Wednesday, February 27, 2008

TENAT

Aku masih tenat. Pagi tadi suhu aku 38.5. Aku masuk opis berbekalkan 5 jenis ubat yang doktor bagi semalam. Ada ubat antibiotik, 2 jenis ubat demam, ubat sakit tekak dan ubat selsema. Doktor offer aku nak bagi aku MC tp aku xnak (konon2 baik ler tuh). Aku rasa aku perlu lawan demam nih. Caranya aku kena makan ubat mengikut masa yang ditetapkan oleh doktor. Insyaallah....esok lusa sehat lah aku.

Pagi td aku bangun lambat. Gara2 ubat selsema yg doktor bagi agaknya. 4 jam lepas makan terus pengsan dan cuma sedar kul 645 pagi td. Cam lipas kudung jugak mandi, bersiap, mandi n siapkan kakak serta prepare breakfast utk hubby n kakak. Nasib sempat sampai opis kul 804. Kat opis nih kalau sampai before 806 x perlu ganti. Dengar citer Puchong ribut malam td. Buktinya pokok2 kat depan opis aku ada yg sampai tumbang. Ntah...aku x sedar satu apa pun. Syok tul tido.

Aku breakfast nasi lemak arinih. Hasil ihsan despatch aku. Aku jarang amik breakfast, sebabnya malas nk pi beli. Tp arini aku kena amik breakfast gak sebab nak makan ubat sat lg.

Apa citer forum ek? Aku x sempat masuk pun mlm td. Ptg semalam jek masuk 10 minit. Kot ada apa2 penting sila sms aku ye.

Oklah....aku nk rehat sambil selak2 paper dan makan nasi lemak.


Update as at 11.06 a.m.

Demam aku makin kuat. Dah 39 darjah. Nampaknya aku kena balik rumah. Mata aku pun asiklah nak terlelap jek penangan ubat selsema. Aku kena mintak org htr kan aku balik ke rumah. Keter aku hubby akan setelkan pas dia jemput kakak nanti.

Tuesday, February 26, 2008

ANGKA 40 – TIPS BUAT ISTERI

Aku x berapa sehat arinih. Batuk dan selsema. Tp aku kejer gak. Segan nk MC sebab baru je MC last week gara2 menjaga Baby Afiq. Kepala aku nih berdenyut2. Hidung lak tersumbat. Tekak pun pedih. Adehh...mmg x semangat lansung. Tp bagi aku, kot aku x sehat xpe, janji suami dan anak2 ku sihat walafiat. Aku x sehat pandai lah aku jaga untuk recover cepat.

Aku xde benda nak update sgt arinih. Lagipun aku mungkin keluar sat gi. Kena htr contract document utk di stamping kat lawyer. Lepas tuh nk htr document yg sama ke Petronas Twin Tower. Kot sehat blh gak bersiar2 di KLCC. Rasanya x kot sebab aku mmg xlarat sgt nih.

Aku dpt email ni pagi td. Tersengeh sensorang lak aku baca. Kot nk share menyengeh ngan aku layan lahh...Tp jgn marah tau sebab agak panjang sikit lah. Tp boleh gak diterima pakai oleh kita sama2.

Renungan bagi yg sudah mencapai 40 dan persediaan bagi yg belum. Bagi yg belum kahwin, print and masuk dalam file utk dibaca kemudian hari.

