Thursday, January 31, 2008

MC

Aku kat rumah arinih. Malam td aku x bape dapat tido sebab menjaga suami dan anak2 yang x sehat sangat. Plan nak tido puas2 tapi xdpt gak memandangkan kengkawan aku kat forum uressian tengah merapu. Best gak layan derang.

Semalam bedroom set kakak tiba dengan selamat. Aku betul2 puas hati sebabnya ada diantara nya aku x dpt tgk kat Point B arituh. Yang sempat aku tgk cuma katil dan toys box jek. Lain2 tuh aku tgk kat gambar jek. Nasib sama ngan expectation aku.

Lama gak pekerja2 tuh nak fixed kan benda tuh. Kul 8 baru setel. Cuma aku kena ubah sikit kedudukan wardrobe tuh. Kena tuko position dgn Vanity set. Kakak suka teramat. Tp sekejap jek dia tido dalam tuh. Pastu merengek nak tido ngan kitorang. Alasan..kakak jeles baby afiq leh peluk mama...Bolehhh gituuu?

Wednesday, January 30, 2008

CITER ARINIH

Malam tadi hubby demam. Aku dah gelabah sebab adik n kakak pun x bape sehat lately. Asik dengan batuk n selsema je. Kot-kotlah tetiga beranak tuh demam kecoh jugak jadinya nanti. Mana nak jaga anak-anak, mana nak jaga laki kannn. Hubby lak kalau demam memang xleh nak cakap lah. Macam cekodok penyek. Langsung xleh buat pape. Baring jeklah.

Nasib kakak n baby afiq ok. Aku cuma kena jaga hubby jek malam tadi. Ingat nak MC temankan hubby kt rumah. Tapi hubby cakap x perlu tambahan pulak last temperature aku amik tadi cuma 38 jek. Dia kata dia leh jaga diri seniri kot. Aku pun gi hantar baby afiq ke daycare dan kakak ke sekolah dan terus ke ofis.

Petang semalam aku gi Jusco IOI cari curtain baru untuk bilik kakak. Mula2 lunch time tuh aku tgk kat alamanda. Tp xde yang menarik. So aku decide kena carik kat Jusco jugak. Mcmanapun pencarian langsir harus berakhir petang semalam gak. X kiralah walau apa cara sekalipun. Alhamdulillah. Jumpa gak yang berkenan di hati. Dan yang paling best sebab ada diskaun 20%. Sesuai dengan cat bilik kakak pink kepepelan tu aku pilih langsir putih mulus bercorak bunga kecil pun berwarna pink kepepelan jugak.

Bilik dah kembali di cat. Langsir pun dah siap pasang...Cuma tunggu bedroom set barbie jek sampai petang nih. Mama pulak yang over excited. Kakak bese je tengok...tp dia cam happy gaklah tengok mama panjat sana sini malam tadi gara2 nak make sure curtain tuh terletak bebetul kat tempat dia (igt nak buli babah tp babah pulak demam kannn)

So kos make over bilik kakak setakat nih adalah:-

Barbie Bedroom Set : RM1865
Cat Jotun (5 liter) : RM80.00
Curtain (2 panel) : RM47.25
Misc : RM5.00

Total : RM1997.25

So, aku due 1 lagi barang iaitu bed sheet untuk kakak. Patutnya aku beli semalam tapi aku tatau nk beli kaler apa yg sesuai. Tgklah lepas derang hantar dan pasang petang nanti maybe boleh dapat ilham kot...

Tuesday, January 29, 2008

NYARIS…..

Nyaris2 aku eksiden tadi. Aku sebenarnya on the way ke Putrajaya untuk menghantar contract dokumen yg sepatutnya dihantar petang semalam. Oleh kerana semalam hujan lebat, aku minta untuk hantar tghri tadi. Aku mengaku mmg aku yg salah dalam kejadian tadi. Dahlah bawak keter laju gilerr....tetiba lak kat satu korner nih ada 2 org bangla tgh potong rumput. Aku mmg x perasan ada kon yg derang ltkkan. Nasib aku x langgar bangla td. Mmg emergency break tul lah td. Sampai berbunyi. Dahlah aku dgn x pakai seatbelt nya. Sure tayar kete aku botak kes break td.

