Thursday, December 31, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Selamat Tahun Baru kepada semua. Semoga tahun baru ini membawa sejuta rahmat buat kita semua. Seperti biasa, bila tahun baru jek mesti disertai azam baru walaupun azam lama ntah tercapai ke tidak. Tp apa2 pun semua org wajib berazam. Azam ini akan memangkin semangat kita untuk mencapai sesuatu yg terbaik buat masa2 akan dtg.

Sebelum saya citer tentang azam baru baik saya sentuh dahulu azam2 tahun lepas samada tercapai ataupun tidak....

1) Nak tambah bilangan family (anak) - Azam ni terpaksa saya hold atas sebab2 tertentu. Letey pulak la nak bawak perut ngan jaga baby kecek dgn keje2 yg bizi cam hape lately...Tp kot ada rezeki saya x tolak...saya terima dengan hati ikhlas...hehe

2) Nak jadi anak, isteri, ibu, kakak, untie yang disayangi dan disenangi. Kalau blh nak jaga tingkah laku agar tidak menyakitkan hati org lain. Jadi isteri yg taat pada suami, ibu bapa serta ibu yg bertanggungjawab kepada anak2nya. - Mmg saya ni baik ape...hehehe..saya x sakitkan hati org...x busuk ati kt orang.....dan paling penting x kaco hidup orang...saya cuma dengan dunia saya sendirik...semoga saya dikurniakan hati yang suci dan tidak menyakiti hati org lain...

3) Nak kawal perbelanjaan. Kalau blh nak memperbanyakkan tabungan dr perbelanjaan yg tidak sepatutnya. Kontrol nafsu bershopping dan sebagainya. - No komen pada bab shopping...hehehe..cuma bab tabungan tuh... dividen ASB saya untuk tahun nih meletops gak la...kat 10k without ASB loan or kawasan2 dengannya..saya start menyimpan setiap bulan masa first job dengan gaji seciput rm900 dulu... so saya vangga k...saya juga x sabar nk pi update buku ASB Isnin nih...sementelah saya bercuti kan...ehhh..dh leh update buku ke ek time tuh?..

4) Nak tambah rumah. Setakat nih saya ada 1 apartment medium cost yg sekarang disewakan kepada org selain rumah yg saya duduki sekarang serta sebiji lg rumah di kampung (sebelah rumah mak pak saya). Kalau blh saya nk tambah rumah ini utk anak2. Apartment jek yg saya mampu buat masa ni. Kalau anak2 nak rumah atas tanah ke atas pokok ke sila belajar pandai2 dan beli seniri. - Tahun nih saya x dpt nk tambah rumah...sebab saya tambah C*R so azam nih saya carried forward utk next year la...

Saya x sempat pilkir azam baru lerr...utk 2010 nih...saya menten jek la apa yg ada....buleh gituu??...

SESI ORENTASI

Selesai sudah sesi pendaftaran ngan orentasi bagi Kakak Dania. Saya tiba di Han Ming seawal jam 8 pagi. Mendengar taklimat (walaupun byk yg saya x paham dari paham sebab cakap cino) Nasib la ada juga cino yang x paham bahasa cino...(sebab derang dulu sekolah kebangsaan dan x bajar mandarin) So kami saling bertukar2 info dengan kawan2 di kiri dan kanan memasing. Betul2 cam budak2 ... hahaha..

Saya mmg x apply leave. Plan nak apply leave tp sebab sepatutnya hari ni ada Management Meeting so saya mmg awal2 lg dh bitau hubby yg dia kena arrangekan seorang diri. Tp semalam last minit boss saya cancel the management meeting dan saya sepantas kilat submit 1/2 day leave tp direject oleh boss. Boss kata xyah apply leave...just go n setelkan apa yg patut n straight away balik office after that. To Boss....aka Mr Justin...tq very much for your understanding....really2 appreciated...

Saya dan hubby menyelesaikan apa yg patut. Kakak dan murid2 dibawa mengelilingi sekolah....Saya menguruskan segala2 mak nenek form dan buku rekod pelajar manakala hubby setelkan hal2 berkaitan dengan buku teks. Setel lam kul 10 and after that saya meneruskan perjalanan ke pejabat. Hubby pulak hantar Kakak ke rumah sebab Kakak mintak off dihantar ke Bright Kids utk hari ni.

So sekian.... next week pulak first day kt kelas...hope xde drama swasta or telenovela...

Monday, December 28, 2009

WIKEN @ ZOO MELAKA



Seperti sedia maklum. Saya dan family adalah pencinta zoo. Sebut jek mana Zoo yg x pernah kami jejak kaki. So far sume dh pi. Zoo Negara tuh hampir setiap bulan kami jejak. Walaupun bau busuk tp tataula...kalo tanya kt bebudak nih mana nk g sure derang jwb nk pi Zoo. So layan jek la kan...

Semalam ke Zoo Melaka. Spend time dr kul 12.30 sampai kul 5.00 p.m. Bukan saya sefamily saje....cousin saya follow sekali sambil bwk 2 orang anak daranya. To uressian yg baca blog nih...just for ur information...lelaki yg sorang lg tuh (of course la yg bukan laki saye tuh) adalah suami Ita @ Kak Ita....dan anak dara berdua tuh (selain anak dara saya la ek) adalah anak dara Kak Ita...korang lama x jumpa Kak Ita kan.....so inilah anak-anak dara dan suami Kak Ita yer..