” ANGKA 40 membawa persepsi yang berbeza terhadap lelaki dan wanita. Bagi lelaki usia 40 dianggap sebagai permulaan hidup baru, semangat baru, semakin matang. Bagi wanita usia 40 dikaitkan dengan perkara-perkara negatif, dan selalu dikaitkan dengan musim saham mula menurun Bukan berniat merendahkan orang perempuan, jauh sekali untuk memperlekeh kaum wanita. Cuma saya ingin bercakap perkara yang betul di depan mata. Satu hakikat perihal Adam dan Hawa.Macam mana pun golongan pejuang wanita menegaskan tidak ada beza antara lelaki can perempuan, saya tetap berasa ada perbezaan yang jelas. Ini bukan soal fizikal - yang memang jelas ada bezanya - tetapi ciri-ciri lain yang menyebabkan Leha dan Leman tidak serupa.Sebenarnya, awal-awal sudah berbeza. Dari segi tahap kematangan semua orang mengakui perempuan lebih cepat dewasa berbanding lelaki. Anak perempuan baligh lebih awal dari lelaki. Ada gadis yang mula haid seawal sembilan tahun. Sebaliknya, ada lelaki yang sudah masuk usia 17 belum ada apa-apa.Mereka yang mempunyai anak-anak lelaki dan perempuan boleh melihat hal yang sama. Baru darjah enam anak perempuan sudah boleh diharap mengemas bilik tidur, mencuci pinggan mangkuk, membancuh susu adik. Anak lelaki sudah tingkatan tiga pun masih tidak tahu apa-apa.Sebab itu orang putih kata, kehidupan seorang lelaki bermula pada usia 40 tahun. Konon, pada usia ini lelaki menjadi lebih matang, tepat membuat keputusan, bijak memberi cadangan, lebih penyayang, lebih prihatin, lebih itu, lebih ini.Hanya satu yang tidak sedap, malah tidak adil: konon pada usia 40 inilah degree kemiangan lelaki dikatakan semakin meningkat!Miang, gatal, merenyam, mentel, gelenyar... banyak lagi istilah-istilah (maaf, sesetengahnya tidak sesuai disiarkan sebab kedengaran kurang sopan) yang seerti dengannya untuk menggambarkan perangai lelaki setelah melewati usia empat puluhanOrang perempuan selalu memberi alasan yang serupa untuk menguatkan andaian bahawa lelaki memang miang. Antaranya, yang paling biasa: suami mula menjeling wanita lain, suami mula main kayu tiga, suami kahwin baru.Bukanlah hendak menyebelah lelaki, tetapi pada hemat saya andaian seperti itu adalah rambang, dan sekali gus tidak adil. Sebab, bilangan suami yang main kayu tiga, atau membuka 'cawangan' baru adalah kecil, terlalu kecil. Mungkin yang jeling-jeling wanita lain ramai, tetapi percayalah jelingan itu tidak membawa apa-apa mudarat Lagi pun ada sebab suami menjeling wanita lain. Maaf cakap, ketika suami mula 'meriah habis' pada usia 40, wanita pada usia tersebut dikatakan mula mengendur dan 'dingin' dalam banyak hal. Sebenarnya, ini diakui sendiri oleh ramai wanita, sebab itu mereka tidak suka usia empat puluhan disebut. Pendek kata, angka 40 membawa persepsi yang berbeza kepada lelaki dan wanita. Bagi lelaki, usia tersebut dikaitkan dengan kematangan can kehebatan, bagi perempuan, usia tersebut sering digambarkan sebagai peringkat saham menurun. Kalau ada suami yang mula menunjukkan tanda-tanda 'keriangan' luar biasa, saya ada panduan untuk isteri menyekat suami main mata dengan orang lain. Kaedah ini tidak ada dalam buku motivasi suami-isteri, tetapi boleh dicuba. Pertama, layan suami seperti biasa. Hangatkan suasana dengan kata-kata yang memberangsangkan. Contoh: "Fuhhh, misai abang sekarang tebal semacam, kita tengok pun geram!" Atau: "Abang sejak minum kopi herba tu, kita rasa luar biasa!" Kata-kata seperti ini boleh membangkitkan semangat, dan suami merasa dihargai. Tetapi jangan cakap sahaja, isteri patut buktikan dengan perbuatan. Jika hanya pandai memuji misai, tetapi di bilik tidur isteri rebah dan tidur macam tunggul, pujian tentang misai itu tidak bererti langsung.Tidak guna menyiapkan kopi dengan tujuh ramuan herba, sekiranya di katil isteri berdengkur kuat seperti bom, tanpa sedikit pun menghiraukan perasaan suami yang seperti gelora tsunami. Masalahnya ialah wanita pada usia 40, lebih-lebih lagi yang sudah beranak ramai, sudah mula dingin seks. Bukan putus haid, tetapi mula tidak berapa minat mengadakan hubungan kelamin. Mungkin sebab kesibukan di pejabat, atau letih melayan anak-anak sepanjang hari di rumah, isteri menjadi pasif di katil. Letak sahaja kepala di bantal, terus berdengkur.Pada hemat saya, tanpa mengira usia, isteri patut bijak melakukan reaksi-reaksi hangat semasa berdua di kamar tidur. Mungkin boleh cuba urutan cakar harimau yang popular itu. Sambil mencakar boleh bergurau senda, dan puji-puji tentang misai.Kalau cakaran harimau sudah mengena, suami yang letih menjadi segar semula. Pasti suami akan membalas dengan cakaran kucing jantan. Bayangkan apa akan terjadi apabila cakar berbalas cakar. Tentu harimau akan mengaum. Amaran: hati-hati sekiranya isteri berkuku panjang dan tajam, takut tersilap cakar luka pula kulit belakang suami. Akibatnya, suami berasa kesakitan dan mungkin menggunakan tendangan kambing gurun hingga isteri terpelanting bawah katil! Kedua, isteri mesti terus bergaya. Sebenarnya wanita pada usia 40-45, masih cantik dan menawan. Masih anggun dan mempesona. Memanglah tidak 'cun-melecun' seperti gadis belasan tahun lagi 'trang-tang- tang'. Tetapi sekiranya bijak mendandan diri, suami pasti tidak menjeling pada orang lain.Masalahnya ialah sesetengah isteri, terutama yang menjadi suri rumah sepenuh masa, tidak menghiraukan soal keterampilan diri. Tidaklah selekeh, tetapi kurang mesra alam. Rambut tidak disisir, menggerbang macam langsuir atau penunggu pohon beringin dalam Misteri Nusantara. Dahi berkerut, bibir berkedut. Tanpa bedak, tanpa gincu. Pipi pun berminyak semacam. Sudahlah begitu, pakaian pun asyik kain batik lusuh dengan t-shirt Pagoda leher bulat yang ketiaknya terkoyak sedikit. Ini sudah menjadi uniform tidak rasmi suri rumah yang tidak berseni. Sesetengahnya langsung tidak berbaju, hanya berkemban. Sudahlah berkemban, bulu ketiak pn tak sempat digunting, betul-betul macam ibu si Tenggang. Percayalah, kalau rupa seperti ini yang dilihat oleh suami setiap hari, belum masuk usia 40 tahun pun suami sudah menjeling wanita lain. Jika hari-hari melihat puntianak atau ibu si Tenggang, suami pun berasa muak juga. Suami pun hendak melihat benda-benda indah. Bagi yang bekerja pula waktu pergi ke pejabat berdandan cantik dan harum semerbak (bukan ke dalam islam tu isteri kena berdandan untuk suami?ini idak berdandan cantik sb keluar rumah) tapi bila balik kerja terus ikat rambut serupa siput babi lepas tu tukar baju kelawar. Mak oi..buruknya sb baju tu tak ada cutting langsung klu badan gebu montok pun nampak gemuk apalagi klu badan tu berisi dah nampak mcm yusni jaapar gamaknya… klu yg kecik molek pulak nampak katek sb baju tu kan gedobos. Cubalah pakai baju yang nmpak sikit bentuk tubuh tu mcm t-shirt sendat kain cotton jadi taklah berpeluh masam dan nampak mcm minah terbang pakai baju tu. Pakai seluar tack bottom yg ala2 elle tu baru berapa hinggit kat Tesco tp jangan pakai seluar yg longgar gedobos..buruk rupanya. Lps tu klu malam nak tidur tu tukarlah baju tidur yg daring sikit..pastu sembur “pleasure” baru bersemangat cik abang nak peluk. Sebenarnya, mendandan diri bukan susah sangat. Lagi pun kebanyakan suami tidak cerewet sangat Suami tidak mengharapkan isteri menyambutnya dengan pakaian berjenama antarabangsa, atau jari lentik dengan kuku berwarna, bibir merah dan basah berkilat, rambut ikal mayang teknik rebonding, alis lentik bagai penari Mak Yong. Apa yang dikehendaki oleh kebanyakan suami ialah penampilan seorang isteri yang kemas, sopan dan kelihatan manja. Jangan lentuk sangat, suami naik lemas pula. Rambut perlu disisir kemas, pada hari-hari tertentu (petang Khamis umpamanya!) boleh letak bunga ros dikepala. Tetapi, jangan pula terlebih hingga pacak bunga manggar di kepala. Nanti suamiingat isteri sudah sewel.Pipi patut dihias supaya tidak nampak berminyak macam mamak jual capati. Kalau tidak mampu pakai bedak yang berjenama, bedak biasa pun boleh, asalkan disapu dengan kemas. Jangan asyik lumur dengan bedak beras sejuk sehingga wajah kelihatan seperti wayang China purba! Tidak salah menyambut kepulangan suami dengan haruman. Semburlah pewangi yang boleh membangkitkan semangat. Kalau tidak ada pewangi pun gunakanlah haruman ash dari bunga cempaka, melur, kenanga atau lain-lain bunga wangi. Kalau pun teruk memasak di dapur pastikan bau serbuk kari, sambal belacan, budu, atau bau ikan pekasam goreng tidak melekat di tubuh. Amaran: jangan sekali-sekali ada bau semburan ubat lipas atau kapur barus pada tubuh. Mati selera suami. Ketiga, mesti selalu senyum. Sambutlah suami dengan senyum paling manis. Senyum yang ikhlas, dan bukan dibuat-buat. Ingat, orang lelaki dapat membaca antara senyuman ikhlas dan senyum palsu. Tetapi, jangan tersengih tidak tentu pasal, nanti suami ingat isteri tersampuk puntianak sundal malam.Tidaklah diharapkan isteri mengurut-urut bahu atau dada suami sebaik masuk ke rumah, lebih-lebih lagi di hadapan anak-anak. Memadailah isteri menegur: "Abang nampak letih, boleh kita ambilkan air? Abang nak air sejuk atau air panas?"Tetapi, jangan pula memberitahu suami benda-benda yang mungkin mematikan semangatnya, seperti: "Tadi ada orang datang, dia kata abang dah tiga bulan tak bayar ansuran kereta, betul ke?" Atau: "Orang sebelah tu beli TV 29 inci, boleh tak kita beli yang 36 inci?"Keempat, etika di bilik tidur. Ini paling penting, sebab bilik tidur adalah tempat rehat bagi suami isteri. Tempat tidur mesti selalu kemas dan menarik. Semburkan haruman supaya semerbak sepanjang malam. Sesekali taburkan bunga-bunga wangi di atas tilam. Barulah bersemangat untuk cakaran harimau atau cakaran kucing.Malangnya, bagi isteri yang sudah melewati empat puluhan, bau haruman di kamar beradu biasanya tidak dihiraukan lagi. Tidak ada bau minyak wangi, seperti zaman baru-baru kahwin dulu. Apa yang memenuhi bilik tidur sekarang hanyalah bau minyak angin.Bilik tidur penuh dengan beraneka minyak angin. Penjuru katil ada minyak lenguh sendi, tepi bantal ada minyak sengal tulang, atas tilam ada minyak pening kepala, bawah katil pun ada minyak semput.Walaupun sudah lenguh sana-sini, minyak-minyak itu bukan di kamar tidur tempatnya. Kalau setiap malam hidung suami tersumbat bau minyak angin, matilah seleranya untuk mencakar. Ini yang isteri kena faham.Selamat mencakar ..... Aummmm !!!! “

Sekadar buat renungan semata – mata….terpulangla pada tafsiran msg2….yg penting ayat2 dlm warkah ni aku x tahan…klaka sey…ehhehe.. ….

Friday, February 22, 2008

UPDATE TERKINI (21/02/08)

Pagi ni jem gilerr. Kat Bukit Puchong lg aku dah stuck. Kebetulan aku dgr era, so aku dimaklumkan oleh juruhebah bertugas bahawa terdapat satu kemalangan berdekatan dengan IOI Mall. Yg herannya accident kat Puchong Jaya, tp awatlak sampai Bukit Puchong yg jem ek? Beselah org Malaysia, xde keje lain. Bizi body (termasuklah aku gak kengkadang hehehe). Akibatnya aku sampai opis kul 845. Nasib bukan aku sorang je yg lewat, ramai lg, tp lam ramai2 tuh aku lerr plg lewat sekali. Nak wat cemana...dah rumah aku yg paling hujung dunia kannn.

Tp kakak n hubby x berapa teruk sgt perjalanan derang sebab aku sempat maklumkan pada Babah dan mintak dia ikut jalan dalam kat Bt 14 tuh. Lagipun Babah kena cepat sebab nak terus ke Lumut pagi nih. So kakak sempat gak jejak kat sekolah before loceng bunyik. Dan yang paling x patut derang berdua leh gelakkan aku sebab aku lom sampai opis pun time derang sampai sekolah kakak tuh. Sungguh kurang assamm lebih garam.

