Thursday, May 29, 2008

USER MANUAL LAH PULAK.........

X abih psl bab tender, user manual pulak datang. Masalahnya last minit, esok dah nak kena siap, baru arinih derang bg kt aku. Dahlah kul 5 baru pas kt tgn aku utk dimonitor. Sedangkan org yg sepatutnya buat dah sebulan duk jaga benda nih. Tp disebabkan x setel jugak makanya kena pass kt aku. Kena submit esok pulak tuh. Berhempas pulas aku siapkan td. X habis kt opis sambung plk kt rumah. Tensyen gilerr...

Semoga aku diterima di Puncak...aminnn..

Tuesday, May 27, 2008

TENDER LAGI

Aku rasa mcm kena buli jek kali nih. Sebabnya aku kena monitor 1 lagi tender yang baru masuk. Padahal Tender Specialist kan ada kt kompeni nih. Boss Tender Department pun dah balik dr Jakarta. Kenapa aku jugak yg kena ek? Memanglah cuma monitor je, maknanya aku x pyh sentuh apa2. Tp bab2 chase org, bab2 warning org utk deliver ikut schedule tuh yg aku lomah. Bukan apa, org yg aku nak monitor tuh senior dr aku, senior dr segala2nya. Mmglah dalam keje kena profesional kan, tp sifat hormat aku nih melampaui sifat profesional aku. Camno??

Bila aku tanya pendapat org2 lama. Derang kata ada 2 sebab kenapa aku dipilih utk monitor. Pertama sebab derang (org2 yg bertanggungjawab ke atas preparation tender nih) yg minta management suruh aku yg monitor. Sebabnya derang rasa selesa dgn previous tender yg aku monitor. Sebabnya lagi aku x kacau derang tiap2 masa. Aku cuma akan kol derang sekali utk make sure derang submit part derang ikut schedule. Kalau x sampai baru aku chase n mintak sebab kenapa x leh buat. Yelah kita pun paham yg org bukan ada 1 keje jek yg nak dibuat kan. Miss C yg monitor tender b4 nih suka kacau2 org. Asik nk kol jek org n chase org. Sampai berminit2 kt tepon mintak org explain nape lambat etc. Dah kalau dia asik bergayut ngan org bila masa pulak org nak buat keje tul x?

Sebab kedua pulak. Boss aku nk tamatkan contract Miss C itu. Miss C itu sebenarnya dah tua, boss amik dia keje pun utk contract saje memandangkan arituh aku x sempat jumpa PA lama boss. So Miss C jadi perantaraan antara aku n PA lama boss ler. Miss C penah keje ngan boss 10 th dulu tp time tuh kompeni nih kecik giler. Time tuh pulak bukan boss yg owner. So boss minta dia masuk balik utk bantu perbaiki mana yg patut n sepatutnya selepas aku masuk dia direct naik post GM kt sini. Maybe sebab sikap dia yg suka melawan boss (yelah mungkin sebab sebaya so respect pun kurang) jadi boss nak dia berenti kot. Sebabnya pelan2 boss bg keje2 dia kt org lain. Skrg pun dia cam tatau apa sebenarnya yg dia kena buat (dia seniri mengadu kt aku).

Ntahlah...apa2 aku buat jeklah yg termampu. Hubby ada gak carikkan aku keje lain sebabnya aku asik mengadu itu ini kt dia. Dia rimas kot. Aku x kisah sebenarnya keje kt sini. Tp kalau ada better offer why not??

Sunday, May 25, 2008

6 Tahun

6 tahun hidup bersama
6 tahun menyemai benih-benih cinta
6 tahun membajai kasih sayang
6 tahun merintangi pelbagai dugaan mendatang
6 tahun memadu asmara
6 tahun berikrar setia
6 tahun menempuh suka dan duka
6 tahun meniti bahagia

Happy anniversary to me and hubby.

p/s: memandangkan anniversary kami jatuh pada cuti umum. Maka acaranya adalah makan2 dan membawa anak2 bershopping di sekitar Alamanda dan Subang Parade. Malamnya kami makan di Village View (Bangi)....thanks to Babah sebab belikan Mama levis lady's style yg baru ittewww....I lap u...

