Wednesday, April 30, 2008

KELIBUT

Mana xnya, sedang elok mereverse kereta kuar dr garage, sambil pangku Baby Afiq yang tgh membuat muka cheeky sambil tgn melambai2 babah yg menghantar kami ke muka pintu...tiba-tiba...babah tunjuk isyarat tangan suruh aku berhenti. Kecut jugak sebab terpikir kot2 aku terlanggar apa2 ke sewaktu mereverse kereta tuh. Sebab selalunya ada budak2 berbasikal ke sekolah lalu kt depan rumah nih. Rupa2nya tayar belakang kereta aku yg belah kanan pancit. Aduhai...dugaan sungguh. Dah lah paginih aku kena buat submission untuk visa ke indonesia. Hubby offer aku drive keter dia, aku xmo...xde feel aku rasa time bwk keter org nih. Last2 aku bwk keter adik yg kebetulan mmg parking kt rumah aku (sebabnya SIL aku tumpang aku pi keje) Babah pulak pi tukar tayar aku dan lepas hantar kakak ke sekolah aku kena pusing balik ke rumah utk tukar keter. Cam keling kan...pusing2..Btw...tqvm to Pn Yda kerana memberi tunjuk ajar ttg jalan2 yg perlu aku lalui utk melunaskan visa application tersebut.



Lately Baby Afiq meragam sikit. Nak tumbuh gigi baru agaknya. X lelap tido dia. yelah...kita yg tua nih kot nak tumbuh gigi bongsu pun sampaikan demam inikan pulak budak kecik camtu kan. Babah yg sabar dgn karenah puteranya itu sentiasa cuba memberikan yg terbaik utk Baby Afiq. Dikala aku lena diulit mimpi Babah yg berutngkus lumus menjaga Baby Afiq, yelah....Babah xpe lah, sesuka ati je nk masuk opis kul bape...xpelah susah payah sikit. Bukan mcm mama yg mesti bangun kul 6 tetiap ari nih.



Lusa cuti sempena hari pekerja. Tp aku x kemana2 pun. Byk benda yg aku plan nak buat kt rumah nih. Nak kemas store yg semakin padat dgn khazanah2 yg aku seniri tatau dari mana dtgnya. Nak kemas bilik kakak yg dah lama aku x sempat nk buat. Nak bwk bebudak pi shopping semestinya dgn gaji aku yg pertama nih. Dan ada beberapa lagi agenda yg aku x pasti sempat ke tidak aku buat dalam masa 1 hari nih.

Akhir sekali buat mlm ini, aku terima sms dr kezen aku iaitu Kak Long yg memberitahu bahawa kezen aku jugak iaitu Dik Zu dah dimasukkan ke wad kerana overdue. Oleh sebab terlalu bizi aku x sempat nk reply sms Kak Long mahupun kol Dik Zu. Sampai rumah dlm kul 8 td baru aku dpt return kol Kak Long dan latest news yg kami terima Dik Zu dah dimasukan ke OT kerana baby dah lemah. Aku baru lepas kol Wan iaitu husband Dik Zu dan Wan ckp Baby n Mummy stil dlm OT lg. Aku berdoa agar semuanya selamat dan x sabar nk tgk anak sepupu baruku itu...Ohya...aku dah tau apa hadian yg nk diberi pada Mummy iaitu Gamat Healin...utk Baby pulak..nanti aku fikir2kan ok...

Sunday, April 27, 2008

WIKEN YG MEMBOSANKAN

Mana x bosan, suami tercinta xde disisi. Selalunya hari2 mcm nihlah nak bermesra mesraan. Hari camnilah nak cabut uban (bukan dia cabut uban aku tau, aku yg cabut uban dia). Hari camni lah nak bergurau senda sambil mencuci kereta. Dan hari camni jugak lah masa untuk bwk anak2 berjalan2 (walaupun hanya ke Giant or Jusco).

Tapi hari nih hubby xde. Pagi td aku, kakak n Baby Afiq hantar Babah ke LCCT. Babah perlu menghadiri discussion ttg projek bijih besi yg aku mentioned sebelum nih. Nasib baik balik mlm karang. Kot x lagilah aku tension n berangin.

Aku plan nk bwk kakak n Baby Afiq ke Alamanda ptg nih. X tau ler terbuat ke tidak. Aku x konfiden sikit kalau hubby xde. X cukup tgn aku rasa nk jaga bebudak nanti. Apa2 pu tunggu lah ptg nih apa yg berlaku...