CITER BABY AFIQ

Alhamdulillah, Baby Afiq dah boleh merangkak dengan jayanya ptg semalam. Kalau sebelum nih dok tertonggek2 jek aku tgk. Kesian pun ada sebab dia beria2 sgt prektis. Sampai bengis2 muka n nangis kot x dpt buat. Apalah anak bujang mama nih. Buat malu jek nangis. Yg plg aku x tahan dia sanggup x tido walaupun mata dah ngantuk semata2 nak prektis merangkak tuh. Tp berkat usaha nya yg x putus2 tuh dia dah boleh angkat dah badan dia yg agak debab tuh. Tp merangkak yg x bergerak lg lah. Babah siap ajar dia pasang kuda2 lagi biar kukuh sikit. Hehehe. Cuma aku risau takut dia tertumus jek nanti. Ada cara x ek nak elak dr tertumus nih... By the way berat Baby Afiq skrg lebih kurang 7.6kg. Tinggi lak aku x igt bape. Minum susu aku lg buat masa nih. Tp rasa2 next month aku dah nak start campur sikit ngan formula. Aku x larat lah..sebab dia dah pandai gigit2. Stok pun makin sikit. Dahlah minum susu cam peluru. Sampai kering kontang dah aku rasa badan aku nih.


CITER KAKAK DANIA

Kakak cam bese, menten kurus tinggi. Xtau ikut gen sapa. Kot aku ngan hubby dedua kemetot. Makin byk cakap n dah pandai buat lawak ala2 Mr Bean (pujaan ati kakak tuh). Boleh gaduh ngan aku tuh kot aku x bg tgk Mr Bean tuh. Aku bukan apa, kdg2 kembang tekak tgk pangai Mr Bean yg x senonoh tuh. Malam td Kakak ada homework, awal2 lg dia dah warning Babah suruh balik awal sebab nak buat ngan Babah. Bagus gak tuh. At least bila anak2 dah start membesar nih mak2 x pyh buat keje2 camni lg. Nak2 lagi kejer suruh bapak balik cepat kan. Sume anak yg tolong buatkan. Kakak pun dah pandai mentioned bofren etc. Waduhh...dan yang paling x tahan dia penah kata bapak classmate dia tuh lawa (hensem ler kot maksud dia tuh). Macam2 ler anak dara aku nih.



CITER BABAH

Babah ke Lumut arinih. Good Luck to Babah. Kami semua menyokong Babah dr belakang.

CITER AKU

Aku xde citer best arinih. Sebabnya aku rasa nk marah kat admin department sebab scanner aku yg rosak derang still x replace2 lg. Dah rosak 5 bulan tau. Dan dah 2 bulan aku request beli yg baru. Agaknya nak tunggu scanner tuh turun dr langit kot. Aku xde hal, jgn kata aku x buat keje n x replace pulak cert2 yg dah expired dalam company profile tuh nanti.

Pas jemput dan hantar kakak ke daycare tghri td aku menuju ke Pulau Indah. Ada barang yg perlu aku collect kat sana. Almaklumlah aku ni despatch x bergaji kan. Tp arini aku buat keje dengan iklas, xde marah2 sebabnya aku sendiri dah sedia bosan dok kat opis dengan ketiadaan kedua2 boss aku tuh. So aku amik peluang yg ada ni untuk bersiar2 kononnya lah. Tp gigil jugak kaki bila lalu kat jambatan dekat2 wesport tuh td. Aku nih memang dah sedia gayat. Nasiblah keter auto. Cuma perlu tekan minyak jek. Kot x ada harapan keter x jalan td. Aku sampai opis kul 4.30 ptg, tp aku still kena balik lewat sikit lah. Sebabnya pagi td kan ke aku lewat masuk opis..so aku kenalah ganti 45 minit tuh balik. Kot x gaji aku kena potong ler 45 minit jawabnya.

Oh ya, td pas htr kakak kat daycare, aku nyaris2 disaman pak polisi gara2 x memakai seatbelt. Aku kuar je ke jalan besar before buat uturn kat bukit puchong 2 tuh aku mmg dah perasan ada polis kat sebelah aku. Hati aku dah terdetik yg dia mungkin nampak aku ni x pakai seatbelt. Aku pun buat muka seposen. Polis tuh dah signal ke kiri, konon2 nak tunggu aku kat depan ler tuh. Elok2 je beberapa meter dari tempat polis tuh berenti ada simpang masuk ke taman perumahan. Kebetulan aku yg mmg dah sedia bg signal kekiri (sebab nak u turn kan) terus masuk ke kawasan perumahan tuh sambil buat muka x bersalah. Hahahah...sebenarnya dalam ati kecut jugak. Terus aku ikut jalan bt 14 dan turun ke LDP melalui Bandar Puteri.

Kedai brg nikah kawin (aku lupa ler nama kedai tuh apa) tuh dah kol aku td. Dia ckp brg yg aku pesan dah ready. Nampaknya wiken nih kena jugak aku pi amik sekejap. Tp lecehlak pulak sebab aku nak balik kg lepas keje sabtu tuh. Xpun minta hubby jek yg pi amik kan esok ptg. Tapi suruh org jantan nih leceh sikit lah. Tgklah cemana....ada masa lagi kan. Leh pikir2 lg.


p/s : bosannya nak menghabihkan 45 minit for nothing nih. Cam hampeh raso eh....

Thursday, February 21, 2008

WENG WENG

Arinih aku weng weng sikit. Malam td aku tido kul 3 pagi gara2 tolong hubby prepare power point slide utk presentation dengan TLDM Lumut hari khamis nanti. Maklumlah aku ni master in power point. Kot nak compare ngan hubby lerr. Ngan org lain x ler kot. Ikutkan hati malas gak nak tolong sebab last minit punya kejer. Aku bukan suka sgt nak berjaga tetengah malam nih. Nanti pala aku jadi sakit. Bila pala sakit, minda jd x betul, bila minda x betul of courselah jadi weng weng n rasa nak marah je. Tp memandangkan yg mintak tolong tuh laki aku kann...plus project yg dia nak bid nih bukan calang2 project. Dan aku mengharapkan kejayaan atas project nih. Kot laki aku senang sapa gak yg leh tumpang kan..Sudah tentulah akhaakkk jugak. So redha jeklah malam td, tp sekurang2nya leh refresh memory aku gak sebab lama gak x buat slide2 besar-besaran cengginih. Last aku buat tahun 2003 waktu tuh opis aku nak bid utk dapatkan project GDC kat putrajaya tuh lah.
Bagi aku, aku akan sentiasa mendoakan kejayaan suami aku. Aku mmg nampak kesungguhan dia dalam apa jugak yg dia buat. Mcm project yg lepas2 tuh...profit yg hubby dpt sedikit sebanyak membantu jugak dalam mengkambus hutang rumah kami. So kini kami bebas dr hutang rumah tuh. So x bersyukur ke..susah payah hubby terbalas jua akhirnya. Dan harapan aku semoga project2 yg akan dtg akan membantu kepada pengkambusan hutang2 lain pulak. Mengarut dah perkataan2 yg aku guna dah nih...
Ohya..nasib baik boss aku dedua still x masuk lg so aku leh curik2 tido kat surau. Sorang dah balik dr Cambodia tp mc pulak. 3 ari dgr khabarnya. Sakit sgt ke dia ek? Smlm time aku MC dgr citer, ada pulak dia masuk opis sekejap sain dokumen2 penting. (termasuk insentif utk project department – yg nih xtau ada utk aku ke x sebab aku pun still ada contribute sikit effort aku kat project department last year rasanya walaupun x secara official...ngehngehngeh..) Yg sorang lg x masuk opis tp pegi site ofis kat melaka. Kenapa dia x nak bwk aku sekali ek...buleh gak aku pi jumpa Badut kat Asmavilla. Lama x jumpa Badut nih. Cemanalah agaknya si badut sekarang. Dut...ko x rindu aku ke? Kat 8 taun kita x jumpa kannn...last jumpa kek sunway pyramid.

p/s : sunnguh x sbr nak tunggu dinner uressian….kot2 lah aku leh cepatkan jam tuh kannn...

p/ss : baru pas tipon sally diskas nak pakai baju apa time dinner nanti...lupa lak yg sally tgh pregie so xkan lak aku nak join dia pakai baju pregie lak kann...

p/sss: aku dah 5 kali bersin masuk ni. Nampaknya penyakit selsema badut dah menyerang aku. Bezanya idung aku xde lah semerah hidung badut. Nama pun Badut kannn..mestilah merah hidung. Kot x merah mana blh jadi badut. Glemer sungguh badut kat entry aku arinih. Tuler dut, ko suke sgt aku update kan..ngan ko skali aku updatekan.