HARI IBU BAPA & GURU

Hari ni merupakan hari perjumpaan ibu bapa dan guru bagi CEC Puchong Jaya. Aku bangun awal pagi tadi. Kononnya nak pegi awal sikit sebab lepas tuh aku kena masuk opis sekejap nak send sthing to boss aku kt Jakarta. File tuh aku x bwk blk rumah, kot x blh saje aku send dr rumah. Tp beselah, jgnkan nak bangunkan anak2. Bapak pun amat liat nak dibangunkan. Sampai aku selesai kemas rumah dan prepare breakfast dan siap masak utk tengahari barulah derang siap mandi sume. Penyudahnya sampai CEC lam kul 11 lebih.

KOMEN TEACHER

Alhamdulillah, komen teacher Chitra begitu sejuk aku dengar. Kakak Dania dapat score full mark untuk setiap subjek. Yelah, apa sgt lah exam budak tadikan kan...Tp cemana pun aku tetap bangga ngan Kakak. Kakak amat aktif dan participate dlm semua aktiviti kelas. Sangat rajin. Homework hantar tepat waktu even teacher bg 2 days untuk siapkan tp kakak manage to siapkan dlm masa sehari saja. English pun semakin improve. Cuma Kakak lemah dlm bab reading. Bab ni aku sebenarnya x bape kisah sgt. Sebab konsep reading bg CEC adalah menghafal perkataan dan ayat2 dlm buku tuh. Pada aku asalkan kakak blh baca suku kata dah kira ok. Tp apapun aku x amik mudah dalam hal ni. Masa cuti nih aku akan cuba improvekan reading Kakak. Untuk tempoh 2 minggu nih pun aku dah register Kakak untuk kelas tusyen kt Bright Kids. Kalau blh aku xnak kakak leka sepanjang hari dok memain kt neseri tuh. Bukan nak pressure anak tp aku rasa apa yg aku buat tuh betul. Lgpun aku xnak kakak lupa yg dia masih kena sekolah n daycare kt CEC lepas cuti sekolah selesai nanti. Urusan penghantaran Kakak n jemput kakat ke kelas tusyen akan di sempurnakan oleh Cikgu Along iaitu cikgu neseri Baby Afiq. Thanks to Cikgu Along.

Menurut Teacher Chitra lg next semester akan lebih mencabar bagi Kakak. Harap Kakak akan buat sebaik yang mungkin. Bulan Julai nanti akan ada Sports Day n Concert Day, yang pastinya lebih menyeronokkan.

Thursday, May 22, 2008

CUTI SEKOLAH

Cuti sekolah akan bermula esok. Budak2 sekolah tentunya sedang melompat2 ketika ini. Jangankan budak2, mak2 budak pun sama (aku ler tuh). Rasa nak aje aku melomat sama ngan derang. Mana xnya, lega lah untuk tempoh 2 minggu. Kot x tuh, terkejar2 nak mandikan Kakak Dania. Kena pulak time tuh Baby Afiq dah bangun lagi ler aku mendapat. Time cuti sekolah nih ok ler sikit. Dua2 aku htr ke neseri jek. Hantar dengan muka2 bangun tidonya. Mmg lega sesangat time cuti skolah nih.

