Tuesday, June 24, 2008

URESSIAN 92-96

Makin hampir Dinner Uressian nih, makin rindu aku dengan kengkawan lama. Kengkawan yg tidak pernah menyesakkan fikiran aku. Kengkawan yg sama2 ikhlas membantu antara satu sama lain tanpa apa-apa agenda tersembunyi. Kengkawan sama2 susah dan senang. Kengkawan yg sabantal setilam sebumbung etc. Kengkawan yg sama2 ketakutan ketika di serang ”hantu” tulen mahupun tiruan. Itulah dia kawan2 sekolah aku. Kawan2 yang seketika dulu terputus hubungan namun kembali bertemu setelah hampir sedekad berlalu.

Antara kawan2 yang masih ku ingat namanya hingga ke hari ini. Aku bg nama hostel lah ye. Kici – Siti Aida, dipanggil Kici kerana saiz dia kecik sekali diantara student2 batch 92-96. Badut – Faridah, dipanggil Badut kerana hidungnya akan merah menyala time dia selsema dan dia ni mmg kerap kena selsema, resdung agaknya, blh dikatakan ari2 selsema. Tibed – Haryati, kot x silap sebab org gosip dia ngan Debit (budak aspura), kot aku silap tlg betulkan ye. Petir – nama sebenar aku dh lupa, very the notty one, mana dia skrg ek? Jemput – Fiza, my best fren, dipanggil jemput kerana rambutnya yg sejemput pun pasti diikat, dahtu pesennya sama jek…dulu, kini dan selamanya…Cuma skrg je dh tukar pesen baru. Yang lain2 sume dipanggil dgn nama sendiri jek seperti, Odah (odah skrg dah jadi lawyer ek?), Nora (dah jd doctor), Ayu (pun doctor jugak), Idawati, Musliha, Masdita, Abin, Zila, Mona, Liyana, Gonggeng, Kasumaida (mana dia ek?), Zaisurahidiah, dan yg selalu kena buli iaitu Zuhaila (baik korang mintak mahap ngan dia balik).

Tu nama2 budak2 hostel time aku sampai Form 3 dulu, Form 4 aku keluar hostel (lebih tepat lagi dikatakan dipaksa keluar) oleh kerana kenakalanku yg x seberapa tp menjadi masalah besar kepada Norzie yg sememangnya x suka kt aku.

Kengkawan time duk luar pulak, Suhaila, Didie, Suhana, Rose, Dallia – ni kwn sejak tadika tau…., Ita – merangkap sepupu aku dunia akhirat, Matun, Rosemaria, Ina, Ila…eh byk lagilah yg aku nak sebut. Senang2 semua batch 92-96 lerrr…

Antara kenangan yg aku xleh lupa, dating kt luar dewan makan between aspuri ngan aspura dengan budak baju melayu kaler purple (siapa tuh ek?) kekeke..hanya aku dan dia sahaja yg tahu. Lagi 1 trip ke KL masa Form 1 – seronok gila walaupun tuh bukanlah pertama kali gi KL, tp pi ngan kengkawan seronoknya lain macam rasanya. Form 1- Kena rotan dikhalayak umum – sebab ponteng skolah (walaupun time tuh sebenarnya pekse dah abih), birat tgn ngan 2 das rotan. Form 3, gaduh ngan pompuan (Ida Jepun) rebut bofren, dia kata aku amik bofren dia (mmg pun hahahah) sapa suruh bofren ko gatal…tp sekarang dedua dah kawin dan bahagia dengan suami masing2. Razie Azrie yg direbut pun dah selamat menikah ngan sesapa ntah. Form 3 – panjat gate gara2 nk ke pasar malam, Aku, Edavena ngan Rina (Ayu), kantoi gara2 si Rina yg tetiba jd gayat dan menjerit sebab x lepas turun dr gate tuh, pak guard nampak terus datang tlg selamatkan, dan hantar kami ke warden asrama, x igt pulak apa denda yg kami terima

Dulu aku ada group. Hehehe…time tuh konon ala2 feminin / Res2 / Msteen ler kan…(ya allah..jobonya aku rasa). Group aku time tuh...Aku, Rina, Linda, Edavena, Ayien ngan Fiza. Hahaha...geli geleman jek bila ingat balik. Tp gambo2 kenangan tuh sume aku simpan sampai skrg. Amik gambo ala2 celebriti yang meniarap reramai atas lantai, atas tilam aspuri, dan macam2 lg aksi poyo kami.

