Tuesday, December 30, 2008

Kalau dulu.....kalau sekarang.....

Kalau dulu......bila tiba cuti sekolah jek, jalanraya pasti lengang, senang hati jek nak pi kejer sebab jalan x sesak. Maklumlah...banyak kenderaan yg hantar budak2 sekolah x bergerak time nih.



Kalau sekarang......x kira cuti sekolah x cuti sekolah jalan mmg akan sesak. Tension betul rasanya. Maklumlah, setiap org dah mampu beli keter. Kadang2 sebuah rumah ada 3,4 bijik keter.



Kalau dulu.......masa baru2 keje, gaji x sampai 2 ribu pun cukup jek, walaupun kadang2 bila hujung bulan terpaksa ikat perut sikit.



Kalau sekarang..........biar gaji nak cecah 5 ribu pun still x cukup rasanya....almaklumlah adat manusia, besar periuk besarlah keraknya kan......


Kalau dulu........belanja sekolah 30 sen pun cukup. Siap blh simpan seposen lam tabung. maklumlah time tuh rajin bwk bekal pi skolah kan.


Kalau sekarang......belanja sekolah mencecah 2 ringgit kn...tu pun x termasuk duit utk belanja tusyen etc. Pulak tuh..mana ada yg nk bwk bekal dah skrg...x rugged kate derang.

Ape2 jela kann....lain ulu lain parang...lain dulu lain sekarang...yang penting, Aku tetap aku....

Thursday, December 25, 2008

KAIN...


Aku cukup suka membeli kain pasang. Mmg feberet laa...Aku suka carik kain kt Nilai 1 ngan Jakel. Sebelah nih balance kain pasang yg aku beli konon2nya utk baju raya 2008 lepas. Tp oleh kerana kesibukan aku yg kejap keje kejap benti kejap masuk co lama balik maka aku x sempat nk tempah kesemuanya.
Tailor aku yg diberi kuasa penuh menjahit baju2 aku adalah "Buyong Boutique" di Shah Alam seksyen 18. Aku saja je gelar dia buyong boutique sebenarnya dia jahit kt rumah je tp nama dia mmg buyong ler. Dia jahit memang puas hati cuma dia byk sgt customer so kena ada strategi utk htr baju2 kt dia. Memandangkan setiap kali raya aku mesti menyediakan sekurang2nya 10 pasang baju (ni sekali dalam setahun je okeh kecuali ada majlis2 rasmi lain yg memerlukan baju baru) maka aku akan memastikan setiap bulan aku menghantar 2 pasang untuk disiapkan dalam tempoh sebulan itu. Maknanya hantar bulan 1 amibil bulan 2, Time ambil htr lg 2 psg sampai selesai. Sebabnya kalau aku htr sekali 10 psg mmg konpem dia siapkan 2 ke 3 psg je sebab dia nk kejar kain2 customer yg lain. Makanya dia atas adalah kain belen yg x sempat hantar. Aku tgh berfikir sama ada nk sedekah kt sesapa atau pun nk continue tempah utk tahun depan. Yg pasti kena clearkan secepat yg mungkin sebab mak aku marah simpan kain x berjahit lelama. X elok katanya.

Saturday, December 20, 2008


Aku seniri x pasti sejak bila aku berjinak-jinak dengan contest nih. Tapi yang pastinya contest2 yg aku masuk bukanlah spesis yang suruh aku amik itu...amik ini....beli itu...beli ini. Contest yang aku masuk semuanya mudah dan bak kata org benda dah ada depan mata kan....tunggu nak isi dan hantar jek la. Yang penting, contest tuh kalau boleh biarlah xde slogan. Sebabnya aku x pandai sgt bab2 slogan nih.
Petang semalam aku dpt surat dt Measat Publications Sdn Bhd. Aku dah agak mesti ianya jawapan kepada contest Intrend yang aku masuk bulan November arituh. Aku harap dpt Jam Tangan, tp dpt menda alah nih pun aku syukur jugak. Aku pun x sure menda alah nih ape dia. Tp aku taulah yang ianya berkaitan dengan kecantikan. Belasah jekla kan. Dpt pun free...kot aku rasa x sesuai ngan aku ke...aku bagi jekla sesiapa. Janji berbaloi duit setem ngan duit beli majalah Intrend tuh.
Ok la...heppy weekend to everybody. Aku x balik kg. BIL aku yg on the way balik Sabah from KB akan transit di rumah aku selama 3 hari. Plan esok nk ke Zoo Negara. Mungkin aku x pi kot. Just hubby n kakak je. Aku nk kena berlengan di dapur la selama 3 ari nih.
Orait...bubye..

Wednesday, December 17, 2008

Nak kurus punya pasal

Semenjak bercuti panjang nih masa saya bayak dihabiskan dirumah bersama anak2. Tambahan pula Kakak sedang bercuti sekolah. Memang seronok melayan karenah anak2 nih. Makan dan pakai mereka terjaga 100%. Tidak perlu mengharapkan Bibik yang jaga. Oleh sebab itu jugak...dalam seminggu tempoh bercuti berat badan saya naik sebanyak sekilogram. Hua..hua..hua...Mana xnya, ari2 konpem kena masak. Suami saya bila balik kejer je mesti nak carik nasi punya. Pulak tuh...kalau tido lambat pun before tido mesti nak ulang makan nasi lagi. Cuma bezanya suami saya xde perubahan. Berat menten takat tuh je. Saya jek yang menjadi2.