Wednesday, February 20, 2008

MC LAGI

Semalam Baby Afiq cirit birit. Kesian dia. Aku kol mak, mak kata jgnlah risau sgt, nak beralih bulan tuh namanya. Tuh kata mak lah. Bwk pi jumpa doc Syed Nazir pulak dia kata benda tuh normal pada Baby Afiq dlm usia cenggini. Tu namanya proses penyesuaian penghadaman bg usus kecik n usus besar. Aku kurang sikit lah risaunya. Aku nih kalau anak sakit mmg x tentu arah rasanya. Sume keje xleh buat. Alhamdulillah, doc Syed bagi aku MC untuk jaga n monitor Baby Afiq kat rumah.
Menjelang pagi tadi aku tgk Baby Afiq dah kurang sikit selepas aku bg ubat sume kat dia. Aku pun terasa nak pi jalan2 ke OU. Serba salah nak tinggalkan Baby Afiq or nak bwk. Kol Babah, babah kata ikut mama lerr...so aku decide bwk jeklah mamat tuh. Sian pulak sebab aku dpt MC pun sebab dia. Xkanlah nak jadi kacang lupa kan kulit lak kannn..Penyudahnya, aku hangkut jugaklah dia.
Hasil tuaian aku, aku dpt beli beberapa psg kasut (kasut lagiii bak kata hubby). Aku nih kot suka kan 1 design nih aku akan beli 2 ke 3 pasang dgn kaler yang berlainan. So aku borong kasut2 tuh kat kedai murah jek. Jenama Nose. Yang pastinya mmg tinggi lah. 4 ½ inci. Ngeh.ngeh..ngeh.. Cop... nak update sikit bab sale kasut nih. Kat La primavera alamanda ada sale kasut sampai 70% hingga hujung bulan nih. Kasut jenama clarks utk lelaki pun ada. Pompuan xde ye...hanya LELAKI. Kot ada perempuan punya dah lama aku rembat. Utk Clarks 50% je kalau x silap. So dalam 150++ gaklah. Lagipun kot x sale lam 300++ gak kan rega dia. By the way aku dah rembat 1 utk hadiah besday hubby April nih.
Baby Afiq pun dpt gak jumper suit from Hallmark. Kaler oren lagi. Alamk silaulah mata org yg memandang. Kekekeke. Siap makan sume pi paksen carik sepasang lg flower girl dress utk kakak ngan kemeja untuk Babah. Setel sume kami balik kepenatan. Baby Afiq sampai rumah tertongeng tido. Mana xnya malam td x berapa sehat sgt kann..so tido pun x berapa nak lena kot. Baby Afiq tertonggeng mama pun join sekali..best tul dpt tido sebab dah lama x dpt tido siang nih.
Kul 4 camtu, htr Baby Afiq kat daycare sat sebab mama nak kena htr keter pi servis. Siap sume, jemput Baby Afiq n Kakak Dania kat daycare n bwk derang pi main buaian kat taman depan rumah sementara tunggu Babah balik dr opis.

Sunday, February 17, 2008

MCJ PREPARATION (Part 1)

Seperti dalam perancangan aku, arini aku akan pi KL (Jalan TAR & Masjid India) untuk membeli keperluan bagi Majlis Cukur Jambul (MCJ) Baby Afiq. Aku gerak dr rumah dalam kul 8.00 pagi (sebab member aku kol malam td inform yang kemungkinan besar jalan jem giler) Memula aku plan nak ikut federal highway tp memandangkn jem teruk so aku decide ikut NPE jelah. Aku sampai lebih kurang kul 9.30. Aku parking kat Maju Junction memandangkan aku nak beli baju (untuk wedding adik) kat butik kat Maju Junction tuh. Lepas parking aku pun menapak ke Jalan TAR ngan Masjid India. Last week member aku Lyein ada inform yg ada kedai buat jualan murah untuk barang2 nikah kawin nih. So aku mmg target nak ke kedai tuh jelah. Setelah puas mencari, at last aku jumpa kedai yang dimaksudkan. Mmg tgh buat crazy sale. Aku pun carik bunga telor untuk MCJ dan wedding adik sekaligus. Senang nanti kann, x payah nak pi byk2 kali. Ada jugak yg masih x lengkap sebab kehabisan stok dan aku dah mintak kedai tersebut prepare dan aku akan amik end of the month nanti. Pastu aku singgah MYDIN untuk carik Surah Yassin untuk diberi pada mereka pada MCJ nanti.
Selesai tuh semua aku pun ke Maju Junction dengan tangan yang agak sarat. Ingat nak singgah SOGO sebab ada sale tp x jadi sebab aku dah x larat nak pikul2 sume tuh. Ohya lupa nk bgtau yang suami tercinta x ikut aku sebab dia ada golf tournament (yang x menang pun) pagi tuh kat Bukit Unggul.
Sampai Maju Junction, ltk sume barang2 lam keter pastu baru leh survey baju yang aku nak beli tuh. Aku pilih baju Kurung Pahang ataupun sesetengah org panggil Pesak Gantung untuk majlis tuh nanti. Melayang jugak hampir RM400 (lepas diskaun) untuk sepasang baju tuh. Siap dengan selendang lagi okehhh. Mmg glems abis mak arituh nanti. Hahaha...
Setel sume aku balik ke Puchong. Aku sampai lebih kurang kul 3.30. Hubby ngan anak2 sedang menantikan kepulangan aku. Sampai rumah, prepare apa yg patut dan bawak anak2 pi pusing2 Putrajaya.
Oh ya...aku x pi pun Dinner yg aku ckp tuh. Resonnya aku malas n ntahlah...xde hati nak berjalan2 kot time Baby Afiq kecik sgt nih. Maybe next time. Tp pocket money yg company bagi tuh aku rembat gak..Hahahhaa..sebabnya boss aku suruh rembat so aku rembat je lerrr. Sapo xnak kann..

Update terkini : mak aku baru tepon, nampaknya MCJ Baby Afiq terpaksa dibuat seminggu awal sebelum wedding adik. Reasonnya sebab belah pompuan minta tukar date utk majlis rumah derang. Kalau ikutkan sebelum ni derang nak buat awal seminggu iaitu 8hb March nanti tp terpaksa dipospon ke 15hb sebab mengundi. Nampaknya Majlis Baby Afiq pulak yg jadi mangsa. Nak marah gak rasanya tp x tau nak marah kat sapa. Kat family belah pompuan ke nak marah kat ”tut” sebab gatal2 last minit inform nak pilihanraya. So Majlis utk Baby Afiq akan berlansung pada hari mengundi. Nasib brg2 sume dah selesai dibeli. Kot ada pun yang tertinggal cuma tinggal nak pi amik jeklah tp dah siap2 order. Tetiba jek perut rasa lapar sebab nak marahhh..

Saturday, February 16, 2008

SAKA

Aku dan Kakak berkongsi kegemaran yang sama iaitu suka menonton cerita seram walaupun aku ni sebenarnya xdelah seberani mana. Tapi aku suka, puas rasanya kot dapat habiskan cerita tuh. Kalau dulu aku kat TV3 aku follow Susuk, habis berganti ngan Anak Pontianak dan sekarang pulak SAKA. Kat Astro pulak ada gak citer SAKA, Nek Nak, Misteri Long Piah (betul ke aku tulih nih) dan macam2 lagi lah. Tp hubby x bape suka sgt, so kalau aku ngan kakak tgh tgk citer tuh dia pi layan bola dalam bilik. Sekali sekala dia tgk gaklah. Tp yg x bestnya hubby nih, walaupun dia x suka tengok tp dia suka suruh aku citer kat dia pulak. Aku nih bukan nye ada bakat bercerita sume nih. Kot aku citer balik kat dia pun byk yg aku potong2. Kdg2 aku tipu jek kes nak cepat abihkan sesi bercerita ngan dia tuh. Malas aku, bukan dia tau pun kot aku tipu dia psl citer tuh kan.