Kakak as usual...mmg suka naik Kuda. Kalo g Zoo sure mintak naik Kuda...so Kakak layan Kuda...Afiq ngan Kakak2 dua pupu mereka penakot....so Kakak layan sorang...




Ni dah hampir nk balik....pas tgk elephant show ada sesi bergambar. Byr Rm10 gambar siap lam 15 minit....so layanzz...

Wednesday, December 23, 2009

MERAPU

Agak lama x bercerita tentang diri sendiri. Hari ni 23 December 2009. Lebih kurang seminggu lagi kita akan menyambut Tahun Baru iaitu tahun 2010. Semoga tahun 2009 ini berlalu dengan penuh kedamaian.

Saya masih di sini. Mengharungi kehidupan dan rutin harian yang hampir sama setiap hari. Bangun pagi seawal 6.15. Solat, memasak lunch utk Afiq serta menyediakan sarapan utk seisi keluarga. Hubby akan membantu menyiapkan serta menghantar Kakak ke daycare. Sekiranya x berkesempatan, tugas itu akan diambilalih oleh saya pula dan selepas itu saya akan meneruskan perjalanan ke pejabat seperti biasa.

Alhamdulillah...dengan izin Allah segala urusan pekerjaan dan perniagaan kami berjalan dengan lancar. Segala kesempatan dan peluang yang dianugerahkan olehNya akan kami manafaat kan sebaik mungkin. Bibik baru pun sudah memulakan tugas menjaga Afiq sejak minggu lepas lagi. Setakat nih xde apa2 masalah. Saya telah mengaturkan dengan sebaik mungkin akan tugas2 yg perlu Bibik buat setiap hari supaya x timbul sebarang masalah utk mengemas rumah disamping menjaga Afiq.

Syukur juga kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya memberikan saya kesempatan untuk berkhidmat di dalam organisasi yang walau pun x segah org lain namun mampu memberikan saya peluang dalam kerjaya serta yang paling penting dengan pendapatan yang saya perolehi setiap bulan saya mampu memperolehi dan memenuhi segala keinginan saya juga keluarga di samping membantu meringankan beban suami (sekiranya diperlukan). Tidak keterlaluan saya katakan saya boleh berbangga dengan pencapaian saya sekarang dan semuanya adalah dengan izin Allah dan restu ibubapa saya.

Dan organisasi ini juga mungkin merupakan destinasi terakhir saya sebelum benar2 bersedia untuk menamatkan dunia kerjaya serta mengabdikan sepenuh masa buat keluarga.

Monday, December 21, 2009

DANIA LAUNDRY STATION



Alhamdulillah...kedai baru dah selamat rasmi dibuka minggu lepas. Semalam baru saya berpeluang ke kedai bagi membuat tinjauan susulan. So far bisnes oklah...lgpun baru 5 ari bukak kan. Disamping dobi kami juga merupakan pemborong dan pembekal produk2 kelapa seperti santan segar, kerisik dan minyak kelapa. Semoga segalanya berjalan dengan lancar dengan izin Allah...

Location adalah di Taman Tasik Utama Ayer Keroh Melaka iaitu dekat2 dengan MITC. Bagi sesiapa yang memerlukann santan segera di area Selangor, KL, N9 dan Melaka bolehla contact saya. Penghantaran percuma bagi setiap pembelian sebanyak 30 kilo ke atas.

Thursday, December 10, 2009

SESI MENGIRAI



Saya half day arinih. Plan ke sekolah Kakak untuk membeli buku2 untuk Standard 1 nanti. Hari ni last day untuk membeli buku2. Saja pilih last day dengan harapan x ramai org. Mmg yer pun x ramai org ataupun saya yang awal sgt sampai. Sempat tunggu Kakak break dan lepas Kakak masuk semula lam kelas saya meneruskan perjalanan ke Sunway Pyramid.

Agak lama x buat investment utk diri sendiri (ye ker lama ek...?) So saya mulakan mukadimah dengan membeli jam tangan disney princess utk anak dara. Selalu beli hat pasar malam yang rega rm10 2 hari dah punah ranah. So decide beli yg original. Rega asal RM109 after less dpt RM87 sajek. Lepas tuh lalu kt butik G berkenan pulak dgn latest sunglases. So rembat saje..RM674. Lagipun lama x tukar sunglases kan...

Singgah Jusco belikan 4 pasang kemeja office utk hubby dan singgah Poney utk beli 2 psg kemeja n jeans utk Afiq serta 2 psg gown utk Kakak. Lepas tuh patah balik ke IOI Mall semata2 utk membeli dress kat Nichii sebelum kembali meneruskan tugas di pejabat seperti hari2 biasa.

Adakalanya terpikir saya ni patot duduk di rumah sahaja memandangkan kalau saya keluar dari kepompong sure x igt dunia punya berbelanja....

Note : antara harta rampasan yang terpaksa di bawa masuk ke pejabat kerana tidak sesuai ditinggalkan di dalam kereta. Lain2 tuh okey kot kalo biar jek lam keter...

Monday, December 7, 2009

ADAKAH??...

Si Putih....atau...




Si Hitam....



