Saturday, March 29, 2008

BISNES

Aku selalu bercita-cita memiliki bisnes seniri. Yelah, mana tau dengan cara ini boleh menambahkan sumber pendapatan aku kan. Bukanlah bermakna gaji sekarang x mencukupi, tp kdg2 tuh teringin jugak nak memiliki rumah seniri, keter beso atas nama seniri. Memiliki benda2 begini atas usaha dan titik peluh sendiri begitu bermakna sekali bagi aku. Kalau blh xnak lah mengharap ihsan suami kan. Baru rasa hidup nih berharga sikit. Lagipun x salah kita kumpul reta dikala usia muda nih. Kelak tua nanti boleh senang2 goyang kaki. Kot2 income tuh nanti mencecah bersih 10k every month, sapa xnak kann...

Tapi aku xdelah sekreatif maya ngan sulaman dan jahitannya, cam rina dgn paperbagnya, cam wan yang pandai masak ngan cupcakesnya, nak buat MLM lg ler aku x reti...MLS ade laaa...hehehe. Kot ada minat aku pun kat solekan dan andaman pengantin jeklah pun.

Tapi hujung Februari arituh ada seorang hamba allah nih mencetuskan ilham kat aku. Dia nih cina mualaf. Sebenarnya dia tokey kepada stationery shop yg kompeni aku amik stok. Dia kol aku suruh jumpa dia kat kedainya kat Puchong Jaya. Aku igtkan nak tanya psl payment ke apa sebab b4 this masa kompeni aku buat jointventure projek kat putrajaya tuh still ada byk outstanding lg ngan dia. Aku pun redha jeklah pi sana. rupa2nya dia nak bg projek kat aku. Dia tanya sama ada aku berminat nak bukak bisnes or tidak. Aku kata, minat tu mmg ler tp tatau nak buat bisnes apa. Modal pun xde byk mana kan. Pastu dia offer aku sesuatu. Dia kata, dia cuma mintak aku daftar nama syarikat jek. Psl syarikat mmg aku dah lama ada ekceli. Hubby ada bukak 1 kompeni atas nama aku iaitu Cendana Padu Sdn Bhd. Kompeni ni hubby bukak atas backup utk dia dimasa akan dtg. Hubby nak bukak guna nama sendiri x blh sebab nama hubby dah guna utk kompeni yg hubby keje skrg dimana hubby salah seorang pemegang saham. So terpaksa guna nama aku utk set up 1 lg kompeni. Tp jgn espek lelebih lak. Cendana Padu ni kompeni kecik jek. Bisnes pun xdelah sekencang mana. Bak kata org x stabil manapun lg.

So aku pun kata dgn Ms Gan (mualaf td) yg psl kompeni mmg xde problem. Cuma aku masih x clear apa yg dia nk suruh aku buat jek. Jual org ke apa kan...Pastu barulah dia terangkan kat aku satu persatu. Dia suruh aku masuk market kat jabatan2 kerajaan kat putrajaya tuh. Dia cam suruh aku carik mana2 jabatan or kementerian yg perlukan stationery supplier dan dia akan supply on behalf aku. Maknanya aku x pyh kuar modal satu sen pun. Cuma aku perlu tunjuk muka aku sekali dua je kat client. Semua payment dr klient tersebut akan dibayar atas nama kompeni aku dan selepas cek clear barulah aku bayar kat dia. Atas setiap urusniaga td aku akan diberi 10% hingga ke 20% bergantung kepada nilai stok yg aku suplply td. Simpel je kan...keje dia. Aku pun rasa nak cuba dan utk pertama kali tuh Ms Gan dah siap2 carikkan aku 1 klien iaitu KSM. Aku pun pergi ke KSM dan berikan sebut harga seperti yg diminta atas letterhead kompeni aku. Alhamdulillah rezeki anak2 agaknya. derang accept sebut harga tersebut dan penghantaran telah pun dibuat dan isnin lalu aku dah selamat terima cek dr KSM. Nilai cek tersebut adalah sebanyak 13k++ dan sebagai imbuhan untuk aku aku dpt 15% dari nilai cek tersebut. Isnin lalu aku bank in cek tersebut ke akaun syarikat dan semalam aku issue cek dgn amount yg sama kepada Ms Gan (Techno Media Marketing) Dan tghari td selepas aku amik kakak kat CEC aku singgah utk mengambil bahagian aku setelah diminta oleh Ms Gan.

Aku rasa cam best pulak buat benda nih. Yelah sapa nak bg free2 hampir 2k dengan hanya berbekalkan RM20 utk isi minyak ke putrajaya tul x? Semoga ada lg rezeki utk aku dimasa akan datang. Aminn...

Friday, March 28, 2008

CITER SEORANG AKU

Aku tgh boring giler nih. Anak2 dedua dah tido. Kakak kepenatan kot sebab siang td ada lawatan ke kilang roti kan. Adik pulak penat exercise agaknya. Maklumlah org dah pandai duduk so asik keje nak duduk jek. Lepas merangkak duduk pulak. Hubby lak balik lambat sikit malam nih, Lambat x lambat pun kul 9 karang kot baru sampai. So tinggal aku sensorang layan Buletin Utama sambil2 surf internet. Nasib ada internet kat rumah kot x sure aku melongo sensorang.