Setelah membuat post mortem, saya mendapati punca masalah utama kenaikan berat badan saya berpunca daripada akibat terlalu banyak menelan nasi. Oleh yang demikian saya kini mengambil keputusan untuk mencatu makanan harian saya. Atau dengan lebih tepat lagi xnak amik nasi dah lepas nih. Makan berat pun sehari cuma sekali. Saya cuma ada masa lebih kurang sebulan sahaja lagi menjelang 22 Januari 2009 dimana saya perlu berkeadaan kurus untuk suatu occasion. Occasion apa?...tunggu dan lihat sahaja okehhh...

Disamping itu, saya juga telah mendaftar semula dengan Fitness First. Saya perlu mendisiplinkan diri saya untuk tidak gagal menjalani course yang saya daftar di FF itu. Selain itu juga, saya akan selalu berjoging pagi dan petang setiap hari di keliling kawasan perumahan saya. Semoga dengan usaha saya yang sebegini saya akan mendapat kembali berat badan saya sebelum mengandungkan Kakak iaitu 38kg. Kalau x boleh pun 40kg pun saya dah bersyukur yang amat. Kalau x boleh jugak....42kg pun saya terima seadanya. Yang pasti bukan seperti sekarang iaitu 44.5kg. Saya sungguh tension memikirkan masalah saya ini. Seksa jiwa raga saya. Semoga masalah saya akan selesai secepat yang mungkin.

Friday, December 5, 2008

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA

Selamat menyambut Aidil Adha kepada semua umat islam. Tahun ini seperti biasa kami menyambut Aidil Adha di Besut dan Pasir Puteh iaitu kampung hubby. Tahun ini juga kami akan menunaikan ibadah korban untuk Baby Afiq. Babah awal2 dah minta Tok Ayah carikan seekor lembu untuk dibuat korban. Kami akan bergerak pulang pada tenghari esok. Malam ini Mak Wan dan Atuk akan datang untuk spend masa dengan cucu-cucu mereka sebelum kami semua bertolak pulang tengahari esok. Maklumlah...keluarga kami bukannya besar sangat. Mereka cuma ada 2 orang cucu (anak2 aku) dan seorang cucu baru yang baru sahaja lahir hujung Nov arituh. Welkam to the world Baby Danish Irfan. Mamalong x sempat nk amik gambo Baby Irfan arituh. Kecik sangat, takut mamalong nak pegang. Minggu depan kita jumpa k. Sebab minggu nih mamalong x balik rembau. Minggu depan sure Baby Irfan dah beso sikit...so senang sikit mamalong nak gomol.

Okla...jumpa pas raya haji k.

Monday, December 1, 2008

PRINCESS @ MULAN

Ini kisah berbulan lepas. Tp setiap kali aku teringat aku mesti senyum sensorang. Kejadian nih berlaku sewaktu aku dalam perjalanan ke rumah selepas menjemput kakak di CEC.

Anak dara aku nih mmg byk celoteh. Dia nih ala2 dramatis. Kalau bercakap dengan dia mesti ada gaya2 mcm berlakon. Contohnya kalau tgk dia pakai baju yg cantik. Kena lah puji dia ” wow...so pretty la you....” mata kena buat ala2 terbelalak sikit, muka kena senyum ala2 happy giler n beri dia satu kiss. Itulah Kakak....hidupnya dipenuhi dengan imaginasi. Kakak juga x akan terima jawapan ”Ntah” atau ”Tak Tau” dalam hidup dia. So setiap soalan dia dimestikan ada jawapan...(meskipun jawapan yg aku beri kengkadang merapu). Maybe dia rasa Mama dia PST (Profesor Serba Tau) kot.

Seperti budak2 perempuan yg lain, Kakak minat giler dgn watak2 Princess. Princess Aurora, Ariel, Jasmine, Cinderella, Belle, Snow White dan mcm2 lagi. Kebetulan perbincangan kami arituh dalam keter berkisar tentang watak2 Princess tersebut. Kakak tanya aku nama pasangan2 Princess tersebut. So aku pun explain ler kt dia satu2, Bermula dgn Princess Jasmine ngan Aladdin, Ariel ngan Prince Eric etc. Sekali dia blh teringat akan 1 karakter Princess yg ada dalam mandian disney tuh. ” ”Mama, yg mata sepet mcm kawan kakak (budak cina) tuh Princess apa ek..?” Sudahh...aku puas pikir apa yg dimaksudkan, sekali teringat..mungkin Mulan kot. Aku pun belasah jeklah ckp ngan dia yg tuh Mulan, yg tuh ok lg. Sekali dia tanya aku siapa boyfren Mulan..aku dah gelabah. Dah lah dia sensitif kot kita jawab Ntah...setelah tergaruk2 kepala aku dpt idea...Terus aku sebut Choo Thin Chee...buat masa tuh, tuh jek nama Cina yg ada dalam pala aku...Nampak pun Kakak berpuas hati dengan jawapan aku...Dalam hati aku ketawa berdekah2, X pasal2 nama boss aku jd bofren Mulan....Tp kesian pun ada sebab Kakak mmg nampak percaya giler ngan jawapan aku...

* Aku tau x baik menipu...tp aku xde pilihan lain lah....kira tipu sunat ler tuh...