 lama...

Note : Uressian, jom sama2 ke bazar ramadahan petang ni yer...

Thursday, August 13, 2009

SELESAI SUDAH...




Semalam saya bercuti bagi menyelesaikan pendaftaran sekolah Kakak Dania. Saya terima surat dr PPD pada minggu lepas dimana saya diminta hadir pada 12hb seperti yg dijadualkan untuk menyelesaikan segala urusan pendaftaran bagi mengelakkan kesesakan. Saya tiba di sekolah lebih kurang jam 8.30 a.m. selepas selesai menghantar Kakak ke CEC. Berbekalkan surat dari PPD serta Sijil Lahir Kakak pendaftaran selesai dibuat kurang dari 1/2 jam. Saya diberi borang serta program2 yang dijadualkan oleh pihak sekolah. Antara borang2 yg perlu saya isi adalah Borang Persetujuan Perkhidmatan Kesihatan bg murid2, Borang Maklumat Murid, Borang SPBT dan Borang RMT. Semua borang2 perlu dikembalikan selewatnya pada 31/12/2009. Selain itu saya juga perlu alert dengan tarikh2 berikut:-



1) 01/12/2009 to 10/12/2009 - Kelas Bimbingan Untuk Pelajar Tahun 1

2) 07/12/2009 to 10/12/2009 - Tarikh Membeli Buku2 Teks serta Buku2 Latihan DLL


3) 31/12/2009 - Hari Orientasi Pelajar


4) 04/01/2010 - Hari Persekolah Pertama

SJKC Han Ming Mengendalikan Kelas Bimbingan untuk pelajar2 Tahun 1 pada awal Disember nanti selama lebih kurang 2 minggu. Kelas ini optional dimana ibubapa yang berminat cuma perlu membayar sebanyak RM50 sahaja. Saya telah mendaftar program ini utk Kakak semalam.

Selain itu, saya telah merancang untuk menghantar Kakak ke daycare pada tahun hadapan pada sebelah pagi. Di sana Kakak akan diguide oleh cikgu2 bagi menyelesaikan semua homework dan juga tuition sampingan. Memandangkan kesuntukan masa, maka saya x daftar Kakak ke sekolah agama. Saya x dapat mencari sekolah agama pada waktu pagi kerana kakak perlu bersekolah kebangsaan pada sebelah petang. Namun saya berjaya mencari Ustazah untuk Kakak dan Kakak akan mengaji serta belajar Fardhu Ain dan lain2 pada sebelah malam dengan ustazah. Saya rasa ini sajalah yang saya mampu buat untuk Kakak.

Alhamdulillah kerana urusan pendaftaran Kakak selesai dengan baik tanpa sebarang masalah. Saya sgt kesian dengan salah seorang kawan Kakak yang terpaksa bersekolah jauh nun di Petaling Jaya sebelum dipindahkan ke USJ kerana permintaan ke Sekolah Ladang Harcroft tidak diluluskan. Semoga semuanya selesai dengan baik ye Lin...

Monday, August 10, 2009

CONGRATE!!!



Semalam sehari suntuk saya menghabiskan masa di Stadium Bukit Jalil. Semalam juga berlansung Grand Finale bagi Real Kids Talent Competition dimana menyaksikan CEC Puchong Jaya muncul sebagai Juara dan membawa pulang trofi serta wang bernilai RM1000. Tahniah kepada all the teachers and kids also parents yang memberikan komitmen yg sepenuh hati dan tidak berbelah bagi. To all teachers and kids you deserve it okey....Saya sendiri merasakan stress sepertimana mereka kerana saya sebahagian dari mereka.