ROJAK

Lama giler x update blog. Hampir 2 minggu rasanya. Bukan apa, mmg tgh bizi giler last week. Mana dgn keje2 opis, projek2 bawah tanah, bizi melayan anak2 dan suami tercinta lagi, dan macam2 lagilah...

OPIS

Selama 2 minggu nih byk benda2 baru yg aku belajar. Dulu aku keje ngan construction company. kali nih dgn ICT company, so kali nih byk belajar benda2 yg berkaitan dgn software, system etc. Elok gak tuh. Kan ke aku nih rabun IT kan. Boss aku bernama Romain Chan. Orangnya hensem boleh tahan, tp cerewet nak mampus. Keje2 dia mempunyai standard dan piawaian yg tersendiri. Hanya dia je yg tahu apa yg dia nak. So sebelum buat apa2 semua kena refer kat dia dulu. Jgnkan nak kata benda2 lain, bab file label pun kena ikut standard dia. Mmg leceh....tp xpelah kan....dah dia yg byr gaji aku, so ikutkan jeklah...bukan susah sgt pun, cuma leceh sikit jeklah. Kat sini aku balik paling awal pun pukul 6 dari opis. Jarang aku kuar sharp2 kul 5.30. Kengkonon tunjuk baik lah awal2 nih kan.

FAMILY

Anak2 dan suami alhamdulillah sihat. Kakak makin ok hantar kat daycare @ CEC. Cuma arituh jek (Isnin ngan Selasa) ada menangis sikit. Tu pun sebab dia bad mood arituh. Dia kata dia ngantuk n x cukup tido. Tuh yg mengamuk sikit. Terima Kasih kepada teacher2 kat CEC yg memahami situasi aku. Deranglah yg tolong pujuk kakak supaya x menangis. Macam2 yg derang plan. Thanks to teacher Sally, Teacher Kuan, Teacher Chitra, Teacher sathi and lagi 2 ke 3 org yg aku x kenal nama. Baby Afiq makin keletah. Selalunya lepas keje benda yg paling aku x sabar nak tgk adalah muka cheeky Baby Afiq. Hubby mcm beselah. bizi menambahkan rezeki buat family. Aku sentiasa menyokong walau adakalanya geram gak bila kadang2 terlalu bizi sampai x sempat nk bwk kami berjalan2.

RUMAH

Alhamdulillah syukur kepada Allah, aku berjaya menambah harta. Walaupun x seberapa mana tp sekurang2nya aku dah ada reta seniri. (Rumah skrg ni lain citer lah sebab rumah nih hubby yg beli). Aku mmg tgh mencari rumah utk dibeli. Aku target apartment jek sebab aku rasa xdelah mahal sgt nk byr bulan2. Ahad lepas, Kebetulan waktu aku bwk penganting baru (adik aku) menziarahi rumah saudara mara kami pergi ke rumah maksu. Maksu pulak mentioned yg dia ada rumah kat Puchong Indah kalau adik nak sewa. Kalau nak beli pun xpe katanya maksu plan nak beli kondo yg baru buat kat USJ. Bila aku dgr tuh mcm tertarik lagipun rumah maksu tuh xde loan bank sebab maksu beli cash 55k 2 tahun yg lepas. Ckp punya ckp aku pun bersetuju nak beli setelah tgk plan etc. Maksu kata kalau xmo buat loan bank pun xpe, cuma bg maksu 10k jek dan selebihnya aku byr installment mcm byr kat bank tuh. Lagilah aku teruja. On the way balik tuh aku singgah tgk apartment yg dia ckp. Oklah...cantik pun cantik. Malam tuh jugak aku kol maksu dan konfem utk beli. Isnin tuh aku terus keluarkan duit 15k kat ASB dan beri pada maksu. Segala dokumen tukar nama dan agreement between aku n maksu, maksu akan prepare. Rumah tuh pulak adik yg akan duduk. Rate sewa rumah area sana sebenarnya RM550-600. Tp sebab yg duduk tuh adik aku so aku suruh byr jeklah bape nk byr. Lagipun rumah adik kat Bukit Puchong tuh hampir siap. Pas adik pindah rumah baru nanti barulah carik tenant bebetul.

PROJEK BAWAH TANAH

Syukur segalanya dah selesai. Presentation dah selamat dibuat pagi tadi. Tinggal nak jilid jek benda2 alah tuh. Selepas nih masa untuk menuai hasil.