CEC ada party day arinih. Aku balik lambat semalam. Aku ada appoinment ngan Prof aku kat Seksyen 2 Shah Alam. Balik rumah dah kul 9.30. Kakak infom aku yg Teacher suruh bwk food untuk party arinih. Aku tepun dahi. Mana taknya, mmg aku lupa sesangat. Kot x blh jek aku beli kat Mydin ke Giant ke time lunch semalam. Kakak kalau Teacher pesan apa2 dia bukan nak cakap ngan Babah pun. Mesti nak kena tunggu aku gak. Kalau dia bgtau Babah pun xpe semalam sebab Babah blh bwk dia pi Giant sebelum aku balik. Tp perangai kakak mmg sebijik mcm aku. Sebab aku dulu pun time skolah kot nak apa2 mesti carik mak. Hehehe..bezanya time tuh mak aku x keje, so xde masalah ler. Ni dpt mak yg bekerja mmg delay lah jawabnya. Apa2pun aku n hubby manage tuh beli brg2 utk kakak kat pasaraya area rumah aku. Kakak kata teacher pesan suruh bwk byk makanan. Aku rasa maksud teacher byk tuh ialah byk kuantiti bukannya byk jenis. Tp pahaman anak dara aku ialah byk jenis. So dia suruh Babah dia beli vitagen, gula2, cekelat2, kopok2 ngan jely. Hahaha..belasah lah kakak. Janji hepi kan...

Hari ni last day aku bergedumbe kt opis. Boss aku balik Ahad nih dan akan masuk opis seperti biasa hari Isnin. Oh ya, trip ke Bandung akan dipospon pada bulan Julai nanti. Makanya aku ada byk masa nk buat arrangemtn. Paspot Baby Afiq, Visa utk sume org, tiket flight lagi. Babah yg akan setel bab paspot n tiket. Aku pulak setel Bab Visa. Visa ke Indon akan aku hantar sama2 ngan application utk staf kt opis nanti. sebab Visa yg aku apply arituh akan expired by Julai nanti. Valid utk 2 months je visa tuh.

Perut aku menyanyi ler. Lapo pulak rasanya arinih....

TERKINI - 22/05/2008

Minggu nih x bape bizi sgt. Cuma Selasa arituh jek aku 'dipaksa' ke KLCC bagi menyertai WCIT 2008. Sepatutnya bukan keje aku pun tuh. Tp insan yg sepatutnya ada program lain, so memandangkan boss aku pun xde, maka aku di gesa utk replace org yg berkenaan. Dahlah kena buat report. Kalau x mahu jek kaki aku melencong ke arah lain. Boring yg amat kt situ. Dahlah kena dgr forum yg ntah apa2. Forum tuh ok...berisi...cuma aku jek yg x sesuai nak join hatta dengar sekalipun. Tp dah org suruh pi, pi jeklah. Kelam kabut sgt. Dgn phone yg abis bateri lah. Tulah, x reti2 nk pastikan henpon penuh bateri. Terpaksa sambar henpon kedua tok laki, tupun sama gak...alang kepalang. Tinggalkan henpon aku kt nokia level 3 tumpang caj. Nasib ada org nak tolong. Mlmnya ada dinner kt PWTC pulak. Balik lambat gilosss...Adeh...xmo buat keje cenggini lg dah.

Hari Rabu pulak sumenya seperti sediakala. Aku kena monitor tender yg in progress itu. Bab tender nih pun aku tension gak. Aku pun x tau kenapa pulak aku yg hina ini kena monitor benda2 alah tuh. Padahal ada lagi GM ngan CFO kt sini. Nape pulak aku yg kena monitor derang. Cukup x puas ati. Even aku nih mata boss pun jgnlah dera aku sampai tahap nih. Aku dah;ah baru kt sini. Nanti x psl2 org menci. Tp kejer is kejer kan...So aku kena buat ler...kena keep chasing org2 yg janji nak bg aku dalam jangkamasa yg diperuntukkan. Nasib semua beri kerjasama. So aku lega giler..Cuma yg x leganya part bila aku dah compile sume benda n email pada boss aku di Jakarta, dia pulak x bg feedback apa2. Dahla aku kena foward all the info to GITN by today sepertimana yg aku janjikan dgn representative from GITN. Haru Biru tul lah.