Adakalanya rasa x perlu membawa kereta panjang2. So request for small n cute car from hubby. X tau la approved or tidak...alaa..keter murss jek..rasa semua org pun mampu kot....

Tuesday, December 1, 2009

FIRST DAY



Hari Pertama Kakak Dania di Han Ming secara tidak rasmi. Sesi tuition cum oriantation day selama 10 hari. Saya dan hubby hantar Kakak...then hubby g opis tinggal saya seorang. Tunggu sampai 10.00 iaitu break time utk Kakak then bg Kakak makan kul 10.30 saya bertolak ke MOF Putrajaya utk meeting. Teacher dari Bright Kids akan jemput Kakak kul 12.00 nanti.

Monday, November 30, 2009

BRIGHT KIDS



Ini pula tempat daycare baru Kakak Dania. Bright Kids namanya. Bertempat di Puchong Utama. Kakak akan berada disini utk sesi pagi sebelum ke sekolah pada sebelah petangnya. Saya dah start register Kakak last week lagi. Ini kerana saya nk Kakak start awal sikit iaitu pada Bulan Disember. Sepatutnya Kakak start esok tp Teacher minta Kakak start today supaya dia boleh kenal Kakak lebih lanjut. Esok Kakak akan ke Han Ming untuk sesi tuition cum orientation day. Kelas tersebut pada sebelah pagi iaitu dari jam 8.00 hingga 12.30 tghari. Selepas itu Kakak akan dijemput oleh teacher dari Bright Kids dan daycare kt sana sampai petang lebih kurang jam 6.30. Next year pulak pagi2 saya akan hantar kakak ke sini dan teacher akan uruskan Kakak untuk ke sekolah. Bright Kids menawarkan beberapa program iaitu homework guidance, tuition for 5 subject, e-lerning dan mcm2. Untuk program ini saya perlu membayar sebanyak rm350 sebulan. Ini termasuk kos menghantar Kakak ke sekolah. Semoga teacher2 disini akan membantu Kakak. Saya cuma berusaha sekadar kemampuan saya..

Thursday, November 26, 2009

REAL KIDS PUCHONG JAYA



Hari ni adalah hari terakhir Real Kids Fun Camp dan juga merupakan hari terakhir saya menjemput Kakak di CEC Puchong Jaya. Sedey sebenarnya. 3 tahun saya mengabdikan diri utk menghantar/menjemput Kakak, wang ringgit serta mcm2 lagi. Saya berharap apa yang saya buat untuk Kakak selama nih berbaloi. X blh nk ckp byk sebab saya sebak la....

Wednesday, November 25, 2009

BAJU SKOLAH...



Jangan tak tau yang saya telah selesai membeli hampir 95 % kelengkapan sekolah anak dara pada Sabtu lepas di JUSCO IOI Mall. Walaupun pada awalnya saya merasakan diri ini agak over namun sebetulnya tindakan saya adalah tepat sekali. Ini kerana pada sesi pendaftaran sekolah Ogos lalu saya telah mendaftar Kakak kelas tuition yang akan diadakan di sekolah yang sama bermula pada 1hb Disember hingga 10hb Disember nanti. Kelas tersebut juga merupakan salah satu program orientasi utk murid2 tahun satu. Kelas ini memerlukan Kakak untuk memakai baju seragam sekolah. So konfem ek saya x over atau pun poyo.

Atas nasihat seorang rakan (babe..u know who u are) Saya memilih brand Canggih. Saya membeli 3 set pinafore dan 2 set Baju Kurung. 3 pasang kasut dan juga kelengkapan sampingan seperti stokin, chemisole dan juga kapur kasut. Ada less 15% time nih...Total up less than RM250.00. Okeyla kan...sebab Babah pun yg bayar...hehehe..

Beg sekolah akan dibeli kemudian setelah mengambikira jumlah buku yang bakal dibawa oleh Kakak nanti. Sesi membeli buku pula adalah pada 7hb-10hb Disember nanti.

Apapun...sungguh2 teruja untuk melihat Kakak ke sekolah....luv u Kakak...

Monday, November 23, 2009

REAL KIDS FUN CAMP

Walaupun sesi sekolah dah berakhir namun start hari ini hingga Khamis kakak dania still ke CEC Puchong Jaya utk menyertai Holiday Fun Camp. This year program lebih menarik kerana mereka akan outing ke Ostrich Farm di N9 / KilangYakult dan Sushi King di Mid Valley.



Harap Kakak akan enjoy dgn Fun Camp kali ni sebabnya ini adalah Fun Camp terakhir bagi Kakak di CEC....

Monday, November 16, 2009

TEACHER & PARENT'S DAY

Sabtu lepas ke CEC utk sesi Parents Day. Alhamdulillah...Kakak dpt 100 marks for 3 subject iaitu Maths, BM dan BI. Cuma Mandarin Kakak only managed dpt 95 marks. Ok la kan...xde nk push2 sgt pun. Itupun dah cukup bagus bagi Mama. Komen2 dr Teacher Kuan pun amat memberansangkan Mama & Babah... Keep up a good work ye Kakak. Mama dah rasa senang hati nak lepaskan Kakak ke Standard 1 next year.



Dpt gak graduation Photo...Kelass gitu..




Komen dlm Report Card...

