Friday, November 21, 2008

ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah.....Baby Afiq dah kebah dari demam, malam tadi dah blh happy2 main bola ngan Babah also Kakak. Senang sikit hati aku bila anak dah sehat nih.

Alhamdulillah jugak sebab dengar berita minyak akan turun lagi buat kali kedua untuk bulan Nov ni. Sama-sama kita tunggu bila dan berapa sen seliter minyak lepas nih.

Alhamdulillah lagi sebab 'projek' aku berjaya setakat nih. Semoga Allah merahmati usaha-usaha ku.

*Syukur alhamdulillah kepada Allah di atas rezeki serta rahmat yang diberikan kepada semua manusia di bumi ini*

Thursday, November 20, 2008

AFIQ DEMAM

Baby Afiq demam arinih. Subuh td aku terjaga dalam kul 4 pagi. Aku dengar dia mcm x bape selesa kt atas katil. Cek hari konfem panas. Bawak turun bawah, cek ngan temperature, tgk2 kt 38.5. Masuk ubat kat punggung. Pastu tidurkan dia ngan Babah, sebabnya aku selsema. Takut jangkit pulak selsema aku kt dia.

Kakak pulak nampak enjoy ngan mandarin tuitionnya semalam dengan Teacher Jessica. Mandarin tuition kat rumah Aqeel, member kelas kakak yg sama2 akan tukar ke mandarin medium for next year. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Aku sebagai ibu hanya berusaha setakat yang aku mampu untuk anak2 ku.

Home tuition dengan Teacher Chitra cuma akan start bulan December nanti, Kalau nk start awal pun boleh, cuma nk bagi Kakak rest dalam bulan Nov nih. Teacher Chitra akan cover 3 subject. Seminggu 2 kali je pun. Bukan nk pressure cuma nak harapkan aku saje yg ajar mmg x leh kot. Aku ni kepala hangin sgt. Bak kata hubby patah tangan anak dia kena ketuk ngan aku nanti.

Tuh jekla utk ari ni nampaknya. Aku kena monitor suhu Baby Afiq dan bagi makan ubat demam setiap 4 jam sekali.

Tuesday, November 11, 2008

QUARANTINE @ INTREND

TAHNIAH!

Sukacita dimaklumkan anda adalah pemenang bertuah Promosi Quarantine InTrend bulan November 2008 dan memenangi hadiah sagu hati berupa 4 tiket ke tayangan Quarantine pada November 17, 2008. Sila hadir ke alamat berikut untuk menuntut hadiah anda.

MEASAT Publications Sdn Bhd (sila rujuk peta yang dilampirkan bersama emel ini)
Level 3, Wisma SSP1 Jalan SR6/3
43300 Seri Kembangan, Selangor

Tempoh tuntutan: November 10, 2008 - November 14, 2008
Masa tuntutan : 9am – 5pm

Nota :
1. Anda boleh menghantar wakil untuk menuntut hadiah yang telah dimenangi beserta salinan kad pengenalan anda. Wakil anda mesti membawa surat asal ini bersama.

2. Anda boleh menghantar cek/wang pos bernilai RM10 serta surat asal ini dan salinan kad pengenalan untuk perkhidmatan kurier kepada MEASAT Publications Sdn Bhd, ke alamat yang tertera di atas. Juga diingatkan, MEASAT Publications Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan atau kerosakan semasa penghantaran.

3. Semua hadiah hendaklah dituntut semasa tempoh yang telah ditetapkan. Jika gagal, hadiah tersebut menjadi hak milik pihak MEASAT Publications Sdn Bhd. dan sebarang tuntutan selepas tempoh tersebut tidak akan dilayani.

Terima kasih di atas sokongan anda kepada InTrend dan kami berharap anda akan terus membaca “Inspirasi Gaya Hidup Anda” pada masa-masa akan datang.

Ho Paik SanMarketing & Promotions Manager,
Magazine MEASAT Publications Sdn Bhd
Level 3 Wisma SSP,No 1 Jalan SR 8/3,
43300 Seri Kembangan,Selangor Darul Ehsan,
Malaysia

Tel: 603-9543 9664 ext 2892
Fax: 603-8941 6094
Email: paik-san_ho@astro.com.my


Aku mmg langgan Magazine Intrend, Sejak keluaran pertama lg iaitu tahun 2006 kalau x silap. Kdg2 terbeli 2 pun ada sebab bila hubby jumpa dan dia igt aku belom beli terus dia tlg belikan. Tgk2 kt rumah mmg dah ada. So sejak bulan Jan 2008 dulu aku langgan terus dan bila sampai ketikanya je dah ada dalam post box aku. Ohya...aku suka masuk peraduan Intrend sebab xde slogan. Aku x reti berkarya so aku elakkan masuk peraduan berslogan nih. Punya banyak aku masuk contest Intrend keluaran November, ada hadiah jam tangan Titus, mekap bobby brown, dan macam2 lagi la termasuk tiket Quarantine yg aku dpt nih. Xpe la...berbaloi gak duit setem. Nanti leh pi tgk...

Sunday, November 9, 2008

I'M BACKKKK...

Lama giler x update blog, aku seniri x tau sebab apa...byk na masalah problemnya....dimulai dgn line streamyx kt rumah aku yg berbulan x elok....dah kena maki hamum baru TM tuh nk dtg baiki....sampai aku mogok nk terminate line baru terhegeh2 nk tunjuk muka kt rumah aku. Bila line dah ok....lap top pulak buat hal..kesudahannya....bila dah lama sgt delay aku seniri yg jadi malas nk update....dok baca blog org jeklaa...

Hari ni hari Sabtu, 8hb November 2008. Aku x kejer, hubby jek kejer. Seperti yg aku janji ngan Kakak Dania, lepas exam nk bawak dia pi tgk High School Musical 3 so tadi aku bawakla anak dara tuh pi nonton kat Alamanda. Senyum sampai ke telinga si Kakak. Baby Afiq x join, dia kena tinggal kt rumah ngan Bibik mcm biasa. Maklumlah...x cukup umur lg nk dibawak tgk wayang kan.

Malam nih so far xde program lagi, maybe nk duduk rumah dendiam sambil menonton sehati berdansa. Kalau hubby x penat blh gak bwk anak2 pi Putrajaya main beskal ngan pusing2 Putrajaya.

Oklaa...cukuplaaa...utk permulaan...hehehe