Aku nyaris2 terlupa yg next week 1st April birthday hubby. Yelah, bizi sgt lately kan sampai x sedar masa berjalan. Aku xde plan apa2 pun so far. Cuma igt nak ajak hubby pi makan jeklah malam tuh nanti. Maybe kat Rimbun Klasik kat Bangi kot. Bosan asik ke Bumbu Bali jek. Lepas Birthday Hubby, 14th April pulak birthday Kakak Dania menyusul. Last year xde apa2 celebration pun utk kakak, cuma hantar kek n party pack kat CEC and daycare jek. Maklumlah last year aku preknen dan tgh mabuk giler time besday kakak. So x sempat nk prepare apa2 yg special. Aku igt tahun ni nak celebrate birthday kakak. Dimana tuh x sure lg. Kemungkinan kat rumah baru kami di kg rembau. Alaa...teratak kecik jek pun. Cukuplah utk kami sekeluarga melarikan diri seketika dari hiruk piruk kota. Kalau ada bajet lebih rasa nak celebrate kat Wetworld Air Panas Pedas. Tu sume kena tgk poket Babah lerr kan..kot x, buat kecik2 jek kat rumah kg pun dah ok.

Aku sekarang pulak sedang bersiap sedia baik dari segi mental dan fizikal untuk meninggalkan kompeni skrg dan melapor diri ke kompeni yg baru. Harapan aku semua akan berjalan dengan baik2 saja. Aku harap aku akan serasi di sana.

Waktu dan ketika ini aku terasa rindu sgt dengan mak aku. Sejak adik kawin arituh aku terasa ada macam sedikit jauh hati dgn mak. Bukan apa sgt pun, yelah selalu nih aku jelah sorang pompuan dalam family tuh. Aku lah intan, akulah payung gunung meletop mak aku. Skrg mak dah dpt menantu pompuan. Aku rasa jeles sikit ler. Terasa sayang mak cam dah beralih arah ler pulak. Ntah Apa2 jek aku nih kan...poyo jek lebih...bengong pun ada. Aku kot duk sensorang nih mula lah emo. Suka pikir yang bukan2 jek.

Aku dgr ada org bukak kunci kat tingkat bawah. Mungkin hubby dah sampai kot. Aku stop kat sini dulu k. Nite...nite...

ANAK ANAKKU

BABY AFIQ

Baby Afiq dah nak masuk 7 bulan next week. So far alhamdulillah, batuk selsema tuh xyah nk komen lerr. Maklumlah htr neseri kan. Inikan bebudak yg duduk rumah pun kdg2 kena gak jangkitan dr abg or kakak, kat neseri toksah ckp ler. As long as sakit dia tuh x mudarat sangat aku dah senang ati dah. Baby Afiq skrg dah boleh duduk sendiri. Suka hisap jari (aku x suka dia buat benda nih), dah boleh sebut babababa (cam bunyi babah), papapappa, sekarang dah kenal aku sesangat. Petang time aku amik kat daycare siap mendepakan tangan pas nampak aku. Tp xdelah buat perangai xmo kat cikgu. Dia paham kot yg mama dia kena pi kejer gak. Selain tuh bese2 jelah. Still full breastfeed lagi. Makanan pulak gerber, nestum, biskut farleys tuh, dan apa2 jeklah makanan yg seumpamanya yg tangan aku tergerak nak capai time membeli belah kat giant tuh. Afiq suka makan. Aku pun suka hati tgk dia makan byk.


KAKAK DANIA

Arini Kakak ada lawatan ke kilang roti High 5 kat Shah Alam. Awal tul dia bangun pagi td. Kul 6.45 dah suruh aku mandikan dia. Siap komplen takut aku lambat n bas tinggalkan dia. Aku tau yg dia teruja nak naik bas. Maklumlah xpernah naik bas kan. Kali pertama last year waktu lawatan CEC ke Pusat Sains Negara. Ni kali kedua ler. Ttg pelajaran pulak so far kelas kakak dah belajar sukukata setakan C, iaitu ca,ce,ci,co,cu. Aku ada gak try combinakan suku kata yg dia dah belajar contohnya ba+ca, cu+ci dan seangkatan dgnnya. Alhamdulillah, kakak dah boleh baca benda2 tuh. So, aku cuma perlu memperitngkatkan kesabaran jeklah dalam mengajar kakak. Aku ni bukan apa, kdg2 aku ter hilang sabar bila bab2 mengajar nih. Babah lg lembut aku rasa. lain2 psl kakak xde kot, cuma dia kerap katayg dia suka kat uncle h*fz*e aka papa firman aka hubby unty ja. Aku iyekan jeklah. Bila aku tanya sapa lg hensem antara babah n papa firman, cam confuse jugak dia nak jwb. Last2 terpaksa ckp babah jugak...tp pastu mentioned jugak papa firman tuh hensem. Hmmhh...apa2 aje lah kak...