Tempat kedua jatuh kepada Sek. Seri Suria dan Ketiga saya x bape pasti ler puak dari mana. Dok seronok sgt sebab anak saya menang kan...Apa yang boleh saya komen adalah, kretiviti dan kelainan persembahan yg dibawa oleh REAL Kids Puchong Jaya yg menyumbang kepada kemenangan mereka. Compare to semua persembahan lain...props yg digunakan oleh mereka sememangnya di sediakan oleh tenaga pengajar dimana pelajar hanya perlu mambawa watak2 mereka, memahami skrip serta menyanyi dan menari. Berbeza dengan REAL Kids Puchong Jaya...dimana mereka hanya di beri props yg separuh siap manakala pelajar2 tersebut ditugaskan untuk membina rumah permainan mereka disamping menyanyi, menari dan sebagainya.

Tahniah sekali lagi kepada mereka. Saya sangat2 bangga dengan pencapaian mereka semua. Kakak Dania juga di interview semalam dan saya x pasti dari stesen mana. Saya juga x pulang dengan tangan kosong kerana turut membawa blender baru PHILIPS sebagai hadiah Lucky Draw.

Thursday, August 6, 2009

Cerita Family



Lama weh...x update ... kengkonon bizi sangat la tuh....tp mmg bizi pun..hehe..


Citer Ibu Bapa


3 minggu tanpa bibik...everything okey...xdela teruk sgt mcm yg dijangkakan... Saya dan suami sama2 buat apa yang sepatutnya together2. Kalau saya sapu lantai...en suami la yang mengemop. Cuci toilet pulak mmg dah lama sub pada en suami. Baju2 kotor sume htr ke kedai....cuci dan lipat sekali kt sana. Sampai rumah cuma kena susun elok2 je lam lemari. Makan lak...kot sempat masak saya masak. Kalau suami balik lewat nampaknya masak kt kedai je lerrr...Senang kan idup??...hehehe...

Cuma kacau bilau sikit time pagi2 la. Bilamana terbangun lewat even 5 minit pun sure akan kelam kabut sikit. Nak drop Afiq ke nursery...kdg2 disusuli pulak dengan sandiwara semasa lagi. Nak htr Kakak ke CEC lg. En suami mmg konfem lewat laaa sebab didera oleh si isteri clearkan rumah etc...

Apa yang penting...KERJASAMA...apapun..bibik baru akan sampai awal Ramadhan nanti. Itupun...kena tapis2 dulu. Kot ala2 x serasi....paham sendiri la...


Citer Kakak


Ahad nih Kakak ada Grand Finale bagi REAL Kids Talent 2009. Pagi2 kena hantar Kakak ke CEC dan saya akan terus ke Stadium Bukit Jalil utk ambil tempat bg menonton persembahan Kakak. Dalam rasa x sabar tuh..berdebar pun ada. Yerla...anak saya yg nk perform kan...tentula saya over excited. Saya x pedulik cakap org...janji saya bahagia... Apapun saya x meletakkan harapan tinggi untuk menang...Yang penting Kakak n Team buat yang terbaik mengikut kemampuan mereka. Ohya..saya juga dah daftarkan Holiday Camp utk Kakak bulan Ogos nanti. Walaupun bulan puasa tp saya proceed jugak sebab Teacher janji yg dia akan pantau Kakak waktu berpuasa...saya xnak paksa...dpt sekerat ari pun cukupla kan...Kakak boleh x makan tp dia xleh lapar susu...so kena slowly...


Citer Adik


Adik makin notty. Kalo dulu saya x kenal jenis superhero nih..Skrg saya kena improvekan knowledge saya utk super2 hero nih pulak. Kalo dulu asik ralit layan kakak hafal all the princess name..kali ni saya kena hafal nama2 otomen lak. Gaia, Tiga, Dina dan apa2 ntah. Everytime tgk tivi mesti nk tgk otomen. Layanzz...Saya ada jugak survey2 kindy yg saya plan nk htr Adik nanti. Kalo ikutkan mmg lambat lg...tp xpe...perancangan yg rapi itu penting bagi saya. Next month Adik akan berusia 2 Tahun. Dah bosa anak omakkk....