Permainan feberet kami di asrama yg adakalanya mcm budak terencat akal pun ada, kami suka main cap keli cap, main ramai2 satu dorm, mmg meriah gile sampaikan ada org yg terlihat pun kata kami gile. Main boye2, pun x kurang lazatnya, 3 org kt katil atas, 3 org jadi boye ala2 nk tangkap 3 org td, mmg riuh sedorm ngan jeritan kami. Tp dulu selalu kena sound ngan senior, x pun ngan budak aspura yg hostel mereka sebelah kami jek.

Bila timbul kisah histeria n hantu. Semua katil dirapatkan. Kami tidur sekelompok reramai. Tatau lh betul ke tidak kisah hantu tuh. Tp hikmahnya kami semakin rapat dan membantu satu sama lain. Mana xnyak, time nk pi toilet satu dorm pi toilet, tatau sama ada mmg betul2 nk teman or takut ditinggalkan dlm dorm..kekeke...

Couple terhangat di pasaran lak (yg kena cekup ngan cikgu pun byk), Badut&Adris, Dallia&Rejab (malu tp mahu), Hafiza&Hafiz (mcm x relevan jek ltk kt sini sebab Fiza byk koleksi), Kici&AbgJoe/Abg Zaini/Komeng (budak kecik nih tetiap tahun tuko koleksi, x pdn ngan kecik), Sue&Toyek (tenggelam timbul), Ramai lglah kalau nk sebut. Tp sorang pun x menikah dengan pasangan memasing.

Mereka yg x disangka2 menikah ngan skulmet lak, Asrul & Mamai (aku selalu terpikir cemana derang blh nikah ek), Nizam & Siti Edayu (yg nih pun xde desas desus langsung, aku br tau sebab jumpa derang kt padang time hubby main bola last week, Nizam jd pengadil). Ada lagi ke ek yg aku x tau?

Disamping cerita gembira ada jugak cerita sedih. Ada diantara kwan2 yg dah kembali ke rahmatullah, antaranya, Allahyarham Aminuddin, Allahyarham Asmadi, Allahyarham Johan dan paling baru lebih kurang 2 bulan lepas iaitu Allahyarham Ramzi. Semuanya pergi dalam usia yg masih muda akibat kemalangan jalan raya. Al-Fatihah buat arwah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka.

Walauapapun, aku berbangga kerana batch 92-96 x pernah menghampakan guru2 di URESS. Result peperiksaan kami merupakan result yg paling baik dalam sejarah sekolah, x kiralah PMR mahupun SPM. Mungkin kerana time batch kami sekolah mewujudkan sebuah kelas khas iaitu kelas budak2 pandai. Malah dalam SPM kami diantara sekolah yg terbaik di negeri sembilan waktu itu. Kepada guru2 URESSIAN 92-96, terima kasih kerana mendidik kami menjadi insan yg berguna. Jasa2 kalian akan kami kenang sepanjang hayat kami. Kepada yg telah pergi..sekalung doa dari kami, semoga roh kalian sentiasa dirahmati.

Sekian utk kali ini...yg pastinya x sabar nk tunggu 12 July nih. Aku tgh bizi membungkus hamper utk cabutan bertuah nanti.

Monday, June 23, 2008

GILA BIZI

Terlalu bizi sampai xde masa nk update...amik isi penting dululah..later baru update bebetul k:-

1. Siapkan proposal dobi. Thanks to Badut kerana banyak membantu. Aku hargai jasa murni mu wahai si Badut..

2. Setelkan perancangan utk Dinner Uressian di Alson Klana Resort Seremban 12 July 2008 nih.

3. Akan kembali bekerja sama ada July ataupun August nih.

4. Bizi shopping kain2 utk baju raya. Dah serang Jalan TAR dan Nilai 1. Blh melaram utk sebulan raya nih walaupun pose masih berbaki 10 ari belom berganti...kwang..kwang..kwang..