Thursday, March 27, 2008

SUSUR GALUR

Tetiba arinih aku rasa nak berciter psl susur galur family aku. Iaitu asal usul keturunan family sebelah bapak n mak aku. Kedua-dua family aku baik belah ayah mahupun mak aku dedua mmg asal dari Negeri Sembilan. Cuma sebelah bapak aku dahulunya berdagang dr Singapura tp dah lama menetap di N9 lah. Dahulu kala, org luar yg mengambil keputusan utk menetap di N9 dimestikan “masuk suku” maknanya kena pilih lah nak join suku apa. Psl suku2 nih korang leh refer kat adat pepatih okey. Aku seniri pun x bape follow sgt benda2 nih. Reti ckp je. Moyang ayah dulu pilih masuk suku biduanda (suku yg plg tinggi sekali diantara suku2 di N9) Suku nih suku undang. Means, sapa2 yg berasal dr suku nih berkemungkinan besar blh jd Undang. Undang nih pulak fungsinya lebih kurang sama dgn raja dalam sistem beraja di N9. Sekiranya ada apa2 mandat etc. Sumenya kena berbincang dgn 4 org undang nih td br Yg dipertuan besar N9 leh buat keputusan. (kot x silap aku ler)

Pendek kan cerita, bapak aku bersuku Biduanda dan mak aku pulak bersuku seri melenggang minang kabau (pening pala aku). Datuk aku bernama Nordin bin Hj Badrul, Nenek aku pulak bernama Azimah bt Idris. Perkahwinan mereka dikurniakan 3 org anak (kesemuanya lelaki) iaitu Nor Azmi, Nor Azman (bapak aku yg tercinta) dan Nor Azlan. Bapak aku anak no. 2. Pakcik aku yg bernama Nor Azmi pulak bernikah dgn Aminah dan memperolehi 3 org anak iaitu Nor Eloni, Nor Elina dan Khairul Nizam. Bapak aku pulak bernikah ngan mak aku (Maidah binti Ahmad) dan memperolehi juga 3 org cahayamata iaitu Nor Aziha, allahyarham Nor Azian dan Nor Azizul. Pakcik aku yg bongsu iaitu Nor Azlan pula bernikah dengan Sabariah (bukan citer kasim selamat okeh) dan turut memperolehi 3 orang anak iaitu Norhafis, Norhadi dan Muhammad Aidil Fitri. Aku merupakan cucu sulong bagi Azimah dan Nordin kerana bapak aku nikah lebih awal dari pakcik2 yg lain. Umur derang nih lebih kurang jek. Bapak aku ngan abgnya kembar tahun manakala adik mereka lahir tahun selepasnya. Nenek aku kini mempunyai 9 org cucu, 6 orang cucu menantu iaitu Mohd Khairul Amri (suami aku), Jo (laki oni), laki lin (aku tatau nama), ef (bini apis), bini adi (aku tatau nama gak) dan last sekali pengantin baru iaitu siti hajar (adik ipar aku lerr). Nenek aku kini mempunyai 4 org cicit iaitu Nur Dania Irdina (anak aku), Muhammaf Danish Farish (anak oni), Muhammad Danial Afiq (anak aku jugak) dan baby baru iaitu Nur Aina Sofia (baby apis). Tu jeklah info mengenai family sebelah bapak aku. Sebelah bapak aku x ramai sgt. Cuba tgk sebelah mak aku pulak.

Sebelah mak aku pulak mmg meriah habis. Allahyarham datuk aku bernama Ahmad bin Muhammad, Nenek aku pula Salehan Bin Abas. Perkahwinan mereka dikurniakan 10 orang anak (sorang meninggal) iaitu Maimun, Zainal Abidin, Borhan, Maimunah, Maisalmah, Maidah (mak aku yang tersayang), Maini, Mairi dan Zawiyah. Maimun berkahwin dgn Mohd Yussof dan dikurniakan 9 org anak iaitu Mohd Zin, Nor Aini, Nor Aina, Nor Mala, Nor Lela, Mohd Zan, Noraidah dan Norzuita. Zainal Abidin berkahwin dgn Norimah dan mendapt 3 org anak perempuan iaitu Suhailin, Zarina dan Rohaya. Borhan pulak bernikah dgn Aminah dan memperolehi juga 3 org anak iaitu Razali, Siti Rozie dan Faizal. Makteh iaitu Maimunah bernikah dengan Rais dan memperolehi 5 orang anak iaitu Haniza, Mazlina, Dayang Mazita, Azmi dan Izwan. Maisalmah pulak bernikah dgn Abd Ghani dan memperolehi 4 org anak iaitu Masliyani, Zuliyani, Nazir dan Raffie. Mak aku x pyh tulih balik lah kan...sebab dah tulih kat atas td. Maini bernikah dgn Shariff dan memperolehi 4 orang anak iaitu Shazrizam, Elia, Azura dan Shazrul. Mairi bernikah dgn Zulkifli dan memperolehi 6 org anak iaitu Sufian, Nurul Izzati, Nurul Ain, Nurul Ahira, Nurul Aina dan Nurul Ayuni. Maksu aku pulak Zawiyah bernikah dengan Hanafiah dan memperolehi 5 orang anak iaitu Zarith Farhana, Iqhwam Nafis, Zarith Fariha, Iqhwam Amzar dan Iqhwam Hanafi. Ya Allah...mcm2 nama dah keluar. Ni baru ltk nama2 cucu belum lagi nama2 laki derang ngan anak2 derang. Kesimpulannya nenek ngan datuk aku mempunyai 42 org cucu, lebih 25 org cucu menantu, lebih 60 orang cicit (aku x larat nk kira dah), 3 orang cicit menantu dan lebih 15 orang anak cicit (pas cicit apa ek). Family belah mak mmg meriah giler. Pendek kata kalau amik gambo ramai2 x muat lerr. Dan aku sememangnya rapat dengan derang berbanding dengan sebelah ayah. Nak buat cemana, mmg kami membesar sesama dari kecil. Bukan maksud aku x rapat tuh x suka dgn family belah ayah. Cuma lebih rapat dgn belah mak berbanding derang sume.