Moral of the story :-

1. Jgn bawak keter laju gilerr
2. Padan ngan muka aku sebab maybe kena tuko tayar, dahlah tayar sebijik 180.
3. Jangan lupa pakai seatbelt.

Walaupun begitu aku tetap bersyukur kerana:-

1) Kejadian ini berlaku pada masa anak-anak tiada dalam keter bersama aku.
2) Aku masih selamat dan masih boleh meneruskan pemanduan seperti hari2 biasa.
3) Nasib aku x terlanggar bangla 2 org tuh....hishhh..ngeri siotttt..

Oklah...aku kena sambung kejer....

Sunday, January 27, 2008

WEEKEND SPECIAL

PAGI

Kejut hubby bangun kul 8.30 a.m. Aku bisik kat telinga dia ingatkan yang kami ada projek juta2 arinih. Cam beselah...liat jugak. Tapi aku heret jek dia. Nasib x mengamuk. Kot x mahu aku kena kerat 18.

Basuh muka dan bawak anak-anak breakfast kat Bravo’s. Sebabnya sebelah Bravo’s tuh ada kedai jual cat. Aku rasa banyak pilihan kat sana. Pas makan singgah kat kedai cat tuh. Pilih cat yang berkenan di hati. Memula nak beli ICI Dulux Pentalite, at last pilih Jotun Paint sebab colornya lebih memikat.

TENGAH HARI

Balik rumah bagi chance kat hubby baca paper dalam setengah jam. Pastu hubby pinjam tangga kat jiran sebelah rumah. (Moral lepas nih kena beli tangga seniri). Hubby pun mulakan operasi menampal lantai ngan paper sebab takut cat tuh tertumpah. Menampal paper pun dah makan masa 30 minit. Padahal bukannya nanti xleh cuci nanti kann...tp aku paham laki aku jenis particular bab-bab cenggini so aku abaikan jeklah. Janji dia nak tolong aku cat. Siap tampal dia mula mengecat. Mula-mula membebel jugak. Sebab dia x pandai katanya dan dia memang x suka buat keje yang dia tak tau. Mulot aku pulak gatal menjawab, kot x belajar buat mana nak tau kataku. Dia marah dan cakap habis 1 side dinding nih dia nk stop, nak kol orang suruh sambung. Aku buat muka 50 sen. Aku hangkut anak2 gi tgk tivi kat bawah dan biarkan dia membebel sensorang. Last2 dalam sejam aku naik intai, tengok2 dah siap 2 side. Hmm...pandai jugak laki aku cat rumah. Dalam kul 1.30 p.m. sumenya siap. Tinggal nak kemas kan paper2 tuh jek. Aku dah siap masak n suruh je dia turun makan. Sampah sarap tuh aku yang kemas kan. Selesai makan. Hubby mandi dan tido kepenatan. Kesian sangat tp xpe...demi kakak tersayang.

PETANG

Kami ke Giant Bandar Puteri untuk beli barang2 dapur yang makin habis. Ada pulak sesi photoshoot kat situ. Kakak yang sememangnya suka bergambar dah merengek-rengek. Hubby pun angguk kepala. Hasilnya, bukan kakak saja yang berposing sakan. Baby afiq juga x lepas peluang. Gambar siap jumaat nih. Nanti dah siap aku tepek di FP.

Sekian saja untuk hari ini. Bantal dah tilam dah melambai-lambai. Esok Monday, macam bese kena kerja. Hmmm..bilalah nak jadi jutawan segera...

Saturday, January 26, 2008

BARBIE

Pagi macam biasa aku ke UITM. Balik rumah dalam pukul 5.30. Tengok anak2 dan suamiku tengah lepak tengok tv. Dalam hati blh tahan jugak hubby jaga anak-anak ek...