Bercakap soal SAKA ni, korang percaya x benda nih? Aku nih bukan apa. Susah sikit nak terima benda2 cenggini. Tp realitinya aku rasa mungkin benda nih blh dipercayai kot. Ntahlah... Tp aku suka x pikirkan sgt benda2 nih sebab malas lah aku nak layan. Xde kepentingan bagi aku. Hubby ada mentioned yg keturunan dia pun ada SAKA nih. Dia kata SAKA Harimau. Berdekah2 ketawa aku, aku cakap aku caye tuh...sebabnya dia mmg cam rimau kot tgh marah. Hehehhe...

Btw, Aku dpt email ni pagi semalam :


Hi Nor Aziha,

Sorry for the delay in informing you of the Hiap Seng Dance & Dinner 2008 - ' Theme Around The World '.

The details is as follows:

Date : Feb 16, 2008
Time : 6.30 sharp
Place : Hotel Hilton, Grand Ballroom, Level 3
Dress Cod : Native Costume ( Fancy & International )

Best Regards
Belinda Koh


Ada Annual Dinner Invitation from parent company aku (Hiap Seng Co. Ltd) kat Singapore. Aku dah hampir2 lupa dah benda nih. Sebabnya derang bgtau benda nih sebulan yg lepas + aku bizi ngan arrangement bosses aku yg nak ke Cambodia lah, itulah inilah. Yang minah nih pun x remind aku. Aku x carik pun apa baju yg nak dipakai nanti. Aku rasa cam malas jek nak pi. Perlukah aku bagi alasan pasport dah expired ek? Nanti derang cek pulak. Accomodation sume co sediakan. Maknanya aku leh lah kot nak bawak family. Cuma time dinner nanti aku xlehlah bwk derang sebab majlis nih utk staff jek. Aku ber3 jek dari opis nih. Adeiii..fenin nak carik baju.

Aku nak ting tong jap lah…nak pikir nak pakai baju apa n alasan apa yg aku nak bagi kot2 aku rasa malas nak pi. Tp series aku ckp…mmg aku xde hati langsung nak pi. Ntah kenapa ntah, selalunya kot ada benda2 cenggini aku yg menggeletis dulu. Sesuatuh!!



p/s : terngiang2 kt tinge aku psl hubby ckp keturunan dia ada SAKA harimau. Dia series ke ek? Kang tetiba lak aku tido malam ada rimau kat sebelah. Huhuhu...siapalih weiii...seram aku. Meremang bulu roma.

p/ss : lagu nih ditujukan khas untuk BADUT dan para URESSIAN yang lain;

sekolah kami SMUR
megah tersergam indah
usaha melahir anak bangsa
rajin maju berjaya

berdisiplin diri amalan kami
hormat menghormati sentiasa
jasa pendidik kami kenang
moga dilanjutkan usia

sekolah kami SMUR
megah tersergam indah
usaha melahir anak bangsa
rajin maju berjaya
rajin maju berjaya


p/sss : sila hafalkan lagu ini untuk dinner uressian nanti okey. Ni dikira password utk masuk dewan, kot x, xleh makan tau.

Friday, February 15, 2008

ACCIDENT

Melampau tul aku arinih sampai 2 entry lak. Aku dapat call lebih kurang kul 1.45 ptg tadi dari member baik aku masa kat Sedia Raja dulu. Salin* namanya. ”Along, mak ngan ayah akak accident” Haaa....mmg terkejut ler aku. Semua benda kot boleh nak tanya serentak kuar mulot aku nih. Hasil perbualan aku dan Salin* yang ku panggil akak aku dpt tahulah details accident tuh. Mereka sefamily (kecuali Salin*, suami dan anak2) dalam perjalanan ke Kajang untuk proses meminang (yang nih aku x pasti sapa sebab Salin* tgh menangis waktu citer ngan aku td). Kejadian berlaku di Pedas, dekat kuil hindu sebelum JPJ Pedas tuh. Kira2nya berdekatan ngan Wetworld Air Panas Pedas lah. Mereka yang menaiki van dirempuh oleh sebuah Wira dr arah yang bertentangan. Pemandu Wira tuh mati di tempat kejadian manakala pemandu van iaitu ayah Salin* serta mereka yg berada dalam van cedera parah. Salin* yang juga ingin menuju ke destinasi yang sama pada masa kejadian tersebut masih dirumah dan baru sahaja hendak memulakan perjalanan dengan kenderaan yang berasingan.

Dari perbualan aku dan Salin*, aku dpt tau yang mereka yang terlibat yang berada dalam van semuanya cedera parah. Ada yang patah kaki, jari etc, pata tengkuk, kepala kena masuk besi dan macam2 lagilah. Salin* yang sedang menghubungi aku skrg pulak sedang demam panas. Maybe sebab tekanan kot. Kesian sgt aku dgr.

Kejadian ini berlaku pada Hari Sabtu. Keluar paper sebenarnya dan hubby beli paper tuh tp aku x sempat khatam paper tuh last week sebab aku sibuk sgt menjaga anak2 yg x sehat dan mengemas rumah kampung. Sapa nak baca blh refer kat page 14 kot x silap aku. Paper Mingguan Malaysia. Harian Metro pun ada kot x silap ari Ahad or Isnin. Tp kata Salin* byk yg telah ditokok tambah dalam kedua2 paper tuh.

Aku Cuma boleh mendoakan kesihatan family Salin* dan berharap semuanya sembuh segera. Insyaallah, aku akan melawat mereka di Hospital Tuanku Jaafar Seremban minggu sekiranya xde halangan.


p/s : Pada Salin*, banyak2 bersabar dan berdoa ye.

HAPPY VALENTINES DAY

Happy Valentines Day to everybody. Aku x celebrate pun benda nih tahun ni. Saja jek wish bodo2 kat orang. Yelah...tgk org celebrate cam best gak. Pi dinner ngan bf la, ngan hubby la. Aku jek yang xde pape. Aku ngan hubby just celebrate besday kitorang ngan besday anak2, wedding anniversary selain besday mak pak kitorang jek. Kot ada pun agenda untuk Valentines Day maybe Cuma kuar makan2 je kot. Xtaulak kot arinih ada kejutan buat aku kan.

Citer Aku

Semalam aku pi Pasar Malam. Ada pasar malam dah kat area rumah aku. Xdelah best mana, man man jek. Ekceli dah lama aku ngidam nak makan sate. Last week beli kat PM kat rembau. Cam hampeh rasanya. Mmg xleh nak telan. Ptg semalam nampak pulak ada kat PM rumah aku tuh. Beli lah 10 cucuk, cukup2 utk perut aku je sebab anak2 aku x makan benda nih. Hubby pun kurang, lgpun aku x sure benda tuh sedap ke tak kan...kot beli byk2 kang x bermakan lak. Kot ternyata sedap buleh aku pi beli semula. Bukan jauh mana pun. Balik rumah aku try ler sate tuh. Pun x sedap gak rasanya. Tp ok sikitlah dari PM rembau arituh. Leh telan gak. Aku rasa kena ajak Hubby pi makan Sate Haji Samuri jugak lah. X pyh pi sampai Kajang pun, pi kat Taman Warisan Pertanian Putrajaya pun dah cukup...

Citer Kakak Dania

Kakak ada homework semalam. Tulis perkataan Four in word, tulis no. 4, ngan lukis objek sebanyak 4. Dia pilih nak buat dengan Mama (aku ler tuh). So malam td layan dia buat sume tuh. Nasib Baby Afiq tidur awal semalam. So sempat lah aku ajar sampai benda tuh siap.

Citer Baby Afiq

Aku pelik sikit ngan Baby Afiq malam tadi. Masa aku jemput dia kat daycare cam beselah dia tgh berdukung ngan Cikgu Itanya. Tuh kemestian dia tiap2 petang menikmati panorama sekeliling sekolah. Aku sampai rumah aku letak dia atas tilam depan tibi kat tingkat bawah. Aku nak kunci gate etc. Pastu cam bese aku breastfeed dia dulu kenyang2. Selesai semua kakak minta susu then aku pi bancuh susu kakak. Siap susu aku tgk dia dah tertonggeng tido kekenyangan kot. Part tuh aku ok lg. Sekali tgk dia tido sampai ke malam. Kul 10 cenggitu x sedar2 lg. Aku cek sume ok. Xde demam ke apa. Aku kol Ita, tanya apa dia buat siang td sampai tetido cenggini. Ita ckp dia asiklah bercakap jek siang td, xmo tido. Patutler jadi cenggini. Aku xde hal....lagi ler aku suke sebab byk benda aku leh buat time Baby Afiq tido. Kemas rumah, basuh kain, dan yang terutama sekali Chattinggggg.