Apa2pun aku sayang sume family aku.

Wednesday, March 26, 2008

LETRIK OH LETRIK

Malam td aku sefamily terpaksa berkampung kat Marriot Putrajaya. Ni sume gara2 bekalan letrik kat rumah aku bermasalah. Ptg lepas keje tuh aku balik rumah utk on sume kipas, aircond etc b4 amik anak2 kat daycare. Sekali aku perasan peti ais tuh bergegar2. Trus aku tutup suisnya dan pastu satu2 kipas ngan lampu jd on off. Cam disko pun ada rumah aku. Aku yg sememangnya penakut terus off sume benda dan kol laki aku suruh balik segera. Aku ckp rumah nak meletop. Laki aku kol TNB dan derang ckp derang cuba dtg secepat yg mungkin. Laki aku sampai setengah jam kemudian dan suruh aku pack brg2 yg penting sahaja memandangkan hari dah nak gelap so dia prefer kami stay kat hotel malam nih. Aku dah kemas sume benda tuh dan bergegas hubby hantar kami semua ke marriot. Hubby patah balik ke rumah utk tunggu technician dr TNB dtg baiki keadaan.

Derang sampai kul 8.30 dan kul 9.00 mlm sume masalah selesai. Rupa2 1 wayar kat luar tuh tercabut dan bekalan letrik x cukup nak supply ke seluruh rumah aku. Tu yg jd lip lap lip lap tuh. Nasiblah, sebab dah bayar terpaksa gaklah tido hotel mlm tuh. Pagi tuh bergegas balik utk siap pi keje n htr kakak ke sekolah.

Sekian...

Thursday, March 20, 2008

WARKAH PUTIH TINTA HITAM

Akhirnya, aku berjaya menghantar warkah putih itu. Setelah tunggang terbalik sambil berguling2 mencari jalan penyelesaian dan bertanya pendapat kepada sume org yg terdekat, makanya keputusan telah pun di ambil.

Dengan ini, aku mengishtiharkan bahawa aku RESIGN dr kompeni ini. Sedih gak, tp aku terpaksa. Byk sgt kedukaan yg aku pendamkan. Meskipun yg terima akibat orang yg tidak berkaitan, namun demi kesejahteraan diri dan perasaan aku sendiri inilah keputusan yang terbaik yg aku buat atau patut buat.

”Aku pergi bukan kerana benci
Bukan juga tiada cinta di hati
Hanya untuk mengubat kelukaan di hati
Semoga engkau dpt pengganti
Yg lebih baik dr diriku ini”

Cam org putus cinta jek bunyi. Hahaha..Nasiblah. Aku akan start kat tempat baru 14hb nih. Doakan kejayaan aku kat tempat baru ye.

Tuesday, March 18, 2008

KESIMPULAN


Alhamdulillah, semua dah selesai. Aku masuk keje arini dengan hati aku yg masih 85% dikampung. Nak amik cuti tp x bleh sebab ada benda urgent yg kena selsesai hari ni jugak.
Aku ucapkan berbanyak2 terima kasih kepada sanak saudara yang x putus2 memberikan kerjasama yang tidak berbelah bagi. Hanya allah yang mampu membalas jasa baik korang semua. Buat semua mak2 sedara dan bapak2 sedara aku yang memberikan sumbangan dari segi tenaga mereka, segala sumbangan dan pengorbanan mereka amatlah aku hargai. Hanya Allah yang mampu membalasnya.

Segala2nya sudah selesai. Baik kenduri cukur jambul dan berendoi baby afiq mahupun majlis pernikahan adik. Gambar2 nantilah aku tepek. Nak tepek kat sini x reti aku. Tp aku cuba ye nanti.

Sekarang Cuma ada 1 agenda jek lagi yang perlu aku selesaikan. Projek underground aku akan berakhir (aku haraplah) pertengahan tahun nih. Selesai tuh makanya aku akan mempunyai lebih masa untuk keluarga mahupun diri aku seniri. Skrg ni nak pi SPA pun terkejar2 x cukup masa lah katakan.

Ada beberapa family event lagi utk aku capture tahun nih. Antaranya:-

1) Wedding Diana (anak kak chik aina) middle august 2008 kat Shah Alam
2) Wedding Elia (anak mak chik maini) end august 2008 kat Kota Tinggi, Johor
3) Wedding Fazli (adik ipar aku) bulan august gak tp x tau lg bila kat Kelate
4) Wedding Suffian (anak mak chik mairi) December 2008 kat Palong 8

Ada a few lg yg aku x sempat nak cover details nya. Tp sume nih menuntut perbelanjaan yg beso. Khasnya utk bulan august tuh ada 3 event kan. Makanya sure buat/beli 3 psg baju gak. Kot dah 1 tema hijau, 1 tema gold, 1 tema maroon x ke kena beli baju lain2 kan. Tu x masuk baju anak ngan laki lagi. Hehe.....ada yg kena recycle ler gamaknya. Bukan selalu kan ada kenduri kawin nih kan. So seronok ler kalau dpt sama2 berbaju bajan.