5. Bizi bershopping baju raya untuk anak2. Mula beli sikit2 dr sekarang supaya x terasa byk sgt berbelanja time dekat2 nk raya nanti. Dah rembat beberapa pasang utk Kakak n Adik.

6. Bizi membuat clearance wardrobe Barbie Kakak. Byk pakaian yg rasanya perlu diberi kepada yg sudi menerima. Ada separuh dah dikhas kan utk anak2 yatim kt pekan rembau (babah punya idea, aku menurut sahaja). Ada juga akan diberi kepada mereka seperti yg dijanjikan, cuma masa x mengizinkan utk dihantar, Kasut2 clarks, adidas, nike Kakak pulak masih tatau nk diberi pada siapa...ada yg berminat?

Tu jeklah...mata pun dah layu..nk baca niat sebab esok nk ganti pose yg ke 21 ari...semoga sempurna puasa aku esok aminnn...

Friday, June 6, 2008

MEN'DOBI' LAH PULAK...

Tetiba aku terpikir sthing b4 titon mlm td. Aku pun propose kt hubby yg aku rasa cam nk bukak kedai dobi. Sebabnya semalam masa aku htr comforter pi kedai dobi aku sempat borak2 ngan tuan kedai tuh. Dia kata profit dia dlm sebulan minimum 5k. Kdg2 cecah 10k kalau musim hujan. Aku rasa mcm berminat. Lgpun kt area rmh aku cuma ada 1 kedai dobi sahaja. Pengunjung setianya adalah aku. Kdg2 kalau x sempat sgt cuci baju aku htr jek sume kt sana. 2kg cuma rm5 kan. Dah siap lipat lg..

Lepas Babah balik keje mlm td aku pun mintak pendapat Babah. Bukan pendapat sahaja, pendapatan pun ye jugak...hehehe. Maklumlah...aku skrg nih kan ke suri rumah sepenuh masa kan. So duit2 simpanan aku kena monitor bebetul. Xleh terlebih pakai. Aku mintak pinjam jek kat Babah. Nanti bulan2 aku byr ler balik kt dia, cam aku buat loan kt bank jugak ler kan. Babah suruh aku buat proposal dan bagi pada dia. Payah tul ek...nk pinjam ngan laki pun kena buat proposal jugak. Igt cukuplah setakat air liur jek. Tp aku mmg betul2 nk buat benda nih. Kalau aku kejer sekalipun aku carik org tlg jagakan. After opis hour aku singgahlah jenguk2 kan.

So skrg nih aku tgh kerja keras utk siapkan proposal aku. Aku nak buat elok2 utk meyakinkan 'banker' aku. Ptg nih jugak aku akan daftar nama kt ROC. Tp aku xleh register atas S/B lg kalau x silap. Sebab aku dah daftar 1 nama under S/B arituh. Nampaknya aku kena guna ent ler gamaknya. Hmm...xpe...just try n see..okay.. Skrg ni tgh sibuk carik nama kedai. Ada ke laki aku suruh ltk nama Aziha Dobi, x adventure lansung kan. Ntah apa punya taste dah...

Thursday, June 5, 2008

FULL TIME HOUSEWIFE

2 hari lepas aku dh submit resign letter. Boss tanya kenapa, aku jwb nak kosentret jaga anak2 ngan family. Aku ckp yg aku dah penat gilerr. Aku kata lg yg aku pressure. Aku cuma ckp benda yg batul...iklas dr hati nurani aku.