After that kami ke Hospital Serdang dimana anak sepupu saya admitted due to Denggi Berdarah. Get Well Soon Iman. X lupa juga buat nenek saya Puan Azimah Idris juga dimasukkan ke Wad Hospital Seremban kerana dilanggar oleh Motosikal pada Sabtu petang. Along doakan Wan cepat sembuh...


Tuesday, November 10, 2009

ANAK BAPAK

Camne bapak gitula anaknya. Suruh pose cuns bg pose gedix muka idung kembang la, apa la...hentam sajela Labu...Kejadian berlaku Pagi2 Ahad sebelum ke Wet World. Dgn x mandinya gerak ke Ayer Keroh sebab nk tgk kerja2 merenobet.

Breakfast di Uncle John Kopitiam selang beberapa pintu dr kedai/office encik suami. Kakak dania x ikut sebab masih tido ketika ditinggalkan. Anak dara tuh mmg bukan feberet dia mengekor mak pak berjalan. Pesen sapa ntah dia ikot...


Adik & Babah



Adik & Babah lg..


Feberet Mama...Toast Bread ngan Chicken Curry


MAIN2 AIR

Ahad lepas, sempena meraikan kemenangan N9 dan kekalahan Kelantan (wakakka..ade kena mengena ker...saje jek nk bg sakit ati org kan...) saya dan suami menunaikan janji dengan anak2 utk membawa mereka bermain air.

Plan asal nk ke sunway lagoon ataupun desa waterpark. Memandangkan kami tido jugak Rembau sabtu tuh maka satu2nya pilihan yang ada adalah Wet World Air Panas Pedas. Okla dari xde lansung kan...



Time baru sampai. Kul 12.10 camtu..




Babah melayan adik



3 beranak

Hubby jek pun yang melayan derang. Saya kan Datin so kena pakai spek hitam beso duk bwh kanopi sambil snap2 gambo anak2 dan suami harap maklom...

Saturday, November 7, 2009

KELANTAN vs N9

Saya menanti perlawanan bola sepak hari ini dengan penuh debaran. Akan bergegarla rumah saya sebabnya suami org kelantan dan isteri org n9. Harap2 xdela pulak kisah baling2 pinggan mangkuk etc. Karang kot lam stadium aman kt rmh pulak x terkawal. Saya dh cop TV kt ruang tamu bawah dan suami cop dalam bilik. Xleh sama2 menonton sebab konfem ada adegan ejek mengejek.

Apapun tghari nih kami akan ke Melaka sebab ada org nk renovate kedai baru kami. Bisnes ape? Nanti later saya citer k....biar dia jalan dulu...baru blh saya war2kan.

X plan nk stay kt rembau sebab hubby xnak amik risiko tgk bola kt N9. Bole gitu??...xdela...sebenarnya saya plan nk bwk anak2 main air esok. Thats Y xnak tido rembau malam nih. Apapun xde hal la ngan bola ni sebenarnya...saje jek heboh. Kot Kelate menang pun saya suka sebab saya half kelate whattt??....Kot N9 menang pulak mmg konfem la saya suka sebab negeri kelahiran saya kan...

Note : Kot N9 menang saya nk masak pulut kuning la bagi hubby makan...wakakaka..buley??

Tuesday, November 3, 2009

TUDOR FOR HUBBY




Arinih genap 10 Tahun saya mengenali suami saya. Perkenalan yang sgt simple n steady...hehehe...terus membawa ke jinjang pelamin 2 tahun lebih selepas itu. OOppss..lupa lak... kurang 3 bulan sebelum berkahwin kami bertunang dulu. Apa ayat saya nie ek..belasahla labuuu..janji sendiri paham..

Semalam saya ke One Utama bagi mendapatkan hadiah buat hubby. Hasilnya seperti di atas...menggigil nk keluar duit byr sebenarnya. Kiranya sampai sekarang masih ada saki baki gigil lagi. Cam x caya lak boleh buat keputusan mcm tuh semalam.

Demi cinta yang membara...cewahhh...geli weiii...saya buat keputusan untuk belikan benda nih....mahal okeyy...bagi saya la...tp memikirkan apa yg dia dh bagi pada saya selama nih apalah sangat ye tak...

To hubby : tolong balas saya dengan hadiah yg lebih mahal dari ini okeyyy...saya nk at least 5k above pleasee....lap u bebeh...

Monday, October 26, 2009

KAKAK'S BIG DAY

Ahad pagi saya bangun lam kul 7 pagi. Anak2 ngan suami masih berdengkur lagi. Saja xnak bangunkan sebab nk buat keje dengan aman. Masak air then masukkan dlm termos. Sediakan baju2 utk dipakai serta masukkan sepasang baju utk setiap sorang dalam beg sebagai persediaan, manala tau kot2 nk merayap kemana2 lepas tuh kan. Kakak sedar kul 7.15 trus menggelabah nk mandi. Jerit2 suruh Babah bangun sebab dia takut terlambat. She's very punctual. Love Kakak's very much.

Siapkan Kakak, siapkan adik then saya pulak bersiap sementara Babah masukkan semua barang2 ke dalam keter. Jam baru kul 8.30 tp Kakak dh muncung ckp kami dah lewat. Adeilaaa Kakak...

Perjalanan diteruskan dengan dipandu oleh map yg diprovide oleh pihak sekolah. Alhamdulillah..we managed tu reach there at 9.25 a.m. Tuh pun Kakak dah mencuka still cakap kami lewat. What to do...padahal show start kul 11.