Monday, March 17, 2008

WEDDING AYAH CHIK @ ADIK @ IJOY- day 3

Hari ni hari lansung kat rumah aku. X byk nak citer paham2 jeklah x cukup tangan. Yang pasti mmg ramai jemputan. Maklumlah penutup kenduri kahwin kat rumah aku. Pasni mana ada lagi. So mmg ramai org yg dtg. Yg x penah kuar sarang pun ada. X sia2 ayah potong 2 ekor lembu dan sekor kerbau. Sume abih licin. Alhamdulillah. Poket ayah pun nampak lebat jek. Hehehe...cucu mintak beli kasut barbie doll tuh ayah....jgn lupa ek....

Sunday, March 16, 2008

WEDDING AYAH CHIK @ ADIK @ IJOY- day 2

Hari ni majlis sebelah pihak perempuan. Walau camne pun rumah kami tetap riuh dengan sanak saudara tercinta. Kul 12.30 rombongan kami tiba dirumah pengantin perempuan. Kompang dipalu, pengantin malu, Duduk bersanding atas pelamin..ewaahh...

Selesai rumah pompuan kami pulang ke rumah. Banyak lagi benda yg nak di selesaikan. Bilik penganti pun baru ¾ siap. Sambil2 buat kerja beselah berborak ttg isue semasa. Meriah sungguh rasanya, cam ari raya pun ada. Akhirnya sume keje selesai dengan sempurna.
Malamnya ada karaoke ngan band. Mulanya just nak nyanyi2 jek. Tiba2 terjebak ngan joget lambak. Ni gara2 kak chik ngan pakteh yg mula dulu. Sudahnya, dah x kenal yang mana anak yang mana cucu, sumenye sehati berdansa. Yang best laki aku pun join sama. Aku yg mula2 malu2 kucing last2 menunjukkan taring. Laki aku mmg x reti joget. Mawi joget pun lagi elok rupanya. Cam org sepak bola pun ada aku tgk. Sampai biru betis aku gara2 dia tersepak (ntah2 dia sengaja sepak kan...) Joget lambak tamat kul 12 malam. Tu pun sebab nampak kereta peronda polis masuk kawasan rumah. Mula2 igt ada org buat komplen. Rupa2nya kawan ayah yang datang. Kecut gak perut memasing.

Buat semua, (sepupu2, anak2 sedara, makcik2, pakcik2 dll) kot nak tgk video sila email along k. Aku tido kul 4 pagi. Lepas tuh tlg mak bungkos kuih koci utk sarapan pagi esok.

Saturday, March 15, 2008

WEDDING AYAH CHIK @ ADIK @ IJOY-day 1

Hubby masih bekerja pada hari ini. Nampaknya aku terpaksa mengambil tindakan drastic hehehe. Aku kena balik seniri dulu nampaknya. Aku pasang car seat baby Afiq. Dalam hati berdoa agar Baby Afiq x membuat onar sepanjang perjalanan ke kampung yang memakan masa 45 minit perjalanan itu. Aku terpaksa buat camni. Kesian mak sensorang kat sana buat sume benda. Hubby mmg xleh nak elak. Ada barang2 dr Scomi datang (rail keretapi) dan hubby terpaksa berada di Rapid KL sebagai witness kepada barang2 tuh. Aku masukkan semua barang2 dalam keter dan ambik kakak dania dan baby afiq kat neseri. Perjalanan pun dimulakan. Alhamdulillah, dengan izin Allah dan baby afiq pun turut memberikan kerjasama. Amat mudah perjalanan aku. Sampai kampung dengan selamat 3 beranak. Ayah memandang aku dengan seribu makna. Aku tahu dia marah sebab aku pandai2 balik ber3. Mmg aku x infom org kampung awal2 sebabnya mesti derang x bg buat cenggitu. Tp nak buat cemana, mcm yg aku kata td, aku terpaksa. Demi kasihankan mak aku sensorang buat itu ini. Tp bukan teruk sgt pun. Kot Afiq meragam pandai ler aku berenti. Tp beselah, ayah mmg terlebih sayang kan cucu. Sebab tuh dia mcm tu kot. Aku buat muka bodo jek. Sambil2 buat bizi hehehe
Hubby sampai lewat petang tuh. Nasib sempat tgk adik nikah. Sayu pulak rasa hati aku saat adik melafazkan akad nikah tuh. Yelah, dulu dia kecik jek time aku buli dia suruh buat itu ini. X sangka pulak dah jadi laki orang. Menitis jugak air mata aku setitik dua.

Friday, March 14, 2008

SCHOOL 2010 - SELESAI

Aku cuti arinih. Plan nak gerak balik ke kg malam td gak, tp terpaksa ditunda sebab hubby xleh bercuti. Ada misi penting yang perlu diselesaikan by this week gak. So aku mengambil peluang yang ada untuk menyelesaikan bab2 pendaftaran sekolah untuk kakak.