Tetiba pulak malam semalam dia dera aku. Suruh aku stay sampai xtau kul bape, gara2 nk htr email ke Jordan. Bayangkanlah...aku kena tunggu semua department email kt aku benda yg dia nk htr tuh dan aku cuma jd org tengah utk email benda2 tuh. Masalahnya benda tuh lom siap lg. Tgh buat lg. Habis kalau derang siap kul 4 pagi aku pun kena tunggu kul 4 pagi ke? Xkan org2 dr finance, engineering deprt tuh xleh htr email tuh seniri. Kenapa kena aku jugak? Nampaknya dia mmg nk cari pasal ngan aku.

Dia lom tau lg aku punya pesen cemana kan. Dia kuar pi toilet jek aku terus blah..tinggalkan sume keje2 aku. Arini aku xpi opis dah. Pegi jahanamlah dgn dia. Kot nk saman aku kita jumpa kt court k.

Aku bukannya nak buat jahat sgt. Kalau betul aku nih jahat, aku blah jek pas dpt gaji arituh. Aku x submit pun resign letter kt dia. Tp masalahnya lps aku submit resign letter dia betul2 dera aku. Patut arituh ada org inform aku kalau nk resign blah jek, jgn submit letter. Rupanya mmg dia punya style buat org mcm nih kot.

Ntah lah malas nk pikir. Yg pasti aku enjoy menjaga anak2 arinih....Plan tghari nk bwk bebudak pi 1 Utama jalan2 ngan beli barang2 sikit. Hubby pun join kot....

p/s: selain aku ada 4 org lagi yg dh submit resign letter. Nampak sgt yg management x betul kann...

Sunday, June 1, 2008

AKU NEKAD

Dalam masa 3 hari nih aku asyik pikir kan benda nih saja. Aku rasa aku xleh hidup mcm nih. Hidup dalam keadaan tertekan. Tekanan mental dan juga fizikal. Perkara nih amat membelenggu jiwa aku sampaikan xde mood nak buat pape. Kali nih biarlah aku berkorban. Aku runtuhkan tembok keegoanku selama ini. Demi kebahagian ku dan juga keluarga ku.

Aku mmg tension dgn tekanan ku di tempat kerja. Kerja2 aku xpernah nya habis. Lepas satu, satu datang. Sampaikan nak bernafas pun payah. Apatah lagi bila masalah kerja tuh aku bwk ke rumah. Tido pun x pernah yg tenteram. Bgn menyusukan Baby Afiq pun kepala aku blh pikirkan kerja2 yg menanti esok. Mmg x aman tido aku selama hampir sebulan setengah ini. Seksa jiwa rasanya. Mak pun dah komplen kata muka aku pucat. Pipi dah cengkung. Kelopak mata dah lebam. Hebat betul penangan kerja baru aku. Padan jugak dgn muka aku. Gara2 nak advanture sgt kan...ambik ngko....

Setelah berbincang baik2 ngan family tersayang. Aku dah ambik keputusan. Rabu nih after management meeting aku akan serah surat perletakan jawatan aku. Aku harap boss aku x terkejut dgn keputusan aku ini. Biarlah aku jd suri rumah sepenuh masa buat masa nih. Aku rela. Akan aku bayar balik masa2 kecederaan aku sebanyak sebulan setengah yang lalu kepada anak2 dan suamiku. Yelah..selama sebulan setengah aku asiklah bg perhatian 110% pd kerja2 opis sehingga adakalanya aku x jumpa Baby Afiq seharian. Mana xnya time aku sampai rumah dia dah tido kan...Hubby pun bagi sokongan dgn keputusan aku ini. Aku pun bukannya nak jobless sampai setahun. Aku cuma nak masa berehat sahaja. Sambil2 tuh aku akan amik peluang2 yg ada depan mata. By the way, bos lama aku kt PT Technic pun panggil aku balik. Kalau aku kemaruk sgt nk kerja pun aku blh je balik ke sana sebab derang mmg x amik org baru utk replace tempat. Bos aku mmg xmo aku benti arituh. Dia juga penah ckp kalau aku x happy just ring dia...Tp apa2 pun buat masa nih aku nak berehat. Aku perlukan masa utk keluarga aku.

Semoga Allah merahmati keputusan aku ini...Aminnn...