Dinner uressian akan berlansung dalam tempoh sebulan lg. Yg pastinya aku betul2 x sabar nk jumpa kengkawan lama. Rasa nk melompat2 jek. Maklumlah..ada yg hampir 10 tahun x jumpa kan. Yg kering dulu dah kembang. Yg kembang lagi bertambah kembang. Yg kecut dah jd boroi pun ada. Namun masih ada yg menten gitewww...

Gambar di atas provided by Babah. Aku curik from henpon Babah time aku pinjam tepon Babah arituh. Time nih aku xde dirumah. Dia jaga Baby Afiq ngan Kakak Dania. Mcm apa ntah anak aku derang kejerkan. Nak kena Babah nih...Nanti dia...



Saturday, May 17, 2008

TIDO

Sememangnya aku amat kagum dengan cara, kebolehan serta kesabaran Babah menidurkan anak-anak. X kiralah Baby Afiq mahukan Kakak Dania kedua-duanya Babah setelkan dengan jayanya. Aku mmg surrender awal2 lah kalau bab2 tidokan anak2 nih. Aku nih mmg kurang sabar. Penyudahnya aku tepok kuat2 bontot derang. Tp tidak pada Babah. Babah akan sedaya upaya menyanyikan lagu2 rakyat dari Kelantan x pun membaca surah2 alquran, x pun berzikir dan sebagainya sambil meletakkan anak2 dibahunya dan berjalan sekeliling rumah (Anak2ku mmg x berbuai). Kalau nk harapkan aku buat cenggitu mmg xkan kot. Lenguh bahu satu hal, ngan lenguh kaki berjalan keliling rumah pun ye gak. Lgpun kot Baby Afiq tgk muka aku dia rasa cam aku nih melawak kt dia kot. Mesti dia gelak terbahak2. Penyudahnya mata yg gantuk pun jd x ngantuk.

Apa yg aku perasan ttg Babah adalah dia mmg penyayang. Paling sayang pd anak2 lerr. Aku dah jatuh no 2 kot...huhuhuhu...tp bak kata Babah...sayang bini x sama cam sayang anak. X terbanding katanya...syahdu sehhh...Mmg Babah jarang nak sentuh anak2 especially time new born hingga 6 bulan. Tp lepas tuh aku blh serahkan 100% tugax menjaga anak2 pada Babah (kecuali bab menyusu hehehe..kerana Babah x mempunyai keupayaan itu). Babah jaga anak2 lagi teliti dr aku. Yelah aku nih selain menjaga anak2 sebak gak ngan keje2 rumah yg lain seperti memasak n membasuh serta mengemas. Babah lah yg kerap membelek anak2 , khasnya memastikan anak2 xde calar balar etc (takut woo kot anak kena dera)..

Aku bersyukur kerana dikurniakan suami yg penyayang walaupun ada sikit garang. Yg penting suamiku bertanggungjawab memastikan kami berada dalam keadaan yg aman tenang dan bahagia selalu...

Friday, May 16, 2008

EKSIDEN

Aku eksiden semalam. Ntah bala apa aku pun tatau. Nak kata x mandi pagi sejam rasanya berendam dalam bath tub. Cuma aku notice aku agak dah lambat sikit nak ke ofis semalam. Teruk giler keter. Sampai x blh jalan. Terpaksa tunda ke workshop.

Alkisah, pas aku hantar kakak ke CEC macam biasa, lepas bayar toll pushong / usj / shah alam tuh elok2 je beberapa saat kekali dummm....Nak wat cemana, dah keter depan aku break emergency kan. Mmg salah aku gak sebab follow rapat2. Tp time tuh dah mmg sedia jem dah area situ. Depan aku ada 3 biji keter lg. Aku keter keempat merupakan keter yang paling akhir. Benda pertama yg aku buat adalah kol hubby. Takut giler time tuh. Yelah....sah sah laki aku tuh garang nk mampos. Tp xleh nk sembunyi dah. Kot minor eksiden aku blh sorok2 lg. Hat yg nih kena redha jek lah kot kena marah pun. Dah salam sendiri kan. Hubby datang dan bwk trak tunda etc. Hubby bwk aku ke rumah dan aku ambik keter lg 1 dan meneruskan perjalanan ke opis. X sepatah kata pun terkeluar. Dan sehingga skrg waktu entry ini di tulis aku masih tak bercakap ngan hubby. Aku tau dia marah, tp aku x kisah lah kot ia x ckp pun. Lagi elok aku rasa dia senyap dr dia membebel kt aku. Dia diam tuh tanda marah aku ler tuh. Adehhh..nasib blh claim insurance. Ntah apa nasib aku ntah.