PRIMARY SCHOOL

Pagi tuh selepas hantar kakak n baby ke nursery aku meneruskan perjalanan beserta dengan dokumen2 lengkap seperti yang diminta oleh pihak sekolah. Surat beranak asal dan salinan, bil letrik asal dan salinan serta sampul surat beralamat sendiri dan bersetem 50 sen. Alhamdulillah, prosesnya tidaklah rumit sangat. Memandangkan Cuma aku sahaja yang mendaftar pada waktu dan ketika itu makanya aku sempatlah menemubual kerani yang bertugas. Menurut info yang diberi oleh kerani tersebut, sessi persekolahan untuk kakak adalah pukul 1.00 p.m. sehingga 6.45 tp selalunya kanak2 datang seawal jam 12.30 dan mereka akan disediakan dengan aktiviti seperti berpuisi, pantun, menyanyi dan mcm2 lagilah sementara menunggu jam 1.00 tuh. Makanan pulak dinasihatkan supaya membawa bekal dari rumah. Aku x risau sgt sebab time tuh kakak dah makan tghari pun kat nursery kan. Yuran sekolah ada penambahan sebanyak RM25 sebulan (kalau x silap) untuk misc. Yang paling penting, sekiranya kakak tidak serasi bersekolah di sekolah tersebut maka aku boleh membuat penukaran aliran di jabatan pendidikan. Aku bernasib baik kerana sekolah tersebut hanya menerima permohonan sebanyak 600 orang pelajar sahaja. Kakak adalah orang yg ke 400 yg mendaftar. So, selesaikan sesi pendafaran sekolah untuk kakak Cuma menunggu sama ada permohonan ini diluluskan ataupun tidak oleh jabatan pendidikan. Result hanya akan diperolehi pada Bulan March 2009. Kalau x berjaya mereka akan tempatkan kakak ke sekolah yang lain yang lebih berhampiran.

KUMON

Selesai sesi pendaftaran sekolah untuk kakak, aku meneruskan perjalanan ke Bukit Puchong untuk mendapatkan info tentang KUMON pulak. Menurut Teacher Jasmine, Kumon adalah merupakan tuition centre yang hanya memberikan fokus terhadap matapelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik. Kelas hanya 2 kali seminggu (weekend xde kelas) dan bayarannya adalah sebanyak RM120 untuk 1 subjek. So kalau aku nak hantar kakak untuk 2 subjek aku kena bayar sebanyak RM240 lah sebulan. Pada bulan pertama aku kena tambah RM30 untuk pendaftaran. Aku igt nak start hantar kakak next year, tp kena diskas ngan babah dulu tentang sapa yang amik dan hantar kakak nanti.

SEKOLAH AGAMA

Sekolah agama belakang rumah je. Insyaallah, kalau aku MC or cuti nanti aku pi tanyakan. Sebabnya td nak singgah dah tutup pun pintunya.

Thursday, March 13, 2008

SCHOOL 2010

Bulan March nih bulan untuk mendaftar sekolah bagi murid2 yang sekurang2nya berumur 5 tahun dan ke atas. Kakak Dania salah seorang diantaranya. Aku dah survey2 gak sekolah untuk kakak. Ada beberapa sekolah kat area rumah aku tuh. Tp aku agak tertarik dengan sekolah SR(J)K Han Ming nih. Mmg dekat sgt ngan rumah aku. Kakak sendiri dah request untuk sekolah kat Chinese School. Skrg nih aku perlu buat research sikit pasal sekolah cina nih. Nak gak tau subject2 yg derang ajar, makanan2 derang dan sebagainya. Kalau everything ok aku akan daftar by this month gak. Sebabnya pendaftaran hanya untuk March sahaja. Kalau x sempat, March next year lah jawabnya. Hmm…banyak yg aku kena setelkan tahun nih, antaranya:-

1) Carik sokolah untuk kakak.
2) Survey sekolah agama untuk kakak.
3) Carik Kumon yang berhampiran dengan rumah untuk kakak.

Aku plan nak start hantar kakak ke KUMON next year. Kalau x silap aku derang start amik budak dr 5 tahun. Cuma aku rasa terlalu awal nk hantar kakak this year so aku n hubby decide nak hantar next year jelah.

Sekolah agama pulak kat belakang rumah aku je. Aku akan try pegi tanya next week. Kalau kakak konfem bersekolah di Han Ming maka kakak akan bersekolah agama dahulu di sebelah pagi dah bersekolah biasa di waktu petang sebabnya di Han Ming sessi persekolahan utk kanak2 7 ke 9 tahun adalah sebelah petang.

Psl bibik aku stop dulu untuk tahun nih. Bukan apa, setakat ini aku amat berpuas hati dengan performance nursery lebih2 lg bab penjagaan Baby Afiq. Lagipun esok2 bila kakak dah sekolah Cikgu Along dah volunteer untuk hantar dan jemput kakak. Senang sikit kejer aku. Pencarian bibik hanya akan diteruskan sekiranya aku mendapat rezeki (baby no. 3) dr Allah swt lepas nih. Hehe...

Oh ya..aku akan bercuti start esok untuk pulang ke kampung bagi meraikan majlis perkahwinan adik bongsu aku. Kepada yg sudi jemputlah datang, senang je naik kat tol pedas linggi tuh pastu tepon aku ye. Kalau aku x sempat dtg amik aku bg direction je. Sonang ya amat…

p/s : cakap2 psl daftar anak sekolah nih aku rasa cam dah tua jek. Hehehe…tua xpe janji jiwa ku muda sentiasa.

