Friday, July 24, 2009

KURANG AJAR PUNYA PENCURIK

Encik Suami baru sahaja menalipon saya. Keretanya di pecahkan org di K4 Wangsa Maju. Hilang Golf Set dan juga Laptop kesayangan. Saya sangat2 kasihan dengan si suami. Bukan sahaja kehilangan laptop, tetapi juga data2 penting yg tersimpan di dalamnya. Saya tau suami sedang berduka sekarang. Saya xnak ganggu dengan pelbagai pertanyaan. Biarla dia merehatkan diri dan fikirannnya dahulu.

Kepada pencurik golf set dan juga laptop suami saya. Nahas la ko..saya x halalkan dunia akhirat. Kot2la ko jual bebenda tuh utk buat makanan ko ke hape ke kan...berulat la perot ko...

Thursday, July 16, 2009

NO BIBIK ANYMORE...

Petang semalam lebey kurang kul 5.30 saya dpt kol dr rumah. Bibik saya yang kol mintak saya balik cepat. Hati saya nih tertanya2 gak. Yerla...x penah dibuat dek bibik lain mintak majikan balik keje cepat kan. Saya igt sthing happened to my son. Sambil2 drive tuh saya kol bibik saya balik. Tanya apa yg berlaku sebenarnya. Yerla, x aman saya nak drive ngan tertanya2 n terpikir2 yang bukan2 kan. Rupa2nya dia kata dpt information dr kakak ipar dia yg juga kerja di sini yang mana satu2nya anaknya masuk hospital mengidap penyakit yg agak kronik. Heran jugak saya kenapa family di kg x kol saya sendiri. Sambil2 drive tuh gak saya kol Kakak Bibik saya di Bali. Memang benar berita tersebut. Dah lima hari anaknya di hospital dan mereka cuba menghubungi saya tetapi x berjaya. Saya lupa yg saya cuma beri mereka no telefon rumah. Dan line telefon saya baru sahaja dibaikpulih ptg semalam.

Saya kol hubby untuk mintak pendapat hubby. Hubby kata biarla dia balik tgk anak dia. Hubby time tuh di meeting di Bukit Raja. Tiket flight sume saya uruskan dalam masa kurang dari setengah jam (nama pun cik seketeri kan...hahaha..riakla pulak). Saya kol adik saya untuk amik Bibik bawak pulang ke kampung dan htr ke airport hari ni.

Saya sedey sangat sebenarnya. Anak2 pun mcm tuh. Saya rasa Saya xkan jumpa Bibik mcm tuh lagi kot lepas nih. Cara dia handle anak2 saya, cara dia jaga makan minum budak2 nih, cara dia bahagikan masa jaga afiq ngan kemaskan rumah, semuanyalah. Time saya demam seminggu arituh pun x payah saya suruh dia sendiri carik minyak panas untuk urut tapak kaki saya. Sampai saya betul sihat dia buat mcm tuh. Cara dia jaga mak saya masa mak saya sakit arituh. Selama dia berkhidmat dengan saya, x pernah sekali dia tanya duit gaji dia. Sebab niat dia ke Malaysia untuk kumpul duit, beli tanah, bina rumah untuk anak dia. Dia datang dari keluarga susah. Yang benar2 susah. Ntahla...saya masih tergamam lg sebenarnya. Rasa mcm x percaya dia dah xde dirumah saya. Semalam masa dia mintak izin utk peluk dan cium saya la paling saya x tahan. Saya menangis masa tuh. Anak2 jugak menangis bila tgk mama dia menangis. Dia blh berlutut kt saya mintak saya halalkan makan minum dia selama bekerja dgn saya.

Dengan Bibik Saryani ni banyak mengajar saya erti bersyukur atas apa yg kita ada skrg. Tekad dia meninggalkan anak ke Malaysia demi mengubah hidup mereka amat saya kagumi. Mungkin rezeki dia dengan saya setakat ni sahaja. Saya redha. Kalau ditakdirkan dia kembali suatu hari nanti, saya akan terima dengan hati terbuka.

Replacement akan sampai dalam 2-3 ari ni. Tapi saya x pasti sama ada nak cari pengganti ataupun tidak. Buat masa ni Afiq saya hantar ke neseri. NTahla...saya masih dalam emosi. Saya x boleh berfikir dengan tenang setenang tenangnya lagi.

Wednesday, July 8, 2009

REAL KIDS TALENT 2009



Isnin lepas, berlansung preliminary round bagi Real Kids Talent 2009 Competition. Saya MC pada hari tersebut (kebetulan saya mmg demam). Preliminary Round ini berlansung di Sekolah Sri Cahaya di Bukit Jelutong. Alhamdulillah...CEC Puchong Jaya iaitu sekolah Kakak Dania muncul sebagai Juara seterusnya melayakkan CEC Puchong Jaya ke peringkat Grand Finale di Bukit Jalil 9 Ogos nanti.

Sesungguhnya saya sangat2 teruja dengan persembahan mereka. Bukan hanya kerana anak saya ada di sana, tetapi idea2 yang di tonjolkan dalam persembahan mereka tersebut yang mengujakan saya. Idea membina rumah kotak, tarian dr lagu High School Musical dan ditamatkan dengan human pyramid sangat2 serasi dengan elemen2 yg diterapkan dalam pembelajaran REAL Kids. Well done Kids...

Saya juga dapat melihat betapa cuaknya muka teacher2 mereka menunggu keputusan pengadil. Kanak2 nih toksah nk ckpla..bukan nya derang tau konsep pertandingan kan...janji hepi... Terbyang lagi Teacher Janet yg chubby itu melompat kesukaan bila CEC Puchong Jaya diumumkan sebagai pemenang. Tahniah buat warga CEC Puchong Jaya di atas kemenangan ini. Juga buat ibubapa yg setia menghantar anak2 mereka setiap kali latihan di jalankan. Dan juga kesanggupan mereka mengeluar dana untuk costume.