Kami breakfast, breakfast semua CEC sediakan. Then kul 10.00 baru leh masuk lam Hall. Alhamdulillah..berkat sampai awal, so tempat duduk pun dpt yg lebih selesa dan plg penting dekat ngan stage.

Mcm biasa tgk show2 derang dan lastly convo utk bebudak Pre 3. Plg terharu sebab last2 tuh semua kids kena bagi flower kt semua para ibu memasing. Syahdu Babe...yerla...segala pengorbanan yg parents buat akhirnya terbalas juga kan...

Dan utk kesekiannya saya merasakan CEC Puchong Jaya adalah yang terbaik....Sayang all the teachers and principle...Teacher Janet Lee.


Kakak wif her classmate

Wif her beloved teacher, Teacher Kuan


Wif her best friend, Chong Jing Yee

Selesai semua kami ke Zoo Negara (sempat jugak tuh)...and spent time kt sana almost 3 hours before balik ke rumah, mandi and ZZZZZ.....penat weiii...x rest lansung minggu nih...Mana xnye..Monday - Saturday kejer, Sunday lak camnila kisahnye...

Friday, October 23, 2009

AVENT MAGIC CUP


Adik Afiq amat gemar menggigit puting. X sampai sebulan puting sure pecah sebab digigit. Makanya saya nk cuba bg dia guna Magic Cup pulak. Still beli puting jugak buatnya mamat tuh xmo guna magic cup tuh pulak. Tp budak SA tuh cakap kalo guna magic cup pun still blh guna puting tuh jugak. Apa2 la labu..

Saya beli kt kedai area opis nih jek. Ada kedai yg jual sume barang2 cenggini. Sume brand ada. DrBrowns, Combi, McLarens, apa2 lagi laa...cuma sediakan duit jekla. Kredit Kad acceptable gak...hehehe..Nama kedai tuh myBBstore.com. Senang sikit so saya x pyh nk singgah2 Jusco etc utk dptkan produk Avent nih. Lgpun kt Jusco IOI Mall stock puting 6m+ nih selalu habih.

Hopefully Afiq ok dengan magic cup nih. Kalo x biar Mama jekla guna buat milo shake...hehehe..

CONCERT & GRADUATION DAY

Ahad nih akan berlansung Concert & Graduation Day untuk CEC Puchong Jaya. Tahun ni berbeza sedikit dr tahun2 lepas. Kalau 2 tahun sebelum ni berlansung di Dewan Sivik MPPJ namun tahun nih majlis akan dibuat di Sekolah Seri Suria di Hulu Langat. Iaitu abang kepada CEC. Harap2 nye majlis akan berlansung dengan meriah macam tahun2 lps jugak.

Saya sangat2 teruja untuk melihat persembahan Kakak dan rakan2. Juga sangat2 teruja untuk melihat Kakak menerima sijil di pentas. Mana x teruja. Bapa ribu pulak dah perabih duit kt sini je. Bayangkanlah kalo bulan2 saya kena byr lebih kurang RM650 sebulan selama 2 tahun. Utk Pre 1 dulu 300 sebulan sebab xde daycare. Mahu x teruja kan...nk melihat hasil pelaburan saya dan suami..

Apapun tahun nih saya x boleh cengelat...Tahun nih saya kena stay kt lam dewan sampai habih event. Sebabnya tahun2 lepas rasa2 dah kebas bontot dan anak saya pun dah selesai perform saya akan lepak2 kt luar dewan. Cit cat dan sesi ambik gambar. Tahun nih saya kena stay sampai habih sebab nk tgk Kakak amik Sijil dia.

Kat atas adalah costume yg akan Kakak pakai waktu perform nanti. Ntah apala rupa persembahan derang saya nantikan saja.



Thursday, October 22, 2009

TOP OF THE WORLD

Such a feelins comin over me
There is wonder in most everything I see
Not a cloud in the sky
Got the sun in my eyes
And I wont be surprised if its a dream

Everything I want the world to be
Is now coming true especially for me
And the reason is clear
Its because you are here
Youre the nearest thing to heaven that Ive seen

(*)
Im on the top of the world lookin down on creation
And the only explanation I can find
Is the love that Ive found ever since youve been around
Your loves put me at the top of the world

Something in the wind has learned my name
And its tellin me that things are not the same
In the leaves on the trees and the touch of the breeze
Theres a pleasin sense of happiness for me

There is only one wish on my mind
When this day is through I hope that I will find
That tomorrow will be just the same for you and me
All I need will be mine if you are here

Repeat (*) twice

Note : Currently anak2 di CEC Puchong Jaya kena hafal dan nyanyi lagu ni utk assembly. Since before raya lagi kot x silap. Anak dara saya dh berjaya hafal semua lirik. Alhamdulillah. Syok jek dgr dia menyanyi time mandi...hehehe..

Tuesday, October 20, 2009

DAH OK

Berita baik....internet dah ok balik. Berita x baik, arini kena stay sebab big boss mintak join sesi interview utk Contract Manager. Padahal pagi tadi dh janji ngan anak2 nk ke IOI Mall pas kejer. Nampaknya kena pospon la. Kesian kt bebudak tuh...Kakak pulak esok start sekolah semula sebab since last week CEC Puchong Jaya tutup due to H1N1 case. Apapun semoga yang baik2 saja. Saya rindu sama budak2 notti tuh..Huhuhu...