LEPAS GERAM

Insiden ini berlaku tepat kul 9.30 pagi tadi dimana aku telah berjaya melepaskan beberapa das tembakan yang menepati sasaran penuh dengan unsur2 kekerasan, ganas, zalim dan sebagainya.
Puncanya begini, aku telah diarahkan oleh GM aku, SPM aku, serta PCM aku (from project department) untuk mengambil PTO (permit to operate) bagi projek kompeni aku kat Penang Airport(JN93) yang telah siap kat JKKP Putrajaya. Semalam lg JKKP dah maklumkan pada aku yang PTO nih dah siap. Tp memandangkan semalam aku agak bizi maka aku decide nak amik awal pagi nih. Maknanya aku terus ke JKKP dr rumah so x payah patah2 balik. Aku dah inform admin department since ptg semalam lg pasal pemergian aku ke Putrajaya awal pagi nih. Bosses aku pun dah sedia maklum psl ni dan xde sebarang bantahan.

Nak dijadikan cerita, Manager from Contract/Tender department pulak pagi2 buta carik aku utk assist dia prepare tender baru. Padahal ni sebenarnya bukan keje aku Cuma aku diminta assist kalau aku free. Si bangsat nih pulak memekak interkom sana sini carik aku. Padahal kot dah kata aku xde tuh, xde lah kannn... Sekali pulak admin department nih buat kecoh (maybe bosan kot dgn pertanyaan si bangsat td) Yg jd minah kecoh pulak adalah payroll clerk aku iaitu orang yang paling sengal sekali dalam kompeni nih. Siap perli2 aku pulak tuh, ckp aku nih rajin x bertempat susah2 kan diri padahal keje tuh semua despatch boleh buah. Aku yang memang sedia

kepanasan bila sampai opis nih melentinglah bila ada org sampaikan cerita nih kat aku. Aku pun terus interkom dia dan dengan selambanya aku aku bgtau dia yg aku bukannya suka sgt pun nak buat keje nih. Tp kalau dah orang mintak tolong aku sebab aku ada network ngan org JKKP xkan aku xnak tolong pulak kan. Mana xnya, mana boleh PTO siap dalam masa x sampai 2 minggu korang (kot korang x caya korang pi buat lah...x pun pi tanya orang lain yg bese buat benda2 nih.) Aku nih yg meringankan tangan aku untuk membantu tanpa mintak balasan apa pun x pasal2 jadi mangsa bualan. Sekali sampai sekarang aku still x bertegur ngan minah td. Pegi mampuslah ko. Bukan ko bayar gaji aku lam kompeni nih. Keje ko buat payroll jek. Tu pun selalu lambat siap. Macam lembu buat keje. Lembu pun x lembab macam ko.

Nak tau kenapa aku marah sgt ngan minah nih? Sebabnya dia mmg suka sgt komen keje org walaupun keje dia x penah yg senonoh. Bukan aku ckp nih sebab tgh marah ngan dia, tp mmg kenyataan. Bayangkanlah, boss dia seniri pun ckp yg dia bukan setakat lembab, dah masuk kategori basah dah pun. Cuma kompeni aku nih bukan jenis zalim nak terminate org x tentu pasal. Lgpun minah nih consider org2 yg awal lam kompeni nih. Xdelah tua mana, sebaya aku jek pun Cuma dia dah keje 9 tahun kat sini. Bayangkan lah 9 tahun dia keje kat sini bermula dgn receptionist skrg Cuma leh naik jadi payroll clerk jek. Tu pun masih x reti nak buat keje gak. Adehh..aku dah masuk kategori mangata org dah nih. Nasiblah labuuu..sapa suruh carik pasal ngan aku. Ko x tau ke aku ni gangster kampung dusun. Lenkali jgn cuba nak ganggu hidup aku sebab aku x pernah ganggu hidup ko.

Rentetan dr peristiwa td aku telah mengambil beberapa langkah:-

1) Aku dah inform project department yg aku xkan involve apa2 lg dalam tugas2 yg melibatkan project department yg diluar bidang kerja aku. Bila derang Tanya kenapa aku suruh pi tanya Tipah yg bodoh itu.

2) Aku claim semua mileage time aku keje luar. Kalau before nih aku x kesah sgt pun psl tuh tp kali nih aku mmg nak berkira even 1 sen pun. Hasil kiraan aku aku dpt kumpul balik dalam 3 ratus lebih. Hmmm.,..agak lumayan.

3) Aku dah set dalam pala hotak aku yg walau apa keadaan sekalipun aku xkan tegur Tipah yg bodoh itu sebab dia sememangnya bodoh dan akan bodoh selama-lamanya so, buat apa aku berkawan dengan orang bodoh yang mungkin akan mempengaruhi minda aku menjadi seorang yang bodoh seperti dia jugak.

p/s: harap maaf, entry kali nih mmg penuh dengan emosi. Aku tgh geram gile bebb..

Tuesday, March 11, 2008

BIZI LAGI

Mmg bizi yang teramat lately. Dengan family, kerja, kempen pilihanraya dan sebagainya. Ditambah pula dengan macam2 hal yang timbul di saat2 genting cenggini. X tercapai dek akal aku rasanya.