Citer Babah

Xde citer untuk Babah malam nih sebab Babah balik agak lambat. Ada dinner ngan client katanya.

p/s : Malam nih kena prepare makan malam awal sebab kul 7.45 mama ngan kakak nak tgk Cinderella kat Disney Channel. Mama siap dah set alarm lagi takut2 terlupa. Blehhh gituu?

Thursday, February 14, 2008

CERITA CERITI

Cerita 1

Malam tadi aku masak dengan jayanya. Aku dpt inspirasi memasak nih selepas membaca blog Kak Ja. Aku masak tomyam ayam (pakai perencah je), ayam goreng, ngan aku buat salad simple utk hubby, x lupa jugak budu kegemaran lakiku. Konon2 nak suprisekan laki aku lerrr sebab lama gak aku x masak. Asik buat sup utk kakak je.


Cerita 2

Cerita nih berlaku semasa aku ke kedai membeli brg2 keperluan untuk memasak tuhlah. Aku nih jarang masak so tiap kali nk masak aku kena beli lah bahan2nya. Selesai membeli tuh, aku pun pimpin tangan kakak sambil dukung Baby sambil bawak bahan2 td. Boleh x bayangkan betapa meriahnya tangan aku time tuh. Sarat beb....tp memandangkan inspirasi memasak tu tiba setelah aku amik anak2 kat daycare kan...so aku terpaksalah hangkut derang sume ke market.

Masuk jek dalam keter kan, aku terus lock pintu (itu kewajipan aku dan aku rasa mmg kewajipan semua org kat dunia nih kot memandangkan dunia kita x bape selamat dah skrg). Tiba2 kan, ada sorang budak pompuan nih tetiba jek nak bukak pintu keter aku dr luar. Fizikalnya lebih kurang baya kakak je. Bersungguh2 dia nak bukak. Geram pun aku ada rasanya. Nak kata kena kejar sesiapa xde lak. Lagipun ramai org kat tempat tuh. Aku pun biasa nampak budak nih berkeliaran dgn adik2nya kat area situ. Tp arituh aku x nampak pulak mak bapaknya. Dia pun sensorang jek time tuh. Aku serba salah, nak gerak je kot terseret pulak budak tuh nanti. Dahlah aku terpaksa drive sambil pegang Baby Afiq, carseat dok lam keter Babah sebab balik n9 arituh x sempat transfer ke keter aku. Aku pun hangin sikit lalu bukak tingkap n ckp ngan dia, ”Adik!! Nak apa nih? Unty nak jalan dah nih. Jgn pegang2 pintu tuh...dah pi balik rumah, kang kena tangkap ngan orang jahat kang baru tau..” Dia pun buat muka seposen n blahh... Dalam hati aku...mana mak bapak dia ek? X risau ke biarkan anak2 sensorang cenggitu? X cukupkah lagi dengan kisah kematian arwah Nurin ngan kehilangan Shailinie yang sampai sekarang x jumpa2 tuh. Pelik tul aku lah.

Aku bukanlah cakap yang aku nih ibu yang sempurna. Tapi sekurang2nya aku cuba menyempurnakan diriku sebagai seorang ibu kepada anak2ku. Aku dan hubby mmg x pernah percaya pada orang luar. Biarlah orang kata kami nih over protektif aku x kisah. Asalkan aku tau apa yang aku buat. Kakak Dania aku masukkan ke CEC Puchong Jaya. Memang agak jauh dari rumah aku. Tapi demi pendidikan anak aku (sebab aku rasa sekolah tu bagus untuk kakak) aku sanggup bersusah sikit. Pagi hubby akan hantar kakak ke sekolah, tghari pulak aku yg jemput kakak. Aku bernasib baik sebab lunch time aku sama ngan waktu balik kakak. Aku jemput kakak dan hantar ke daycare somewhere kat rumah aku jugak. Bukan aku x pernah try letak kakak sehari suntuk kat CEC sebab CEC pun ada provide daycare after school session. Tp kakak yang xnak. Aku takut memberi kesan kat persekolahan dia lak nanti bila aku cam paksa dia kan. So 2 minggu je dia kat CEC. Lps tuh aku terpaksa lah jemput dia cam biasa. Mmg ramai yg kondem aku, especially rakan2 opis. Antara kata2nya, anak x berdikari lah, aku rush sana sini lah, x freedomlah nak lunch kesana kemari. Aku sikit pun x terasa ati ngan derang. Aku tau mmg agak susah sikit, yelah terkejar sana sini. Tp aku nak buat cemana, aku mmg x percayakan org luar utk jemput anak aku. So kat sini mengajar aku erti pengorbanan lah sikit. Aku xleh lah macam org lain suka2 kuar lunch ke apa kan. Kecuali time cuti sekolah aku relaks sikit.

Aku tau...aku bukan satu2nya ibu yang buat mcm nih....ramai ibu2 diluar sana pun akan buat benda yang sama kalau derang kat tempat aku. Maksud aku kalau derang mempunyai masa dan situasi seperti aku. Yelah, opis aku dekat2 jek ngan rumah n sekolah kakak. Aku beruntung kat situ. Jangan salah paham ngan aku ye. Aku x ckp korang yg x jemput anak2 tuh bukan ibu yg perfect tau. Sume sama, kita try to be perfect for our kids.

Eh oklah...terlampau panjang lak entry nih. Padahal niat cuma nak citer psl aku masak jek tadi. Aku nih kot tulih lelama aku seniri naik bosan. Boss aku dah kuar lunch, aku pun nak menunaikan tanggungjawab dan rutin aku. Jumpa lg..

Tuesday, February 12, 2008

PART TIME STUDY

Entry nih khas untuk deq non (bukan nama sebenar).

” Buat tatapan deq non, Mama Ziha pernah memegang status sebagai seorang pelajar, pekerja, anak, isteri dan ibu dalam satu masa demi meneruskan serta menamatkan pengajian di UITM. So, buat deq non, tiada salahnya untuk deq non menamatkan zaman bujang deq non (sekiranya benar2 bersedia serta menemui pilihan yang sesuai) Yang penting ialah niat kita yang ikhlas, serta diiringi restu suami dan ibu bapa tercinta. Memang benda nih agak sukar dan adakalanya begitu pahit serta menuntut pengorbanan yang bukan kecil dari pelbagai pihak. Namun kepahitan inilah harga yang perlu kita bayar demi menghirup kemanisannya di suatu masa nanti..”

Ya, aku penah melalui semua itu. Pernah susah payah ke kelas dengan terboyot2nya. Lahir pulak si kakak aku kdgkala terpaksa bawa kakak n hubby ke kelas di Shah Alam. Aku dalam kelas, hubby jaga kakak dalam keter. Sejam sekali aku keluar dan breasfeed kakak. Mmg agak berserabut ketika itu, namun aku bersyukur kerana memiliki seorang suami yg benar2 memahami keadaanku. Walaupun agak sukar, namun segalanya merupakan kenangan manis bagi aku. Kerana itulah aku benar2 menyayangi dan menghargai suamiku.

Arinih kat opis xde citer menarik. Cuma lunch td aku pi lunch kat Bangi. Plan nak makan ikan bakar kat UNIKEB tp kansel sebab lambat kuar opis. Kang lambat sgt pulak nak balik opis semula. Maklumlah, UNIKEB tuh bukannya dekat kan.

Arinih pun ahli2 opis yang punch card sama cam semalam gak. Kul 2.30 sume bosses dah ilang. Aku tunggu2 je announcement from HR suruh kitorang pack nak balik. Harap2nya balik awal lah arinih.

Ptg nih aku kena pi confirm artwork untuk wedding card “Adik”. Harap sume ok, malas aku nak tukar2 lg. Preparation untuk cukur jambul dan berendoi Baby Afiq masih belum buat lg. Nampaknya sabtu nih aku kena pikirkan sesuatu. Xnak last minit baru terhegeh2 nak buat semua.