Monday, October 19, 2009

DOWN

Internet yg down. Dah hampir seminggu. Puncanya kabel rosak teruk sebab bumbung bocor. Kata building kontraktor kan..memalukan jek bila 'umah' seniri bocor. Heheheh...bukan ape...x pasan senornya..sebab tempat hat bocor tuh tempat tersembunyi. Bukan setakat phone line ngan streamyx jek...Alarm pun rosak. Semua dah dibaiki cuma tinggal tunggu org t5elekom/streamyx jek dtg utk setting sume benda alah tuh. Currently terpaksa share2 broadband yg company beli. Kena gilir2. Sapa nk pakai urgent kena request. So memandangkan td saya kena reply email from Client maka saya amik kesempatan utk merapu sebentar. Banyak giler benda nk update tp x berpeluang. Email pun melambak2 x dan nak baca. Agak2 mana2 yg dh lepas tuh...lepasla nampaknye..

Bersua lagi...

Monday, October 12, 2009

DAH BOSA ANAK OMAKK...


My beloved princess. Buah hati saya dan suami dan juga seisi keluarga. Permata hati kami yang pertama. Pengikat kasih sayang antara dua hati.

Pejam celik x sangka anak dara saya dah besar panjang. Dah nak standard 1 pun next year. Mmg dah mcm anak dara sunti lagaknya. Dah boleh diharap membantu saya menguruskan rumah mahupun mengasuh adiknya.

Last week before bertolak ke JB paginya kami ke dentis utk mendapatkan nasihat doktor berkenaan gigi Kakak. Doc kata perlu dicabut supaya gigi yg sedang tumbuh tidak berlapis dengan gigi susu yang masih utuh. Memandangkan next week konsert maka kami mengambil kata sepakat utk mencabut gigi tersebut selepas konsert sahaja. yelaa..kan kesian pulak dia nk bergaya dgn gigi yg bape nk cun kan..

Apapun dia semakin dewasa. Saya semakin terasa kehilangannya. Sebab byk benda yg dia request utk buat sendiri menjadikan saya terasa diri ini makin tidak diperlukan lagi...huhuhu...

Note : pic from Seri Malaysia Johor with love..

Friday, October 9, 2009

BERTAMU DI KALBU

Kugenggam semilir malam
Tika rembulan menyinari
Lalu ku menadahkan
Kata cinta nan suci

Dan akan ku hembuskannya
Tika malam syahdu
Kerana dalamnya
Kasih sedalam lautan

Setinggi mentari
Tak mampu digapai
Oleh khayalan insani
Cuma di naluri

Katakan bara melecur diri
Bisa memercik jalan nan luka
Dengan selasih balut pedih ngeri
Tiada berpaling setia

Adalah sejarah jadi saksi
Bulan bintang menghangat kasih suci
Kita pun berpaut dan bersatu
Dalam bebayang mimpi berseri

Ku layarkan asmara
Di pelabuhan setia
Akan ku rentangkan
Sang pelangi suci
Yang pastinya anggun dihati
Bertamu di kalbu

Note : Minat gilerr lagu di atas. Rasa cam nak nanges pun ada....feeling lebey pulak pagi2 Jumaat nih..

Friday, October 2, 2009

RAYA OPEN HOUSE PT. 2

Pas layan gambo food layan gambar manusia pulak..

X semua staff ada lam gambo nih. Site staff mmg xde la. HQ staff pun separuh jek. Ada yg dh g semayang n ada yg kuar jumpa client.
Miss Yap, Me, John, Kak Aisyah & Effa

Kata nk amik gambo..suruh kite senyum..pastu dok delay2...sakat2 org..sampai muka dh kejang tahan senyum ayu...nk kena baling ngan stapler barula nk snap pic...mmg ampehh...

RAYA OPEN HOUSE

Jadi lead utk buat open house utk company. Menu simple jek janji sodap. Suke semua food. Yummy... Tq boss sebab sponsor.

Bihum Goreng, Nasi Goreng Cina, Roti Jala,
Kari Ayam

Kuih-kuih raya, Jajan2 yg terdapat
dlm hampek pack

Sate Samuri Awan Besar...menu wajib



Lemang Pak Ali, tembikai dan nasik himpit (xde dlm gambar sebab x muat)

Rendang Ayam, Kuih Lapis

Agenda utk hari ini adalah makan...makan...dan makan....

Thursday, October 1, 2009

DEKO DEKO DEKO



Bizi giler after raye nih. Bukan setakat di opis, rumah mahupun bizi lam pala otak. Kat opis ngan tender yang berkepuk2...Mmg saya bukan org teknikal, jauh engineer mahupun qs. Tp sebab saya lead admin department so scope saya adalah memastikan segala maklumat syarikat yang diberi adalah cepat dan tepat. Tugas saya sebagai PA pulak sentiasa memerlukan saya sentiasa menyebokkan diri dalam semua hal supaya bila boss tanya xdela saya terkebil2 macal cicak tercekik dodol.