Itu jelah update aku setakat nih. Rasa byk nk tulis lagi tp memandangkan AF dah nak start so aku stop dulu kat sini.

Wednesday, April 16, 2008

BIZI TAHAP GABAN

2nd day aku kat opis baru. Dah jam 7.45 skrg namun aku masih di opis. Nak buat cemana sebab ada tender yg perlu diselesaikan malam nih jugak. Nasiblah labu kan...elok2 keje senang pi carik keje susah. Tp xpe aku selalu pikir yg positif jek. Banyak benda baru yang aku belajar sejak 2 arinih. Nantilah later aku brief apa keje aku kat sini senornya.

Kakak Dania

Arinih 1st day kakak full day kat CEC. Td Babah yang amik kakak kul 6.30 kat CEC. Kakak kata dia x nangis. Aku kol CEC tanya pun kakak kata dia ok. Harap2 berkekalan.

Baby Afiq

Dah 7 bulan lebih dah. Dah menonggeng2 nak panjat itu ini. Konon2 dah nak jalan kot. Aku nak balik dah. Dah nak kul 8 kan. Arini dah leh claim meal alowance..hehehe...

*Rindu giler kat kakak n baby afiq...huhuhuhu

Tuesday, April 15, 2008

HAPPY BIRTHDAY KAKAK DANIA


Hari nih mmg bermakna sungguh dalam hidup aku. Bukan sahaja hari pertama aku bekerja kat opis baru, tp hari ni Hari Ulangtahun Puteri kesayanganku yg ke 5 Tahun. Selamat Hari Lahir Sayang... Semoga menjadi anak yg solehah. Mama sentiasa doakan yang terbaik utk anak2 Mama. Tadi aku hantar 2 biji kek n 50 party pack sebijik kek utk CEC dan sebijik lg kat nursery. Semoga kakak gembira celebrate besday ngan kengkawan. Sambutan kecil kecilan antara family dah buat malam ahad yg lepas. Mak Wan dtg puchong kan...so kami terus booking makan kt Rimbun Klasik (makan atas peran).


Kisah aku kat opis barulak. Semua okeh saja. Nama pun PA, kan...memana letak pun keje sama lah jugak. Cuma nature of bussiness tuh saja yg kadangkala mempengaruhi jugak jenis2 dokumen yg akan kita prepare nanti. Kat sini aku involve tender jugak. Xpelah..atleast aku byk belaja benda baru kat sini kann...


Aku penat sikit arini...x bersedia nk citer panjang lebar ttg keje aku walaupun mmg byk yg nak aku citerkan especiallly psl boss baru aku tuh. Esoklah ek..ngantuks lah...



*kronologi 5 tahun lps...

0300 14hb april 2003 - aku tersedar dr tido kerana air mencurah2 keluar. Habis basah katil. Aku igt aku terkencing dalam tido. Kejut hubby dan hubby terpinga2 tanya aku apa yg dia kena buat. Maklumlah pestime kann...Aku ckp ngan hubby trus pi sepital jeklah. Kebetulan Hospital Putrajaya yg plg hampir. So kami ke sana.

0345 14hb april 2003 - sampai hospital. doktor cek cuma bukak 3cm sahaja. Masuk wad. Doktor kata nak induce sebab ketuban dah pecah.

0800 14hb april 2003 - induce...sakit oooo...tp still x bukak jugak

1300 14hb april 2003- induce kali kedua...sama gak...zero progress time nih dah transfer ke labour room

1700 14hb april 2003 - doktor ckp baby dah lemah so mintak kebenaran hubby utk operate. Gigil2 tgn hubby sign. Aku pulak menggigil time derang buat preparation utk bedah tuh. Cam nak pi mat* lak rasanya.

1807 14hb april 2003 - lahirlah puteri kami yg diberi nama Nur Dania Irdina. Dah 5 tahun berlalu tp rasa cam semalam jek....




Tuesday, April 8, 2008

UPDATE TERKINI 070408

Banyak benda nak capture. Antaranya:

040408 (Jumaat)

Hubby kol aku kat opis, suruh packing barang after opis nanti sebab dia dah booking 3 flight ticket untuk kami balik ke kelantan malam nih jugak. Ada projek penting di sana katanya. Hubby suruh aku packing barang yang penting sahaja. Kalau ada yg x cukup beli disana pesan hubby. So kul 5 nanti aku terus balik ke rumah utk packing, manakala hubby akan amik anak2 di daycare. Kami selamat sampai di kelantan kul 10 lebih. Ayah dah siap tunggu kami sekeluarga.