Aku mandikan anak-anak n suruh hubby bersiap sebab dah plan sejak malam tadi yang aku nak ajak dia pi tengok warehouse sale kat Point B kat Summit USJ. Bukan apa, aku tertarik tengok bedroom set for kids yang derang display dalam website tuh. Ada a few set termasuklah Barbie set. Memandangkan aku memang plan nak tukar carbed kakak tuh so before aku beli kat IKEA better aku tengok yg Barbie nih dulu. Mana tau kot lagi cuns n murah ke dari IKEA kan.

Perjalanan diteruskan ke Summit. Nasib jumpa Point B tuh sebab aku lupa nak print map. Tok laki aku nih beselah kann…dia kot main carik2 ni mmg dia cepat hangin sikit. Aku dah lama hidup ngan dia so aku tau sgt sifat dia yang satu tuh.

Perghhh…mmg dasat. Bukan aku jek yang teruja, Hubby pun sama. Terus kami pilih set yang sesuai. Nasib tinggal 2 lagi set tuh. Terus konfem n bayar. Ada diskaun dan aku rasa berbaloi dengan kecomelan set tuh. Mcm citer chiquititas bebb...(hmmh...dah lama x tgk citer tuh…winduuu ngan kak lou n adik2)

So total kos untuk bedroom set kakak:-

Katil Barbie (Single) : RM400.00
Vanity Set : RM200.00
Safety Rail (2 set) : RM85.00
Study Table : RM200.00
Chair : RM80.00
Wardrobe : RM700.00
Toys Box : RM200.00

Total : RM1865.00

Wah….sedar x sedar dekat nak 2k jugak lah ekkk…macam set nak naik pelamin jek. Hmmhh...arituh kat IKEA pun lebih kurang cenggini gak, Cuma plain jelah xde gambar Barbie. Xpe lah, aku x ralat sangat pun spend duit banyak ni demi anak-anak aku yang tersayang. Xde benda yang paling bermakna bagi aku selain melihat anak-anak aku gembira. Cewahhh....semacam jek bunyik. Lagipun hujung bulan nih dapat bonus so aku top up baliklah mana-mana expenses aku yang terlebih untuk bulan nih.

Bayaran pun dah dibuat Cuma tunggu hari penghantaran jek. Scheduled on Wednesday, 3 p.m. onward. Dah diskas ngan hubby nak tukar kaler cat lam bilik kakak tuh. Hubby kata nak upah orang sebab dia kata dia x pandai tp aku paksa dia jugak buat. Air tgn bapak lagi berkat kata ku, biarpun x bape cantik kannn.....

Friday, January 25, 2008

APA YG AKU BUAT SEPANJANG HARI DI OFFICE

Hmmm...apa yg aku buat ek....


8.00 a.m. - aku tiba dan dengan selamat mentouchkan kad aku di mesin yg sepatutnya setelah terhegeh2 memparking keter dan memakai kasut (semestinya high heel). Pastu sembang sikit ngan receptionist kot ada biter2 panas yg aku x sempat tonton or dgr. Kot terlajak cerita tuh duduklah kejap kat dia kot x terus menapak ke tingkat 3 (opis aku xde lift ye koranggg)

8.05 a.m. - aku tiba di tingkat 3 dengan selamat (kdg2 aku terlajak singgah di tingkat 2 berborak ngan project manager a.k.a. boss lama aku masa aku berkhidmat ngan project team dulu.

8.10 a.m. - aku on switch lampu ngan aircond aku, aku letak henbag, paper (thestar) atas meja. Pastu aku pi amik kunci dalam beg dan bukak bilik 2 boss aku iaitu CTC and WLP. Aku onkan aircond ngan lampu (kalau derang x kol aku ckp yg derang x masuk). Kutip n bawak kuar dokumen2 dlm out tray derang utk di distribute ke org yg sepatutnya. Ltk all the dokumen dlm out tray aku dulu.