Monday, February 11, 2008

UPDATE TERKINI

Pagi ni ngantuk gilerr nak bangun pi kejer. Malam tadi sampai Puchong kul 12 lebih. Jem gilerr kat highway nun. Masuk guna jalan lama pun sama gak. Malahan lagi teruk ada ler rasanya. Sampai rumah aku terus letakkan Baby Afiq dalam kot dan Kakak Dania atas katil derang. Aku pun start mengemas pakaian2 yg aku bawak dari kampung. Prepare pakaian2 utk di bawa ke daycare derang esok. Untuk Baby Afiq sebakul dan untuk Kakak Dania sebakul. Tuh semua stok pakaian mereka untuk seminggu kat daycare nun. Senang kejer aku nanti, x payah tetiap ari nak kemas pakaian untuk derang kann...

Sekali tuh...baru tingat..alamakk..mampusss aku kot benda tuh ada. Check punya check, nasib xde...nak tau ape? Kejer sekolah anak dara aku lerrr..Aku betul2 lupa nak check before CNY holiday arituh. Maklumlah, bizi sgt aku kat kg kot. Tp aku caye anak dara aku tuh. Even dia ada malas2 kucing nak buat keje sekolah, dia tetap akan inform aku yg dia ada kejer sekolah on that day jugak. Jarang dia nak delay. Kot delay pun setakat 2-3 jam jek, still dia abiskan malam tuh jugak ngan Babah. Settle barang2 sekolah ngan daycare derang tuh, aku mesin kain2 yg x sempat di basuh kat kampung pulak. Abis basuh aku terus sidai sebab aku mmg rasa aku x mampu nak bangun awal esok n mungkin x sempat nak sidai semua kain2 tuh. Aku tido kul 2 lebih gak selepas berjaya merendam megi slurp tom yam untuk aku n hubby. Sambil sambil layan hubby tgk game bola.

Kat opis pulak bosan semacam jek. Maklumlah ada bape ketul jek orang. Ramai lg yg masih bercuti. Tp apa2 pun big boss (boss aku ler tuh) still masuk. CTC n WLP. GM aku HKL pun ada gak. PM aku, LOL pun ada. PSM iaitu WSY pun sama. Pendek kata bosses sume ade lerr. Tuh yang tension tuh, sebab x dapek nak berjola joli. Tp lunch still leh kuar awal n balik lewat sikit sebabnya derang (bosses) pi makan p**k pangang kot. Sebab awal2 lagi dah cabut. Aku cam bese ler jemput Kakak Dania, hantar ke daycare dan meneruskan perjalanan ke Alamanda Putrajaya. X beli pape pun. Cuma cuci mata jek.

Oh ya..pagi td dapat ang pow from bosses. Byk gak collection untuk arinih. Dekat2 nak 8 rat gak. Buleh lah buat beli kasut baru lagik. Hehehe. Aku plan nak beli kasut Timberland untuk Baby Afiq. Tgk kat website tuh cam menariks jek. Rega pun menarik kot tp harus di serbey dululah. Kot lebih dr bajet terpaksa dikuburkan saja hasrat murni aku tuh. Baby Afiq so far dah ada 3 pasang kasut walaupun lom bleh jalan lagi. Gasaklah, mama tgh syok memborong brg2 untuk anak teruna. Sapa kata shopping untuk anak dara jek best, anak teruna pun x kurang hebatnya tau.

Balik kul 4 petang sebab kul 3.30 semua bosses dah selamat cabut. Kitorang pun tutup kedai awal lerr gamaknya.



p/s : start dari minggu nih nampaknya aku kena balik kg (n9) setiap minggu. Ini kerana aku perlu membantu bonda tercinta membuat persiapan perkahwinan bagi satu satunya adinda ku. So, apa sahaja majlis yg memerlukan kehadiran aku di luar kawasan liputan (n9) nampaknya aku xleh nak join. To all my fren, sory for inconvenience ye.

Thursday, February 7, 2008

CNY HOLIDAY (day 2)

Kami selamat sampai di Rembau patang semalam. Kakak demam balik. Nampaknya mmg x bergerak kemana2 lah kami cuti kali nih. Baby Afiq pulak dengan selsema ngan batuknya jelah x abis2. Hubby pulak, sejak baik demam arituh bgtau aku badannya terasa lemah2. Mungkin disebabkan time demam arituh dia xde selera makan kot so makan pun x bape teratur kannn.

Maka seperti perancangan awal kami sekiranya x jadi balik kelantan kami akan kemas rumah baru kami. Kemas dalam ertikata mengecat dan menghiaslah memandangkan rumah tuh beru sgt siapnya. So hubby pun x lain x bukan seperti yg dijanji doklah mengecat...mengecat dan mengecat. Aku hanya bertindak sebagai mandur sahaja. Yelah...kang kot aku tolongkan x pasal2 jek kena marah sebab buat x betul kannn...so gasaklah biar dia buat sensorang jek.

X siap sume arinih..maka kena sambung esok.

CNY HOLIDAY (day 1)

Company aku bercuti arinih. Ekceli start semalam tghari lagi, after kitorang makan besar kat Sunway Hotel. Pagi ni aku bangun kul 8.30 a.m. Aku kejut hubby sebab aku dah buat appointment utk rotavirus Baby Afiq kat KJMC. Before this semua kami buat di KPMC namun start bulan nih kami terpaksa tukar ke KJMC memandnagkan paed Baby Afiq iaitu Dr Syed Nazir dah x berkhidmat di KPMC lagi. Beliau sepenuh masa di KJMC sekarang. So kami pun terpaksa tukar Baby Afiq ke sana. Nasib baik KJMC tuh x berapa jauh sgt dari Puchong. Jauh x jauh pun terkorban jugak lerr toll pegi balik RM3.20 kannn.

Sementara tunggu hubby bersiap, aku mengemas hasil2 tuaian aku di Sunway Pyramid semalam. Xdelah banyak mana, untuk Kakak Dania dan Baby Afiq ada ler sepasang dua dari OKBG, dress utk Kakak dari Secret Garden, dress dari Barbie Parkson, Baby Poney untuk Baby Afiq, Kemeja utk Babah from G2000, guess shoes and handbag utk Mama. Plan arinih nak pi One Utama untuk meneruskan pencarian, tp terbantut sebab Babah kata dia pun nak off arinih memandangkan Mama off. Hehehe...membeli belah dengan Babah disisi memang sesuatu yg mustahil bagi Mama. Lecehlah Babah nih. Itu x boleh...ini membazir katanya.....so lupakan jelah untuk bershopping sakan bila babah disisi.

Perjalanan diteruskan untuk rotavirus Baby Afiq. Semuanya berjalan lancar. Baby Afiq x henti2 tersenyum. Cuma bila doc tanya psl susu Baby Afiq, aku terpaksa cakap yang aku plan nak start bg formular kat Baby Afiq sebab aku rasa Baby Afiq cam lapar jek. Susu aku pun macam dah x cukup memandangkan dia asik nak menyusu. Doc kata, aku blh try bagi Baby Afiq solid sebab gigi dia pun dah start tumbuh. Ada a few sample yg doc bagi so balik nih aku nak try bagi kat dia.

Pas selesai sume tuh....bergerak balik ke Puchong. Baby Afiq aku hantar ke daycare sekejap memandangkan aku perlu berkemas untuk pulang ke kampung (n9) petang ini.

Tuesday, February 5, 2008

CNY HOLIDAY

Pagi ni kelam kabut sikit. Sebabnya terbangun lambat. Gara2 best sgt berselungkup ngan comforter. Hehehe. Sejuk gilerrr pagi nih bebb...

Tghari nih seperti yang diwar-warkan dalam internel memo opis aku, company aku buat makan besar kat Sunway Hotel. Ni mmg agenda utama kitorang every year. Memandangkan company aku ni chinese company so kami celebrate agenda nih tiap kali menjelang CNY je lah. Masa ni lah semua staff2 baik dari HQ mahupun segenap pelusuk site office kitorang akan bertemu muka. Kot2 selama nih cuma berkomunikasi melalui telefon, internet, etc tp ari ni kami akan bertentang mata antara satu lama lain. Cewahhh...semacam jek bunyik kannn..kekekeke. Ini kerana ada di antara staff site office yg derang appoint as a contract staff dan di interview dari site office je dan x pernah jenguk pun HQ cemana rupanya. Tapi pagi ni mereka dah siap berkumpul kat lobi sementara menunggu kul 12 tghari nih.