Saya dan suami sedang 'gile' menghias rumah. Org hias rmh b4 raya tp saya x kisah. Ala...bukannya hebat2 sgt. Buat mana yg mampu jek. Currently kami sedang mengupah org membuat plaster ceiling utk bilik utama, bilik kakak dania dan juga bilik afiq. Dulu saya x suka sgt ngan plaster ceiling nih sebab org kate x bape baik utk kesihatan...org katela kan...tp saya belasah jugak la..maleh nk pikir panjang lg.

Bila dh buat plaster ceiling, saya tukar sekali lampu n kipas. Walaupun semua bilik dh ada ekon...namun nk jugak merasa kipas remote kontrol hehehe...Untuk bilik kakak just beli kan baby fan sebab size bilik kakak x besar mana...even ekon pun ada dah kan..kakak pun jarang tido bilik dia....utk bilik utama beli hat normal punya size. Apapun baby fan lg mahal ngko...Beli gak lampu2 yg murah2 tuh jek rega 99 hengget 2 dan 75 hengget 1. Jadila kan..sekali harung. Apapun Puchong mmg syurga lampu la...sebab murah2.

Semalam baru setel bilik utama, arini mungkin setalkan hall pulak. Jumaat mlm kena gerak balik rembau sebab x puas raye..hehe leh gitu?..next week sambung utk bilik kakak n afiq. hopefully blh siap next week sebab x larat dah nak tido berhimpit2 lam bilik bibik kt dapo nun dan ngan debu sana sini. Nasib dh xde bibik kan...Time2 nih terpikir pulak yg rmh ni cam x cukup bilik jek. Kalo tetamu dtg nk ltk mane ek? Babah...dengar x nih?...cecepatla belikan banglo 6 bilik sebijik ye...hehehe...I lap U Bah...

Wednesday, September 23, 2009

RAYA @ KELANTAN


Beraya di rmh saudara mara di pulau melaka, singgah solat di sebuah madrasah, lepas solat br pasan tempat ni milik nik aziz..

Saturday, September 19, 2009

SESI MEMBAKAR LEMANG


Kakak membantu tok teh membakar lemang. Makin terasa kemeriahan syawal.

Friday, September 18, 2009

OOO...BALIK KAMPUNG


On the way blk ke rembau, alhamdulillah, perjalanan sgt2 smooth, dah sampai pun di nilai, kepada yang lain pandu cermat ye.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI



Selamat Menyambut AidilFtri dari saya sekeluarga. Mohon maaf atas segala kesalahan yang dilakukan tanpa sengaja mahupun tidak. Semoga kita bergembira di hari mulia.

Mlm tadi dah selamat packing. Arini masih lagi bekerja. Company bagi balik awal sket iaitu kul 3.00 p.m. Balik nih terus zass ke Rembau.

Jumpa lagi selepas raya ye..

Thursday, September 17, 2009

LAST MINIT SHOPPING




Semalam seperti yang dirancang saya ke Sunway Pyramid. Berdua dengan anak dara. Nasib la saya ada anak dara yg boleh temankan saya shopping. Jalan jammed giler semalam. Kul 7 baru saya dpt parking keter. Terus berlari2 anak ke KFC. Sampai KFC lak...mak aii...ramai giler umat sedang beratur beli food. Xleh jadi nih...saya kata...kalo tunggu makan dulu then bershopping bila pulak nk balik rumah kan...So saya amik langkah ke 2. Shopping dulu then baru makan kekenyang. Untuk alas perut saya singgah beli hot dog n mocha ice blended then makan kat kerusi2 tetepi eskalator tuh.



Selesai makan saya trus ker CnK. Masuk sana SA tuh dtg serve saya. Trus tanya hat mana new arrival. Dia propose kt saya satu design. Dia kata best seller gak kt situ. So saya mintak size 4 n try. Trus ckp saya konfem amik ni n trus bayar. SA tuh siap ckp kalo sume customer cam akan kan ke bagus...ni ada yang try 10 psg tp x beli pun ada. Saya kata ngan dia kengkadang pun saya camtu..cuma arini saya x cukup masa nak menelaah kasut2 yang ada tuh. Saya nk cepat. Hehehe..


Setel kasut saya kami ke Jusco pulak. Carik kasut my BONDA. Dapat la 1 design nih. Agak simple tp saya suka. Rega less than rm50 jek.


Then ke PONEY pulak. Dapatkan 3 lai tshirt tambahan utk Afiq n sehelai suar lagi. Kata mama dpt bonus kan...kenala allocate kt anak2. Kakak xnak apa2 sebab dia kata baju dia dh byk 15 psg. Dia suruh beli kan adik jek biar adik punya jd 15 psg jugak...Bagus anak Mama..


Pastu gerak pulang ke rumah. Sampai rumah kul 8.30. Lupa nk beli makanan. Kedai siam kt area rumah pun dh tutup sebab cuti raya. Balik rumah masak nasik goreng jek utk isi perut.


Wednesday, September 16, 2009

DUIT RAYA



Part yang x kurang pentingnya dalam musim2 perayaan. Sume dah setel. Tahun ni saya dan suami memperuntukkan sebanyak lebih kurang rm500 utk duit raya (tak termasuk utk PAMA & PIL la). Ada bermacam2 sampul yang setiap satunya mempunyai nilai yang berlainan. Stendedla tuh kan...semua org pun camtu rasanya. Jgn terlupa sampul yg mana satu sudah...