Sampai opis dlm kul 11. Aku x buat report pun lg sebabnya hubby appointment penting tadi. Aku plan report after opis hour. Boss aku amik berat gak, tanya aku details eksiden td. Yg pasti mmg aku terkilan giler psl eksiden td. Mmg blh claim insurance tp rasa cam x best lah bwk keter yg penah eksiden. Adehhh....tatau..tatau...minda aku tgh kacau...Apa2 pun dah kol workshop..keter siap lepas 2 minggu.

Wednesday, May 14, 2008

SIARAN TERTUNDA

Hehehe...masih kisah mothers day. Lupa nk tulis pada previous entry. Pagi Ahad lepas aku menerima 2 sms daripada dua insan yang berbeza tetapi membawa makna yang sama walaupun kaedah yg berlainan. Pening pulak aku baca tulisan aku nih. Ntah apo2 ntah. Pendekkan cerita jekla ye..

Sms 1 : Saya dah bersalin, anak lelaki, kat SMC, berat baby 3.4kg.
Dari ieza, ex-opismate aku masa kat IJSB dulu.

Sms 2 : Saya baru sahaja mendapat cahayamata seberat 3.5, baby boy, jam 10.30 mlm tadi dari sebuah keluarga susah di Rawang.
Dari kak nurul, ex-opismate aku di PTT

Tahniah buat kedua2 ibu di atas, Ieza tentunya sedang bergembira sekarang dengan Baby Boy nya. Ni anak kedua Ieza, yg pertama dulu baby girl. Buat Kak Nurul pulak tentunya sedang seronok membelek putera kesayangan. Setelah hampir 9 tahun mendirikan rumahtangga akhirnya tercapai jugak hasrat Kak Nurul untuk menimang cahayamata, walaupun cara yg tidak sama seperti Ieza namun sekurang2nya Kak Nurul dapat jugak merasa bagamana perasaan seorang ibu itu. Moga2 ada rezeki lain di kemudian hari.


Kisah lain pulak..tahniah buat Mak Tam kerana sekaligus menerima 3 orang cucu dalam masa sebulan. 3 org sepupuku iaitu 2 orang anak Mak Tam dan seorang anak menantu nya selamat melahirkan 3 org baby (2 bbgirl 1 bbboy). Meriahlah rumah Mak Tam dengan kehadiran insan2 baru di rumah mereka. Ada kenduri akikah dgn cukur jambul dan berendoi pada hujung minggu nih di rumah mereka di Gemas.

Lagi kisah ibu dan anak...Tahniah buat adik aku Ijoy n adik ipar aku CT kerana CT disahkah mengandung 2 bulan. Bunting pelamin hehehe...Yang seronok mestilah Mak Wan kerana bakal dapat cucu lagi. Mesti meriah raya next year sebab raya tahun nih baby lom sempat kuar lg.

Apa2 pun..tahniah lah kepada mereka2 yg mendapat org baru okay...