Berbalik pada citer bonus semalam. Hmmh..aku amat berpuas hati. Alhamdulillah....rezeki anak2 kannn. Aku dapat lebih dari yang dijangkakan. Dan seperti mana yang aku plan arituh, duit bonus aku nak belanjakan utk anak2. Aku dapat cover balik, malah cuma secoet yg aku gunakan daripada bonus aku. Kakak, Baby Afiq, mama akan tunaikan apa yang mama janji ek. Balance tuh aku akan simpan memandangkan aku xde plan nak beli apa2 pun utk aku rasanya. Kot ada pun aku rasa nak carik kasut sepasang dua. Untuk Kakak n Baby Afiq, rasanya last month ngan bulan december arituh aku dah berabis beli baju2 derang kat G**SS Kids. Cukup lah rasanya stock derang tuh menjelang Baby Afiq 6 bulan nanti. Oh ya, aku kena spend sikit duit untuk make over rumah yang baru siap kat kampung (n9). Xdelah make over mana pun, just nak cat n pasang lampu n kipas jek. Lelain tuh buat pelan2 sebab aku bukan duduk full time pun kat sana.

Aku dah merangka beberapa projek besar untuk 2008 nih. Antaranya TW or TC. So sekarang sedang mengumpul modal yang pastinya menuntut pengorbanan yang besar bagiku hehehe…Just wait n see okeyy..


p/s : company aku akan bercuti dari kul 2.30 ptg ari nih (5-02-08) hingga ahad (9-02-08). Azie n co pulak belum pasti lagi akan arah tujuan untuk cuti CNY kali nih. Malam td mama tanya babah sama ada jadi kelik kelate ke tidak. Babah ckp just prepare. Tp mama dpt rasakan cam 40% jek balik kelate. Hehehe...mama x kisah...jgn ckp mama yang xnak balik pulak ek.

Monday, February 4, 2008

BONU$$$$$$

Selalunya Isnin adalah hari-hari ni amat membosankan buat aku. Tapi tidak pada hari ini kerana $$$$$.

Bizilah arinih. Tengah kira $$$$$. Cam x cukup jari lak rasanya. Hehehe...

Esok ada makan besar kat Sunway Hotel. Pastu company bagi ½ day. Blhlah merayap-rayap serta menuai hasil di Sunway Pyramid.

Tata titi tutu….

Sunday, February 3, 2008

MEETING URESSIAN

Aku bangun seawal 9.00 pagi…hehehe awal lah bagi aku tuh untuk hari Ahad. Hubby masih dilingkari comforter nya. Aku mandikan Baby Afiq n Kakak Dania. Pastu aku pulak mandi dan bersiap. Kejut hubby untuk maklumkan dia yang aku nak keluar untuk meeting dengan AJK Uressian.

Aku sampai lewat sikit. Cuma ada Apis n Mus jek. Aku sampai serentak dengan Puan Bendahari iaitu Fiza. Perbincangan pun dimulakan. X lama kemudian sampai pulak Shawal. Persetujuan telah dicapai. Minit Miting boleh refer kat forum okehh. Aku sampai rumah kul 12.30. Ngam2 aku sampai aku tgk Melodi. Kemudian xde keje so layan jeklah anak2 dan suamiku.

Kul 9.00 malam pulak bergerak balik ke Puchong. Alhamdulillah hubby dah kebah demamnya. Anak2 pulak dah kurang selsema dan batuknya. Aku masih sihat walafiat dan harap2nya kekal sihat dan x mengalami apa2 masalah. Aku mesti memelihara kesehatanku untuk menjaga anak2 dan suamiku.

Oh ya…ari ni Baby Afiq genap 5 bulan. Setakat nih Baby Afiq dah tumbuh 2 gigi bawah, boleh meniarap sambil mengangkat2 punggung serta sudah pandai buat stunt guling2. Dengan ini semasa ketiadaan babah dan mama disebelah Baby Afiq, Baby Afiq tidak boleh ditinggalkan di tempat yang tinggi. Sure dia test power nanti.

Kakak Dania pulak macam biasa, masih sibuk dengan homeworknya yang kadangkala dibuat mengikut suka ati dia. Kot rasa nak buat kat daycare buat kat daycare, kot nak buat ngan mama, buat ngan mama dan kot nak buat ngan babah, dia akan tunggu sampai babah balik baru dia nak buat. Mama x kisah lah kakak…asalkan siap..

Esok hari Isnin cam beselah…kena kerja.

Saturday, February 2, 2008

AKU DI KAMPUNG

Malam tadi lebih kurang kul 10.30 aku sekeluarga tiba dengan selamat di kampung (n9). Mula-mula aku dah kol mak cakap yang mungkin kami x jadi balik sebab aku x konfiden nak drive dengan keadaan hubby yg masih belum kebah dari demam, kakak n baby afiq di dalam carseat nya. Aku rasa cam xleh nak drive dengan kosentretnya dengan keadaan mereka yang sebegitu. Tp mendengarkan nada2 mak yg walaupun kedengaran rela (tp aku tau dia hampa), hubby gagahkan jugak dirinya memandu. Aku paham kerinduan mak dan ayah pada cucu2 nya. Maklumlah dah 3 minggu kami x balik kampung (n9) kalau minggu ni x balik maka dah jatuh 4 minggu. Minggu depan pulak semestinya kami x dapat balik jugak sebab kami plan nak balik ke kampung (besut) cuti raya cina nih...so dah jadi 5 minggu. Sure mak dan ayah rindu gilerrr nanti ngan cucu2 mereka. Dah lah last week mak kol aku ckp yg ayah sampai mengigau kan cucunya yang kecik itu...

So lepas balik dr opis aku terus bergegas packing je baju2 yg penting memandangkan separuh baju mmg ada kat kampung jadi aku x memerlukan masa yg lama utk bersiap. Lepas maghrib kami pun bergerak. Syukur traffic x sesak. Kami sekeluarga tiba dengan selamat. Alhamdulillah.

Friday, February 1, 2008

BIZISSSSS...

Arghhhh….kul 3.46 dah. Aku baru boleh bernapas dengan lega rasanya. Bukan macam td. Macam lipas kudung. Lipas kudung pun x macam aku agaknya. Semalam aku MC. Masuk opis arini melambak keje atas meja. Yang menyakitkan hati, bukan keje aku pun aku gak kena buat. Dah lama aku tinggalkan keje nih. Keje project department. Dah setahun lebih aku x sentuh. Tapi tetiba arinih aku pulak yang kena tanggung beban. Gara2 org yg sepatutnya selesaikan keje tuh emergency leave. Anak sakit katanya. Geram pun ada. Habih tuh..anak ngan laki aku nih sehat sangat lah....

Aku sampai naik hairan. Kenapa kot minah tuh cuti ke apa ke mesti ada task urgent yang dia kena buat. Yang x bestnya....bila task tuh datang time dia cuti, aku lerr yang jadi mangsa. Selalu sangat camtu. Ntah bala apa yang aku dapat nih. Kena mandi bunga rasanya aku nih. Xpun mandi air tujuh perigi.

X abis ngan keje2 WLP yang aku kena submit pada lawyer arini, Project department pulak mintak aku hantar tender kat Phileo Damansara I. Due kul 2.00 lak tuh. Sedangkan task WLP bagi aku belum habih compile lagi. Sepatutnya keje hantar tender tuh keje despatch tp dia kata hujan so dia xleh hantar...mangsa seterusnya....aziha jugakkk....rabu lepas aku jugak jadi mangsa hantar tender kat sungai buluh. Alasan despatch, tempat tuh hujung dunia. Dia xleh pegi sebab jauh sangat katanya. Abih tuh kot aku pegi jadi dekat lah tempat tuh? Selalu sgt dia bg excuse yang menyakitkn hati aku. Ikutkan hati aku nih, nak je aku ckp, apasal x belajar rajin2 dulu, leh jadi manager so x perlu kejer htr dokumen. Tapi x sampai hati lak kannnn.

WLP nih pun satu, bagi keje x penah yg complete. Dah buat cenggini nak tuko cenggini pulak. Lepas satu, satu kena tuko. Mana aku x bengang. Tp memang pun kan..sebab dia boss, dia yg bayar gaji aku. Bukan aku yg bayar gaji dia. So aku lah yg kena ikut cakap dia bukan dia ikut cakap aku.

Ntah lah...apa-apa jelah...tekanan mental aku dan fizikal aku rasa arinih. Aku x jadi balik kampung kot sebab hubby x sehat lagi. Kot aku drive sapa pulak nak pegang Baby Afiq kann...jalan pulak sure jem giler sebab org wilayah dah start amik cuti agaknya sampai CNY.

Oklah...happy wiken to everybody. C U next week.