Apapun kita jumpa di Grand Finale sebulan dr skrg dimana 10 sekolah akan berentap sempena REAL Karnival di Bukit Jalil.


Kepada Kakak Dania (also Aqeel, Tong, Mark Lim, Sherena, and others...)...mama sangat bangga okehh....!!

Tuesday, July 7, 2009

NOTA BUAT SAHABAT

Sahabat...(tataula samada layak dipanggil Sahabat atau pun tidak)

Sesungguhnya aku amat berkecil hati. Tergamak kau membezakan aku dengan mereka yang lain. Mungkin selama ini kau tak pernah anggap aku sebagai sahabat. Mungkinkah aku terlalu hina di mata engkau. Ataupun kau merasakan dirikau yang terlalu mulia. Mungkin beberapa tahun perkenalan kita terlalu singkat untuk aku mengenali hati budi engkau. Tp tak mengapa sahabat. Kerana aku x pernah menyesal mengenali kau. Malah bersyukur kena lebih mematangkan aku. Dan yang paling penting, bukan kau yang sara hidup aku. Apa aku peduli sama ada kau ikhlas berkawan dengan aku ataupun tidak. Sila la pergi jauh-jauh dari hidup aku. Aku takkan menyesal kerana kehilangan seorang sahabat yang bukan sahabat seperti kau.
Sekian...

Friday, July 3, 2009

KASUT

Saya berjaya mengotakan janji-janji saya untuk tidak membeli sebarang jenis kasut pada bulan lepas. Sekalung tahniah buat saya daripada diri saya sendiri.

Semalam lepas kerja saya bergegas ke Sunway Pyramid. Saya pun tatau apa tujuan asal saya ke sana sebenarnya. Kebetulan, kasut Afiq mmg dah x muat. Makanya saya ke Sunway Pyramid dengan alasan utk mencari kasut utk anak teruna saya tuh. Masuk OKBG terpikat dengan satu design nih. So konfem amik. Time nak bayar tuh SA ckp...seken item kalo beli gak dpt la 50% diskaun. Tanpa pikir panjang, capai pulak sepasang untuk anak dara. Selesai kejer...buleh simpan dan pakai time raye. Total sume below than 200 termasuk sepasang stokin utk anak teruna. Hari ni mungkin nk ke One Utama pulak. Pun tatau tujuan asal..mungkin mengubat hati yang rawan gara2 last month x spend apa2 lansung utk diri sendiri. Ooppss..hadiah hari lahir still x complete lg. Selain sepasang Levis Curves dan 2 helai blause, Masih ada baki yang sedang difikirkan hala tujunya. Akan di update setelah selesai...
Happy Wiken...

Wednesday, July 1, 2009

AWARD FROM KAK GEE...



Thanks to Kgee kerana memberi saya Award di atas.....hehehe..cayangggg...Kgee...

THE RULES:-

Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini:-

* Saya kenal Kgee since Year 1992. That time saya Form 1 and she's my senior satu tahun kt Uress. Juga merupakan Kakak kesayangan saya..hehehe..

* Happy go lucky punya type...and also notty but notty yg cute2 lerr..

* Pandai beading, so far saya dh hantar 2 pasang kt dia n hasilnya sesangat la memuaskan hati saya. Plan to htr lg...minimum 2 psg utk raya...and 3 psg utk open house..(kak..please take note okay...ahakss)

* Sangat suke melawa orangnye, dulu kini dan selamanya pun camtulah dia...

* Seorang wanita yang tabah dan amat cekal mengharungi liku2 hidupnya. (Sis...u got what i mean??)

SETIAP BLOGGER MESTILAN MENYATAKAN 10 FAKTA ATAU HOBIDIRI SENDIRI SEBELUM MEMILIH PENERIMA AWARD YANG SETERUSNYA...

1) Saya dilahirkan, dibesarkan dan bersekolah di Rembau, Negeri Sembilan. Sesungguhnya saya sangat2 bangga menjadi anak kelahiran N9.

2) Anak pertama dalam family. The one n only pompuan..hehehe..manje lebey lah namanye tuh kan...

3) Suke membazir. Membazir elektrik (sebab kot tinggal sensorang suke bukak sume lampu kt umah). Membazir air (suke terlupa tutup air lam toilet, xpun x tutup kemas2). Membazir duit pun ye..hehehe

4) Suka kan kasut. Pantang tgk kasut cuns mesti nak sambar walaupun duit time tuh tinggal nyawa2 ikan lam purse.

5) Suka carik peluang baru (salah satunye suke carik keje baru)

6) Tebolah...

7) Suka beli baju baru n tempah baju baru. Walaupun kengkadang sampai terlupa dan x berpakai pun baju tuh.

8) Suka dengan apa yang saya buat sekarang. Kerja saya n also life saya skrg.

9) Suka menyanyi dalam kereta sambil driving. Kengkadang bila over sgt tuh...terkemut2 bila jiran keter sebelah cam jeling2 je kt saya.

10) Sangat bercita2 tinggi...


ANDA PERLU MEMILIH 10 PENERIMA AWARD SETERUSNYA DAN DESCRIBE TTG MEREKA:-

1) My beloved MJ's Friends - Sekumpulan Mama2 gojesss yang meletops n mebalesss.

2) My Pren..Faridah aka Badut - geng uressian saya yang setiap kali selsema maka hidungnya akan menjadi merah seperti hidung badut.

Note : Tataula nk Award sape lg...rasanye dah lebih 10 dah tuh..memandangkan MJ jek dah bape kann...