8.15 a.m. - Pi amik cawan aku then bancuh air. Sambil tuh aku jeling kt machine fax kot2 ada fax masuk yg x sempat dikutip semalam. Kot ada, amik dan bawak ke meja...then letak dalam in tray aku dulu.

8.20 a.m. - Aku menikmati breakfast iaitu nescafe panas (yg aku bancuh sendiri) ngan kdg2 ada la aku beli nasi lemak ke apa, tu pun kot mlmnya aku x amik dinner (konon2 jaga badan lerr) Sambil2 tuh selak paper thestar (feberet - column reqruitment)

8.30 a.m. - Aku start buat apa yg patut, aku kena distribute all the incoming fax/letter yg masuk ke department yg sepatutnya. Before distribute tuh kena cop dan record dalam sistem yg opis aku dah sedia pakai (ni utk ISO purposes). Pastu kot dah abih keje aku buat lerr apa yg selesa kat aku time tuh...nk main game ke apa ke...xpun aku tepon kengkawan aku, bergosip.....kot rasa dah kebas telinga aku pi lah kacau sesapa yg patut kat opis tuh. (Boss aku jarang bg aku keje, tp kot dah bagi mmg x terkejar)

12.00 p.m. - Ni lunch time opis aku, aku akan gunakan waktu ni utk jemput kakak kat sekolah then hantar dia kat daycare. Kot sempat aku makan ngan kakak dan kalau x aku tapau jek makan kat opis.

13.00 p.m. - (Jarang aku sampai opis ngam2 kul 1, selalunya kul 1.15.) Aku masuk opis dan buat mcm yg aku buat pagi td jugak lerrr (termasuk buat b*d*h). Selebihnya aku dok jeling jam kat tangan nk tunggu kul 5.

17.00 p.m. - Selalunya kul 4.50 aku dah switch off segala peralatan letrik yg aku gunakan di opis termasuk ler air cond. Kul 4.59 pulak aku dah tunggu depan machine nak swipe card. (Tp kot CTC n WLP ada aku buat2 rajin lerr sikit....x rajin mana pun kul 5.10 aku blahhh gak....)

Kul 5.15 selalunya aku dah sampai rumah dah....tp aku x amik anak2 dulu lerr, Aku kemas apa yg patut, switch air cond etc....kul 6.30 baru aku amik anak2 kat daycare....Sekian terima kasih..


p/s : sure org bosan baca entry nih sebab aku seniri bosan lak nk tulih bila dah sampai hujung2 tuh..

Wednesday, January 23, 2008

TAHUN BARU

Hari demi hari, tahun berganti tahun, kini 2008 aku kembali menulis. Bukan apa, teringin pulak menulis selepas membaca blog kengkawan yang lain...

Azam aku pada tahun ini adalah untuk mengupdate blog ni dengan selalu....kekekek...boleh ke gitu ekk?..

Oklah.......hari ni cuti thaipusam, hubby masih tido lagi. Dah dua kali aku suruh kakak gerakkan dia asik minta lg 5 minit jek. Kali ni biar aku sendiri yang gerakkan memandangkan anak-anak sure dah lapo nak breakfast.

Petang nih nak ajak hubby gi IKEA, nak cuba tgk apa lagi yg boleh ditambah dalam bilik kakak tuh. Tapi kakak nih satu hal lah pulakkk....ada ke dia ajak mama n babah tido sekali dalam bilik dia....dia bestlah sebab tido atas katil, baby afiq lak leh ltk dalam cot dia....mama n babah pulak lah yg kena tido atas hamparan toto...last2 hangkut balik kakak n baby afiq masuk tido lam bilik mama n babah....maybe kalau ltk sikit decoration apa2 lam bilik kakak tuh dia ok kot kot tido sensorang....(hopefully)..

K lah...babah perlu digerakkan segera....mama rasa nak makan roti canai kat Bravo's...