Tuesday, May 13, 2008

HAPPY MOTHER'S DAY

Happy Mother's Day buat Mak..."Along sayang mak sangat2" Happy Mothers Day jugak buat kengkawan dan sume mak2 kat dalam dunia nih. Betapa besarnya pengorbanan buat setiap insan yang bergelar ibu. Hanya Allah sahaja yg mampu membalas jasa2 mereka. Setiap orang mengatakan ibu mereka adalah yang terbaik di dunia. Begitu juga aku. Mak aku adalah seorang insan yang dikurniakan sifat sabar yg luar biasa. Dia xkan pernah melenting walau macam mana pun dugaan pun yg ditempuh. Selama 29 tahun kehidupan aku di dunia ini, x pernah sekali mak menaikkan tangan ke atas ku. Begitu juga adik2 yg lain. Di kesempatan ini aku ingin mengulangi ucapan seperti di atas dimana aku sayang mak aku sangat-sangat. Walaupun aku tau mak aku x baca blog nih. Hehehehe..

Kisah aku pula, aku dah bergelar ibu hampir 5 tahun lebih. Pengalaman menjadi seorang ibu adalah sesuatu yang amat berharga bagi aku. Di kelilingi insan2 tersayang iaitu suami dan anak-anak merupakan suntikan semangat bagi aku. Penat lelah sehari suntuk bekerja tidak terasa apabila melihat raut wajah orang2 tersayang menanti aku dimuka pintu. Hanya ibu sahaja yang memahami keajaiban menjadi seorang ibu itu. Perasaan yang tidak tergambar dan xkan dapat dicari dimana2 hatta di shopping kompleks sekalipun. Sebagai ibu...kasih sayang aku x ternilai untuk anak2. Aku sanggup berkorban apa sahaja demi anak2 ku yang tercinta.

Kakak Dania

Hari ni 1st day Kakak Dania exam. Paper English arinih. Malam td dah buat revision sikit2. Harap2 semuanya berjalan lancar.

Baby Afiq

Sangatlah notty dan cheeky. Suka kacau Kakak Dania study. Suka sangat buat muka yg buat orang geram dan x boleh nak tumpukan perhatian pada benda2 lain kerana rasa nak geget2 jek pipi dia ittew. Amat manja ngan Babah. Kemanjaan Baby Afiq melebihi kemanjaan Kakak Dania sewaktu baby dulu. Sapo kato anak lelaki x manjo wehh...

Sambutan Hari Ibu

Babah beli carrot cake kat SR utk dimakan bersama2 sefamily. Mama pulak masak daging masam manis yang resepinya dipetik dari FP sapa ntah kt dalam internet. Kwang..kwang..kwang... Tp sodap tau...(bak kata Babah lerr)

note : sepatutnya duit gaji pertama nih aku habiskan untuk anak2..tp sehingga ke hari ini satu barang pun aku x sempat beli sebab aku x kemana2. Harap2 minggu nih aku blh dapatkan sesuatu untuk anak2 dan suami tersayang..

Friday, May 9, 2008

XDE TAJUK

Aku mmg bizi giler sekarang. Minggu ni jek ari2 aku balik lambat. Kuar opis dalam kul 8.30 mlm. Anak2 nasib baik adik ngan hubby yg bereskan. Nasib adik duduk dekat2 ngan aku. Dia blh bereskan Kakak Dania dan Babah akan bereskan bab Baby Afiq. Bukan aku sengaja pun nak lari dari rutin2 aku. Cuma kes ni xleh aku nak elak. Banyak keje yg aku kena setelkan dalam bulan nih. Sebabnya bulan nih 17-25 boss aku akan ke Jakarta bagi mempromosikan produk2 syarikat kami. Exhibition nih anjuran MATRADE dan syarikat kami terpilih menyertai Ekspo ini. Selepas itu insyaallah kami akan bercuti ke Bandung. Psl trip ke Bandung nih berkemungkinan akan ada perubahan. Ini bergantung kepada kepantasan tender department menyiapkan keje2 mereka. Kami juga diberi pilihan sama ada meneruskan percutian seperti yg dirancang kemudian menyiapkan tender ataupun menyiapkan tender dan kemudian baru bercuti. Kalau pilihan pertama dipersetujui makanya trip ke Bandung akan di tunda ke Bulan Julai. Ada pro dan kontranya pada aku. Bagi aku kalau pospon pun bagus gak sebabnya aku ada masa untuk buat persediaan untuk hangkut anak dan laki aku. Yg x bagusnya aku kena buat arrangement semula lah pulak. Apa2pun aku x kisah. Mana2 jek aku akan ikut.