Sapa nk duit raya dtg rumah k. Mana yg mmg dh ada lam list tuh kot x dtg pun akan saya usahakan..

Btw..syukur alhamdulillah...x sangka saya pun dpt Cik B. Walaupun x sampai setahun jagung bekerja di sini. Syukur ke hadrat ilahi atas rezeki yang diberi pada saya dan keluarga. Saya sangat2 menghargainya.

Ptg ni saya akan ke Pyramid utk mencari kasut buat Bonda serta menambah keperluan utk anak2. Saya g ngan kakak jek nampaknya memandangkan Babah xde di kawasan liputan.

Tuesday, September 15, 2009

KUIH RAYA LAGI



Entry kuih raya lagi. Malam tadi anak sedara saya hantar ke rumah. Every year saya akan beli dr mak dia iaitu sepupu saya. Every year jugak kuih yang sama. Saya panggil kuih wajib. So bila puasa je saya akan kol sepupu saya dan mentioned bajet saya serta kuih apa yang saya nak. Murah kuih2 nih. Rega average rm13-14 utk 50 pcs. Saya amik 7 jenis. Setiap jenis saya beli 100 pcs. So total yang saya kena bayar malam td rm186. Ok kan...yang penting kuih2 ni semua sedap2. Saya ni kan ke cerewet...kalo x sedap xkan saya beli punye...

Monday, September 14, 2009

PUTRAJAYA SEAFOOD



Sejak semalam saya dah ishtihar untuk gantung periuk belanga dan kawasan2 yg sewaktu dengannya. Sebab saya dh kemas dapor semalam. Bahan2 mentah pun dah xde lam peti. Makanya since semalam sampai raya ni saya akan berbuka di luar sahaja.

Semalam saya berbuka di Putrajaya Seafood di Taman Botani Alamanda. Saya pilih set bebuka A berharga rm53++. Set ini utk 2-4 org. Saya dan suami amat2 berpuas hati dengan set ini. Mcm2 ada. Siap tom yam campur, butterprawn, ayam apa ntah, ikan apa ntah ngan mixed fruit lagi. Mmg kenyang terduduk saya semalam.

Kemana pulak destinasi kami sekeluarga malam ni yer... Hello Babah....

KUIH RAYA


Memandangkan tinggal beberapa hari sahaja lagi nk beraye...so arinih saya nk citer psl kuih raya. Ini satu2nya kuih raya yg baru sampai ke tangan saya. Tart Nanas namanya. Kuih tart yg paling hebat dan sedap yg tiada tandingannya Hehe.. Dah 15 tahun hari raya saya diserikan dengan kehadiran tart nanas ini.

Tart ini dibeli dari ibu kawan saya semasa bersekolah di Uress dulu. Saya rasa, sesiapa yg pernah duduk hostel batch 1992-1994 akan tau kehebatan tart ini. Rega tart nih bolehla saya klasifikasikan kepada agak mahal jugak iaitu rm25 utk 50pcs. Tp dek kerana kesedapannya saya sanggup beli jugak.

Saya beli sebanyak 300 pcs. 100 pcs utk rumah mak saya di Rembau, 100 pcs utk MIL saya di Kelate dan 100 pcs lagi utk rumah saya sendiri. Yg bahagian kt rumah saya tuh dah tinggal less than 100 pcs sebenarnya sebab saya dah pulun 2 malam dah. Mmg xleh tahan la bila tgk tart nih. Sedara mara saya yg dtg beraya pun konfem akan memperkatakan kehebatan tart ini.

Saya ada juga order kuih2 raya yang lain. Tp masih belum sampai ke tgn saya. Sehari dua lagi kot.

P/S : Sapa terliur dgn tart nih sila jemput ke rumah pada hari raya nanti okey...

Thursday, September 10, 2009

SUBMARINE



Submarine Clarks for Adik Afiq. Size 5 1/2 G. Rega RM108.00. Kaler Brown. Beli kat Clarks Alamanda (dah mamanya duta Alamanda kan...) Ada 1 design nih jek utk sandal. So terus decide untuk amik. Malangnya xde size. Kena pulak cek stock kt tempat lain. Konfem ada dan derang htr ke Alamanda. So semalam pas buka saya pi amik. Kasut mungkin x beli kot sebab baru je lg beli OKBG bulan 7 arituh. Suka sangat Adik bila dapat sandal nih.

Wednesday, September 9, 2009

GOWN RAYE KAKAK

Semalam citer baju mamanya. So ari ni citer psl baju anak daranye pulak la ye. Gown raya Kakak ada 5 psg, Tp 1 dah dirasmikan oleh Kakak. So x tepek la kt sini. Mana yg masih virgin saja di tepek okey...

From homegrown (kalo x silap) beli kat paksen OU


From PONEY Alamanda with lurve



From Poney Alamanda gak (saya suke giler baju nih)

From Hush Puppies Alamanda
Bangunlah anakku Pakai baju baru
Kawanmu semua Telahpun menunggu
Dapatkan Ayahanda Sujud dikakinya
Serta jangan lupa Nendamu kedua
Kita Bermaaf Dengan Keikhlasan
Moga bertambah Rahmat dari Tuhan

Note : Membeli baju anak2 dengan mak bapak xde beza sekarang. Rega lebih kurang sama jek semua. Sabo je la Labu..