FAMILY

Rupa2 masalah kesehatan family aku still x selesai lg seperti di entry sebelum ni. Baby Afiq diserang campaklah pulak 3hb arituh. Nasib x bape teruk. Dalam 5 hari dah bersih balik kulit dia. Tp Baby Afiq mmg anak yang baik. X merengek sikit pun (alhamdulillah, mama syukur sesangat) Nasib time MCJ kulit Baby Afiq dah bersih semula. Kakak alhamdulillah sehat buat masa nih. Cuma mama yang agak kureng sikit sebab sakit tekak. Babah sama cam kakak, sehat walafiat.

WEDDING AYAH CHIK PREPARATION

Last week pelamin dah siap dipasang, memang request awal sebab kalau blh nak tumpang Baby Afiq berendoi atas pelamin tuh. Lawo gak pelamin nya dan mama amat berpuas hati dengan hasil sentuhan Anje Sri Andam. Utk pengetahuan, Anje nilah yang mekapkan mama time mama nikah dulu. Mama suka sgt ngan Anje nih sebab dia x kedekut ilmu. Byk gak ilmu yang Anje turunkan utk mama. Anje jugak yang akan mekapkan ayahchik time wedding nanti. Baju ayahchik tuh mama yang tolong pilihkan. Mama yg ober hehehhe...

MCJ

Dah setel....legassssssss sesangat. Btw dpt buat collection utk penabungan Baby Afiq. Alhamdulillah…Agak banyak gak. Blh tahan lah. Maklumlah, ramai org balik kg untuk mengundi time tuh kan. Yg penting semua dah selesai. Baru leh bernapas sikit.

PILIHANRAYA

Siapalah aku untuk komen bab2 pilihanraya nih. Yang pastinya aku dah jalankan tanggungjawab aku sebagai rakyat malaysia yang layak untuk menentukan siapakan pemimpin mereka. Apa2 pun aku amat terkejut dengan keputusan pilihanraya kali ini. Mmg diluar jangkaan aku dan aku rasa luar jangkaan semua org kot. Aku jangkakan mereka nak bagi sedikit pengajaran jek. Rupa2 terlebih bagi lak. Yang pasti aku tetap menyokong kerajaan. Mak Pak aku org kuat BN beb. So paham2 jeklah aku pangkah apa kan. Tok Tua aku lak orang kuat PAS. Maka tau jeklah laki aku pangkah apa lak. Pada aku tuh hak individu, kita kena hormat. Yang penting kepada mereka yang berjaya, nilah masa bagi mereka nak buktikan janji2 mereka pada rakyat. Yang x berjaya lain taun cuba lagi okehhh..

Sunday, March 2, 2008

ALHAMDULILLAH

Syukur alhamdulillah ke hadrat illahi. Akhirnya segala2nya selesai dan aku dapat kembali mengupdate blog. Agak lama jugak aku x update. Banyak sungguh cerita yg aku nak tulih sampai x pasti mana satu nak tulih dulu.

FAMILY

Aku update pasal kesihatan keluarga aku dulu lah. Bulan Februari nih mmg bulan sakit bagi seluruh family aku. Macam pas baton pun ada. Bermula dengan hubby yang demam panas, diikuti dengan Kakak Dania ngan Baby Afiq yang selsema dan batuk, berganti pulak dengan Baby Afiq yang cirit birit, disambut pulak oleh aku yang demam panas + tonsil, ditambah lagi dengan Baby Afiq yang demam panas dan bersambung dengan Kakak Dania yang demam panas + tonsil. Alhamdulillah, demam panas kakak berjaya dipulihkan secepat mungkin dengan bantuan ubat-ubatan dari doktor serta kerelaan kakak sendiri menelan ubat-ubatan tersebut mengikut jadual yang ditetapkan (anak dara aku ni sangatlah payah makan ubat senornya) Dan pagi tadi kami semua bangun pagi dengan cerianya. (Cuma Babah jek yg mintak bangun lambat, so mama ler yg kena hantar kakak ke sekolah pagi td).

URESSIAN

Last week, monthly management meeting bagi URESSIAN berjalan dengan jayanya. Segala kata sepakat telah diambil. Minit sila rujuk dalam forum okey. Secara ringkasnya aku nyatakan bahawa Annual Dinner bagi 2008 akan diadakan pada 28hb Jun 2008. Harapan aku semoga semua URESSIAN dapat menghadirkan diri.

MCJ

Majlis cukur jambul akan diadakan pada hujung minggu ini. Persiapan telah pun dibuat. Preparation untuk wedding adik@ayahchik sedang hangat dijalankan. Pening gak pala aku nih. Mcm aku lak yg nak naik pelamin. Aku tgk pengantin cool jek. Mana x cool kan. Mak ngan kakak kesayangan yg terpaksa berhempas pulas. Nasiblah labuuuu..

KERJA

Beselah, pas MC keje2 sure melambak. Tp aku buat slow2...Cuma ada beberapa perkara yg aku perlu follow up dengan Petronas, JKKP dan sebagainya. Maybe kalau benda yg aku nak tu siap by next week aku leh jalan2 pusing2 pi collect benda alah tuh.


Oklah...aku ada tugas yang menanti. Lenkali cite lagi. Bye..