Pasal keje aku yg x habih2 tuh. Aku kena siapkan beberapa perkara yg boss aku akan present masa exhibition nanti. Antaranya:

1. Storyboard - mengandungi corporate profile company aku dalam dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan English Version. Aku kena redesign balik benda2 nih supaya nampak cantik. Storyboard ini mengandungi segala2 produk yg dikeluarkan oleh syarikat aku. Mencabar gak rasanya.

2.Prepare user manual untuk semua sistem2 yg di develop oleh company aku. Pun dalam dwi bahasa.

3.Segala benda alah tuh kena di burn dalam CD dalam 100 pcs. CD tuh pun aku kena design cantik2 termasuk dengan CD cover dan envelope utk CD tuh. Semua kena design. Bayangkanlah aku nih bukannya kreatif mana pun. Xke naya jek keje aku nih kan. Inikan buat kajian sejarah time form 4 dulu pun aku suruh irg yg design inikan pulak benda yg complicated cenggini. Tp apa2 pun aku berjaya siapkan dan present time management meeting pagi td. Cam x caye jek aku yg buat semua tuh...hehehe...

4.Setelkan arrangement untuk mereka2 yg nak ke exhibition ngan trip ke Bandung. Yg nih leceh sebab byk travel agent yg x bg kerjasama. Payah tul tunggu reply dr derang. Baru summarize n pass pada boss utk di pilih mana yg paling okeh.

Tuh jek lah kot. Yg kecik2 tuh aku letak tepi jek buat minggu ni.

Tuesday, May 6, 2008

WIKEN KU

SABTU

Seronoknya sebab Sabtu x keje. Plan nk balik Rembau malam td. Tp Hubby kena balik Kelate utk setelkan pasal keje2 Hubby tuh. Aku yg hantar hubby ke LCCT malam td bersama2 Kakak Dania dan Baby Afiq. Hubby sampai LCCT balik lam kul 10.30 dan aku jugak yg jemput bersama2 anak2. Amik jek Hubby kami sekeluarga menuju ke Rembau.

AHAD

X de byk mana aktiviti pun. Just lepak2 dan makan2 jek di kampung. Seronok yg x terhingga sebenarnya sebab dah 2 minggu x balik rumah Mak Wan. Tolong Mak Wan masak lemak tempoyak daun kayu. Sedap hingga menjilat jari.

Baby Afiq

Baby Afiq makin keletah. Dah ada 2 1/2 gigi dan sekarang berusia 8 bulan. Dia sangat rapat dengan Babah. Nak titon pun nak Babah yang dodoikan. Kalau aku yg dodoi mmg x jalan. Sebabnya aku kot dodoikan dia aku yg tido dulu kot. Malam2 Baby Afiq akan temankan Babah tengok bola sampai tertido. Lepas tuh baru Babah akan hantar dia ke atas utk tido dgn aku. Apa2 pun cayang Baby Afiq.

Kakak Dania

Makin lama makin ketara kejelesan Kakak Dania pada Baby Afiq. Tambahan pulak bila tgk semua org akan dahulukan Baby Afiq dalam segala hal. Kadang2 bukan sengaja pun nak buat cenggitu. Tp bila dah pujuk2 n explain pada dia kenapa semua org kena buat mcm tuh...alhamdulillah...kakak dah cool n boleh terima. Apa2 pun kami sayang kakak.

Keje

Bizi giler lah. Tambahan pulak kami ada Exhibition kat jakarta bulan 5 nih. Ohya...berkemungkinan kami akan ke Bandung bulan nih. X sabar rasanya....