050408 (sabtu)

Hubby kuar rumah awal pagi ni. Ada site visit di Temangan katanya. Aku dan anak2 tinggal di rumah sahaja. Kakak Dania amat seronok menolong tokwan n tok ayah beri kambing, ayam dan ikan makan. Maklumlah, anak2 dah besar panjang kan. So derang bela binatang ler pulak sebagai penghilang rasa bosan. baby Afiq pulak asik nak berkepit 24 jam. Meragam sikit, sakit mulut nk tumbuh gigi lagi rasanya. Petang ayah bawak aku pergi beli keropok losong sebab ramai budak opis yg kirim. Keropok losong from Kuala Besut mmg sodapp. Hubby balik dalam pukul 6 ptg. Malam bawak kami ke PCB. Kebetulan mak wan pun ada di kelate kerana mengikut rombongan UMNO rembau melawat kelate. Mak wan bermalam di PCB Resort. Bawak Mak Wan makan2 di pantai PCB. Makanan mewah, bayaran murah. Ini yg aku paling suka ttg kelantan.

060408 (ahad)

Hubby ada site visit lagi. Kali nih kat area Tanah Merah (kampung laki Ja), which part aku x sure sebab payah nak sebut so payah lah nak igt. Aku dan anak2 kekal dirumah, Kakak Dania kekal mengasuh kambing2 tokwan (yg aku pelik x takut pulak dia ngan nate tuh). Petang aku siap2 kemas pakaian sebab flight kami ke KL malam nih.

070408 (isnin)

pergi ke opis dgn kepenatan. Rasa cam x cukup tido sebab sampai puchong jek aku sibuk mendobi pakaian.


p/s : projek hubby di sana berkaitan dengan bijih besi. Kawasan sasaran sudah dijumpai, skrg hanya menunggu persetujuan landlord untuk dibeli. Semoga Allah permudahkan rezeki kami sekeluarga. Aminnn..

Thursday, April 3, 2008

LATEST UPDATE

Sekarang nih aku tgh buat persediaan utk handover keje2 aku kat admin department memandangkan boss aku belum pun carik org utk ganti tempat aku. Bila aku tanya kenapa, dia kata mana tau kot aku tergerak nak balik semula. hehehe...aku senyum sumbing jek. Agak byk jugak yang aku nak kena setelkan. Hari ni sehari suntuk aku setelkan bab company profile. Aku dah siapkan lebih kurang 50 company profile. 35 utk PTTM dan 15 untuk PTTE. Bukan apa, kesian pulak nanti kot derang nak guna urgent n xde sapa nak siapkan. Aku nih masih ada hati perut lg. Lgpun selama nih derang yg byr gaji aku kan. Esok pulak aku nak setelkan bab2 correspondence termasuklah filling, typing etc. Sume surat menyurat aku kena update siap2 dalam sistem supaya boss aku x susah nak carik. Plan aku hari jumaat lak nak setelkan bab project department n nak handover sume dokumen berkaitan ngan authority kepada yg berhak. By next week rasanya tinggal yg simpel2 jek kot, yg berkaitan dgn claim bosses, traveling arrangement etc. Ohya, komputer aku pun kena "dibersihkan". Mana2 yg x berkenaan harus di delete. Last day aku hari Rabu kalau x silap. Berdebar rasa hati...

p/s : sedih pulak aku rasa....tiap kali aku pandang muka CTC sayu jek rasa hati....aku kena kuatkan semangat..sebab aku nih pantang dipujuk rayu...

Wednesday, April 2, 2008

HAPPY BIRTHDAY HUBBY @ BABAH


Hari ini merupakan Hari Lahir Babah yang ke 34 tahun (makin tua dah babah). Dari mlm td kakak dok menyanyi lagu hepi besday to babah. Sampai aku nk tido pun terganggu. X habih malam sambung lg lam keter masa nak pi skolah (babah yang citer) dan bersambung lam keter lg time aku jemput balik skolah.


Seperti yg dirancang, sambutan dibuat secara kecil2an sahaja (memandangkan sambut hari jadi org tua kannn) kat Rimbun Klasik kat Bangi. Tempat pun selesa yang amat. Makanan pun sodapppp. Apa2 pun kami sentiasa doakan supaya Babah dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. murah rezeki Babah bermakna murahlah rezeki kami sekeluarga. Aminnn..
p/s : selamat hari lahir jugak pada uncle zamri (hubby unty has kwn mama) ngan uncle faiz (kwn babah)